Jumaat, 29 Julai 2011

3 Golongan Manusia!!

Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :
 
(I)- Golongan yang menganggap hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." [Surah al-An'am : 29]

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah & mengingkari hari kebangkitan.

(II)- Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun....

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan di sana. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

(III)- Golongan yang mengganggap dunia ini ladang akhirat

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:" Dan tiadalah kehidupan ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahami?" [Surah al-An'am 6 : 32]

DI MANA agaknya kita ya? Tepuk dada tanya iman...Sama2 kita sentiasa muhasabah diri..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan