Khamis, 21 Julai 2011

HEARTY

Part I "hai awak!" menyapa.
"hai awak juga." tersenyum.
"awak sudah lunch ker?" berjalan bersama.
"belum. nak pergi beli makananlah ini. awak sudah lunch?" menyoal.
"belum. jom lunch sama-sama." tersenyum.
"jom. erk, phone awak ringing. makwe awak kot." menjeling.
"erk, awak tunggu kejap okay." menjawab panggilan.
"sudah habis bergayut?" senyum sinis.
"sudah. sorry, jom kita lunch. saya belanja okay." memujuk.
"takpelah. saya rasa macam kenyang plak. saya nak balik office dulu." patah balik.
"awak. janganlah begini. nanti kalau awak gastric, saya juga yang risau." memujuk.
"takpe. yang awak perlu risaukan adalah makwe awak. saya hanya kawan awak." beredar.
"tapi saya tetap risaukan awak." jalan seiringan.
"takpe. saya okay saja. awak pergilah makan. karang awak pula yang gastric. erk, phone awak bunyi lagi. saya pergi dulu." senyum tawar. beredar.

'tapi saya nak awak temankan saya. saya nak awak sentiasa dengan saya.' merenung pergi. membiarkan panggilan.

Part II
"awak buat apa itu?" duduk berhadapan.
"sedang memancing." senyum nakal.
"buat lawak ea. cubit karang." mengecilkan mata.
"tengah buat kerja la wak. next week dateline dia." merenung dan senyum.
"awak, nah! coklat untuk awak." menghulur.
"hah? coklat! terima kasih awak!" senyum gembira.
"tadi jalan. nampak coklat kegemaran awak. jadi saya belikanlah untuk awak." merenung.
"terima kasih banyak-banyak tau. nah, kita kongsi dua." menghulur.
"erk, sekejap. phone." beredar ke meja.

'kau anggap aku sebenarnya apa? ' monolog.

Part III
masej.

'salam awak.' hantar.
'salam awak.' balas.
'kak ton cakap awak ambil MC. awak sakit ker?' hantar.
'saya demanlah wak.' balas.
'awak sudah pergi klinik tak?' hantar.
'belum lagi, saya tak larat nak bangun.' balas.
'awak sudah makan ker belum? siapa kawan awak kat rumah?' hantar.
'saya belum makan lagi wak. tak larat nak gerakkan badan. saya sorang saja. housemate sudah pergi kerje.' balas.
'awak bersiap ala kadar, saya datang pergi rumah awak. kita pergi klinik okay.' hantar.
'takpelah. menyusahkan awak saja. nanti housemate saya balik, saya ajak dia temankan saya pergi klinik.' balas.
'awak jangan degil. awak bersiap sekarang. setengah jam lagi saya datang. tunggu saya. salam.' hantar.
'hurm, baiklah. salam.' hantar.

Part IV
"awak, awak okay ker?" duduk disebelah.
"okay." sayu.
"habis itu, kenapa monyok nie?. awak gaduh dengan makwe awak ea?" merenung.
"takdelah. awak sudah sihat betul ker nie? sudah makan ubat?" alih topik.
"saya sudah sihat la wak. ubat pun sudah habis. awak mesti gaduh dengan makwe awakkan. pasal awak hantar saya pergi klinik temph hari ker?" susah hati.
"hurm. yer." muram.
"saya minta maaf wak. kan saya sudah cakap kat awak, tak yah hantar saya. tapi awak degil juga nak hantar. tengok sekarang, awak dengan makwe awak gaduh." masam muka.
"eh, janganlah cakap macam itu. sudah tugas saya sebagai kawan awak untuk pastikan awak sihat. lagipun, saya kan lelaki. lelaki mestilah jaga wanita." memujuk.
"saya minta maaf wak." tunduk.
"takpelah wak. awak, hujung minggu nie, teman saya pergi kenduri kahwin kawan saya yer." senyum.
"erk. awak tak ajak makwe awak ker?" berkerut dahi.
"dia sibuk. awak temankan saya okay. nanti saya jemput awak kat rumah." mengharap.
"erk. Baiklah." serba salah.
"terima kasih wak!" kenyit mata.
"sama-sama." terkaku.


Part V
"awak, kawan awak tengok saya lain macamlah." tunduk.
"alaa, dorang itu memang begitu. takleh tengok perempuan lawa." senyum.
"tapi saya malulah awak." merona.
"awak jangan risau, awak dengan saya. kalau dorang kacau awak, awak cakap dengan saya. saya karate dorang satu-satu." senyum nakal.
"awak nie." membesarkan mata.
"jom, saya kenalkan awak dengan dorang." tarik tangan.
"awak..." terkesima.
"hai geng! kenalkan ini awek aku." senyum bangga.
"awak??" terdiam.

Part VI
"awak, kenapa diam ini?" fokus pemanduan.
"kenapa awak kata dekat kawan awak yang saya makwe awak?" tanya.
"awak marah ker?" risau.
"tak! saya suka!" sinis.
"sorrylah wak, saya just bergurau jew." serba salah.
"kalau makwe awak tahu, mesti dia kecil hati tahu. kalau lepas ini awak dan makwe awak bergaduh pasal hal ini. mesti makwe awak akan fikir saya ini perampas pakwe orang!" marah.
"saya minta maaf wak. saya tak bermaksud pun." kecil hati. senyap.
"wak..." merenung.
"hurm" diam.
"saya minta maaf marah awak. saya cuma risaukan tanggapan makwe awak." memujuk.
"takpe. jom balik." diam.
"hurm, baiklah." senyap.

Part VII
"wak, sibuk?" memandang.
"bolehlah juga" acuh tak acuh.
"awak masiih merajuk dengan saya?" merenung.
"buat apa nak merajuk? saya bukannya pakwe awak nak merajuk-merajuk." alihkan pandangan.
"habis itu, kalau tak merajuk. kenapa minggu ini awak tak tegur saya?" duduk di hadapan.
"saya sibuk, nak kejar dateline" menekan keyboard.
"awak jangan nak kelentong saya wak. saya tahu dateline keje awak itu hantar 3 weeks lagi." memandang.
"saya nak siapkan awal. saya nak cuti panjang. saya nak kahwin." menekan keyboard.
"kahwin?" sayu.
"a'ah. kahwin." memandang sayu.
"tahniah wak" senyum tawar. beredar lemah.
"wak... wak..." mengeluh berat.

'maafkan saya wak' pejam mata.

Part VIII
monolog.

'kenapa aku perlu sedih?' mengeluh.
'kenapa hati aku bagai dicarik-carik?' terduduk.
'kenapa hati aku sakit?' peluk lutut.
'aku sudah tahu dia ada makwe dan aku sepatutnya tahu yang dia mungkin akan berkahwin tidak lama lagi.' pejam mata.
 'tapi...' perkemaskan pelukan lutut.
'kenapa dia layan aku begitu? kenapa dia layan aku bagaikan puteri? kenapa dia caring sangat dengan aku? kenapa dia mengaku yang aku makwe dia depan kawan dia? kenapa?!!' baling telefon bimbit di dinding.
pangggg... berkecai.
'aku kecewa' menangis.
'aku sebenarnya cintakan kau' esakan semakin kuat.

Part IX
monolog.
'maafkan saya wak' termanggu.
'maafkan perasaan yang saya tanam dan baja dekat hati awak' tunduk.
'sememangnya saya amat cintakan awak' pejam mata.
'saya amat sayangkan awak' genggam tangan.
'saya amat kasihkan awak' meruap muka.
'tapi saya...' terdiam.
'awak pasti dapat yang lebih baik dari saya wak' membuang pandangan.
'ya Allah, jagakanlah dia untukku ya Tuhan ku.' mendonggak ke langit

Part X
"awak? macam awak boleh ada dekat sini"' menantap.
"kenapa awak tipu saya? kenapa awak cakap awak nak kahwin?!" menangis.
"siapa bagitahu awak yang saya ada dekat sini?" berkerut dahi.
"bos tanya saya tadi pagi, saya ada pergi melawat awak dekat hospital ker belum. kenapa awak tak bagitahu saya wak? kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit?" genggam tangan.
"maafkan saya wak. maafkan saya sayang." kesat air mata.
"sampai hati awak buat saya begini. awak seksa jiwa saya. awak tahu tak yang saya merana bila awak cakap awak akan berkahwin. awak tahu tak hidup saya tak bahagia. kenapa wak? kenapa?" bahu terenjut.
"please... sayang. maafkan saya. saya tak bermaksud nak buat awak terseksa wak. saya buat semua ini sebab saya tak nak awak ingat saya. saya nak awak benci saya." genggam erat tangan.
"kenapa awak nak saya benci awak wak? saya amat sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah buat saya gini." tersedu.
"saya akan mati tak lama lagi wak. saya akan mati. saya ada kanser wak. segalanya sudah terlambat. kanser saya tahap 3, takde apa yang boleh buat." senyum tawar.
"awak..." peluk.
"andai Dia beri saya masa, hanya awak saja yang saya ingin kahwini dan jadi permaisuri hidup saya. tapi..." usap wajah.
"tapi apa wak? jadi selama ini siapa yang asyik telefon awak?" berkerut dahi.
"yang selalu telefon itu, umi sayang. saya takde makwe. hanya awak dan umi saja makwe dalam hidup saya." senyum .
"kenapa selama ini awak tak bagitahu saya yang awak sebenarnya takde makwe?" menatap.
"sebab saya nak tengok respon awak dan kini, awak sendiri mengaku yang awak cintakan saya. terima kasih sayang."
senyum bahagia.
"awak, saya sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah tinggalkan saya." menangis.
"saya cuba bertahan demi saya, umi dan juga awak. saya amat cintakan awak." peluk.
"awak..." menangis.
"andai Dia tarik nyawa saya selepas ini. saya tidak menyesal, kerana dapat dengar kalimah cinta dari mulut awak. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak teruskan hidup awak sebab saya pasti ada sinar bahagia yang sedang menunggu awak walaupun yang membawa sinar bahagia itu bukan saya. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak jangan bersedih sebab saya akan tunggu awak di pintu syurga sayang." senyum terakhir.

"awak..." menangis.

TAMMAT

[copy by; adik Sabridah aka Mawar berduri]

2 ulasan:

  1. nak copy jugak . . .nnt ku letak back link. . .tq ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em..cerita yang buat aku rajin nak mengulang Baca lagi..hihihi

      Padam