Jumaat, 15 Julai 2011

Jika & Begitulah

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,,hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja,,
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu,,
& mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,,
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..

& mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,,yang kamu pasti baik untuk dirimu,,
Mengenyangkan..Berkhasiat..Mengapa kamu berlengah,,
Cuba mencari makanan yang lain,,Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak,,nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya..Kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,,
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..

Menyayangimu..Mengasihimu..Mengapa kamu berlengah,,
Cuba membandingkannya dengan yang lain.,Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak,,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,,
& Kamu juga yang akan menyesal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan