Ahad, 31 Julai 2011

Allahumma Ballighna Ramadhan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat & kurniaNya insyaAllah esok kita akan memasuki madrasah tarbiyyah..Telah berlalu hari,,minggu & bulan.,Sedar atau tidak,,kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan,,keberkatan & rahmat..Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan..Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini..Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, ,maka Rasulullah akan berdoa ;

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Allahumma Ballighna Ramadhan,,merupakan doa & harapan..Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam & tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat,,Keampunan,,Pelepasan dari Neraka)..Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Apabila kedatangan Madarash Ramadhan pastinya terdapat dua golongan atau dua jenis ragam penghuninya..Yang girang gembira & yang bermuram durja..

Yang girang gembira pastinya mengetahui apa kelebihan bulan Ramadhan,,balasan & imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadhan..Hari-hari yang berlalu di sepanjang Madrasah ini dilalui dengan hati yang penuh keikhlasan..Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana..DIA telah menjanjikan pada penghuni Madrasah Ramadhan yang menanti & mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA & percutian ke SYURGA..Subhanallah..Hati yang penuh keimanan pasti teruja dengan tawaran Mudir Madrasah ini.
Yang bermuram durja pastinya golongan yang merasakan dirinya terpaksa memasuki Madrasah ini & menerima takdir itu dengan keadaan yang muram & tidak bersedia..Bahkan mungkin ada yang dah berkira-kira untuk mengelat atau melanggar peraturan Madrasah..Hati-hari yang dilaluinya sepanjang Madrasah bagaikan cacing kepanasan..Hakikatnya semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan oleh Mudir Madrasah kepada penghuni yang melanggar peraturanNya…

Ayuhlah sama-sama kita memasuki Madrasah ini dengan hati yang penuh keikhlasan & penuh kesyukuran..Bersyukurlah,,kita sekali lagi diberi peluang oleh Mudir Madrasah ini..Berbesar hatilah wahai penghuni Madrasah Ramadhan,,kita bakal mendapat tarbiah "direct" dari Allah. Mungkin ini adalah Madrasah yang terakhir untuk kita..Ayuh kita tingkatkan amal soleh agar ibadah kita diterima oleh Mudir Madrasah ini..Moga kedatangan Ramadhan ini lebih bermakna dari yang sebelumnya….
Ahlan Ya Ramadhan al-Mubarak….Kullu 'Aam wa Antum Bikhair...

Jumaat, 29 Julai 2011

3 Golongan Manusia!!

Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :
 
(I)- Golongan yang menganggap hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." [Surah al-An'am : 29]

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah & mengingkari hari kebangkitan.

(II)- Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun....

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan di sana. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

(III)- Golongan yang mengganggap dunia ini ladang akhirat

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:" Dan tiadalah kehidupan ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahami?" [Surah al-An'am 6 : 32]

DI MANA agaknya kita ya? Tepuk dada tanya iman...Sama2 kita sentiasa muhasabah diri..
 

Khamis, 28 Julai 2011

Kadang-kadang kita rasa keliru,,bila kita jalan dia ingin mengejar tetapi kau menghalang..Kita berbicara tentang sesuatu yang indah,,yang tiada erti..Dia melirik harap kepastian..Kau memberi banyak tanda soal lantas kita tersungkur dalam dilema..Mungkinkah kita berlainan arah tuju?Satu yang langsung aku tidak pasti..Kau bercerita sebaliknya,,kita berbual bingung,,ayat berbeza tafsiran..Gelap tiba-tiba,,kosong minda..Apakah selamanya kita tidak berupaya bersama meleraikan kekusutan bicara?Mungkin salah kita ,,tidak memahami diri sendiri..Siapa yang perlu memberi penjelasan??Aku rasa ini semua minda duniawi semata,,biarkan ia berlalu pergi,,tinggalkan kita & terus mengikut tuju haluan sendiri...

Isnin, 25 Julai 2011

Jodoh Di Tangan Siapa??

"Cinta kadang tidak bersama jodoh,,namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta.."
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri..Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah & demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
     Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja..Kadang sekelip mata,,kita sedari kita telah jantuh cinta..Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
     Untuk jatuh cinta pada seseorang,,kadang tidak memerlukan sebab yang logik..Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya..Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba..Merimaskan diri merindui di kala malam..Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri..Itulah cinta..Berat perasaannya..
     Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan..Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa..Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
     Sungguh perit & pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan..Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta??Atau mungkin sayang atau suka..Atau juga minat??Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa??
Dan ada kalanya..Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak..Jatuh cinta & cinta berbalas..Terasa dunia kita yang punya..Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar..Berbunga mekar menghiasi alammu..
     & amat pedih dan perit,,terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta..Tapi cinta itu terhalang & terpaksa diputuskan atau dilupakan..Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
    
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa??Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat..& adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang & isteri orang??
     Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan..Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman..& hati selalu saja jauh untuk difahami..Kerana hati ini selalu saja sunyi & sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
     Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa..& sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita..Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini..Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
     Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta..& pengalaman kita tidak sama..Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan..Kadang terasa jauh untuk diharapkan..Namun cerita kita sama..Menginginkan cinta berbalas & mahukan kekal selamanya..
     Namun kadang kita lupa..Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan..Tujuan & matlamat kita bukanlah cinta yang di cari..Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya??Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya apabila jodoh itu bukan lagi realiti??

Janganlah kamu tangisi perpisahan & kegagalan bercinta,,kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..Atas kasih sayang Tuhan kamu & dia bertemu & atas limpahan kasihNya jua kamu & dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu??

Jumaat, 22 Julai 2011

LAYAR CINTA

ya Hannan..
denai hijau,,langit biru,,gunung kelabu..
bukanlah sekadar bingkai satu permandangan..
yang menyuratkan sebuah keindahan..
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran..
cermin alam yg memantulkan keindahan Tuhan..
ketika sunyi diri berwancanalah diri di dalam diri..
ya hanna..
teguhkan lah imanku..
seteguh gunung itu..
ya Munnan..
lapangkanlah islamku..
selapang langit biru..
dan lembutkan ihsanku..
selembut rumput didenai itu..
nescaya bertemulah diri yang hakiki..
di kamar hati yg cinta ilahi..
ya Allah..
tika gagahMu bercermin alam sepenuhnya..
terasa lemahku mencengkam diri seluruh..
dan kolam hatikutakkan selamanya keruh..
insyaAllah...

Khamis, 21 Julai 2011

HEARTY

Part I "hai awak!" menyapa.
"hai awak juga." tersenyum.
"awak sudah lunch ker?" berjalan bersama.
"belum. nak pergi beli makananlah ini. awak sudah lunch?" menyoal.
"belum. jom lunch sama-sama." tersenyum.
"jom. erk, phone awak ringing. makwe awak kot." menjeling.
"erk, awak tunggu kejap okay." menjawab panggilan.
"sudah habis bergayut?" senyum sinis.
"sudah. sorry, jom kita lunch. saya belanja okay." memujuk.
"takpelah. saya rasa macam kenyang plak. saya nak balik office dulu." patah balik.
"awak. janganlah begini. nanti kalau awak gastric, saya juga yang risau." memujuk.
"takpe. yang awak perlu risaukan adalah makwe awak. saya hanya kawan awak." beredar.
"tapi saya tetap risaukan awak." jalan seiringan.
"takpe. saya okay saja. awak pergilah makan. karang awak pula yang gastric. erk, phone awak bunyi lagi. saya pergi dulu." senyum tawar. beredar.

'tapi saya nak awak temankan saya. saya nak awak sentiasa dengan saya.' merenung pergi. membiarkan panggilan.

Part II
"awak buat apa itu?" duduk berhadapan.
"sedang memancing." senyum nakal.
"buat lawak ea. cubit karang." mengecilkan mata.
"tengah buat kerja la wak. next week dateline dia." merenung dan senyum.
"awak, nah! coklat untuk awak." menghulur.
"hah? coklat! terima kasih awak!" senyum gembira.
"tadi jalan. nampak coklat kegemaran awak. jadi saya belikanlah untuk awak." merenung.
"terima kasih banyak-banyak tau. nah, kita kongsi dua." menghulur.
"erk, sekejap. phone." beredar ke meja.

'kau anggap aku sebenarnya apa? ' monolog.

Part III
masej.

'salam awak.' hantar.
'salam awak.' balas.
'kak ton cakap awak ambil MC. awak sakit ker?' hantar.
'saya demanlah wak.' balas.
'awak sudah pergi klinik tak?' hantar.
'belum lagi, saya tak larat nak bangun.' balas.
'awak sudah makan ker belum? siapa kawan awak kat rumah?' hantar.
'saya belum makan lagi wak. tak larat nak gerakkan badan. saya sorang saja. housemate sudah pergi kerje.' balas.
'awak bersiap ala kadar, saya datang pergi rumah awak. kita pergi klinik okay.' hantar.
'takpelah. menyusahkan awak saja. nanti housemate saya balik, saya ajak dia temankan saya pergi klinik.' balas.
'awak jangan degil. awak bersiap sekarang. setengah jam lagi saya datang. tunggu saya. salam.' hantar.
'hurm, baiklah. salam.' hantar.

Part IV
"awak, awak okay ker?" duduk disebelah.
"okay." sayu.
"habis itu, kenapa monyok nie?. awak gaduh dengan makwe awak ea?" merenung.
"takdelah. awak sudah sihat betul ker nie? sudah makan ubat?" alih topik.
"saya sudah sihat la wak. ubat pun sudah habis. awak mesti gaduh dengan makwe awakkan. pasal awak hantar saya pergi klinik temph hari ker?" susah hati.
"hurm. yer." muram.
"saya minta maaf wak. kan saya sudah cakap kat awak, tak yah hantar saya. tapi awak degil juga nak hantar. tengok sekarang, awak dengan makwe awak gaduh." masam muka.
"eh, janganlah cakap macam itu. sudah tugas saya sebagai kawan awak untuk pastikan awak sihat. lagipun, saya kan lelaki. lelaki mestilah jaga wanita." memujuk.
"saya minta maaf wak." tunduk.
"takpelah wak. awak, hujung minggu nie, teman saya pergi kenduri kahwin kawan saya yer." senyum.
"erk. awak tak ajak makwe awak ker?" berkerut dahi.
"dia sibuk. awak temankan saya okay. nanti saya jemput awak kat rumah." mengharap.
"erk. Baiklah." serba salah.
"terima kasih wak!" kenyit mata.
"sama-sama." terkaku.


Part V
"awak, kawan awak tengok saya lain macamlah." tunduk.
"alaa, dorang itu memang begitu. takleh tengok perempuan lawa." senyum.
"tapi saya malulah awak." merona.
"awak jangan risau, awak dengan saya. kalau dorang kacau awak, awak cakap dengan saya. saya karate dorang satu-satu." senyum nakal.
"awak nie." membesarkan mata.
"jom, saya kenalkan awak dengan dorang." tarik tangan.
"awak..." terkesima.
"hai geng! kenalkan ini awek aku." senyum bangga.
"awak??" terdiam.

Part VI
"awak, kenapa diam ini?" fokus pemanduan.
"kenapa awak kata dekat kawan awak yang saya makwe awak?" tanya.
"awak marah ker?" risau.
"tak! saya suka!" sinis.
"sorrylah wak, saya just bergurau jew." serba salah.
"kalau makwe awak tahu, mesti dia kecil hati tahu. kalau lepas ini awak dan makwe awak bergaduh pasal hal ini. mesti makwe awak akan fikir saya ini perampas pakwe orang!" marah.
"saya minta maaf wak. saya tak bermaksud pun." kecil hati. senyap.
"wak..." merenung.
"hurm" diam.
"saya minta maaf marah awak. saya cuma risaukan tanggapan makwe awak." memujuk.
"takpe. jom balik." diam.
"hurm, baiklah." senyap.

Part VII
"wak, sibuk?" memandang.
"bolehlah juga" acuh tak acuh.
"awak masiih merajuk dengan saya?" merenung.
"buat apa nak merajuk? saya bukannya pakwe awak nak merajuk-merajuk." alihkan pandangan.
"habis itu, kalau tak merajuk. kenapa minggu ini awak tak tegur saya?" duduk di hadapan.
"saya sibuk, nak kejar dateline" menekan keyboard.
"awak jangan nak kelentong saya wak. saya tahu dateline keje awak itu hantar 3 weeks lagi." memandang.
"saya nak siapkan awal. saya nak cuti panjang. saya nak kahwin." menekan keyboard.
"kahwin?" sayu.
"a'ah. kahwin." memandang sayu.
"tahniah wak" senyum tawar. beredar lemah.
"wak... wak..." mengeluh berat.

'maafkan saya wak' pejam mata.

Part VIII
monolog.

'kenapa aku perlu sedih?' mengeluh.
'kenapa hati aku bagai dicarik-carik?' terduduk.
'kenapa hati aku sakit?' peluk lutut.
'aku sudah tahu dia ada makwe dan aku sepatutnya tahu yang dia mungkin akan berkahwin tidak lama lagi.' pejam mata.
 'tapi...' perkemaskan pelukan lutut.
'kenapa dia layan aku begitu? kenapa dia layan aku bagaikan puteri? kenapa dia caring sangat dengan aku? kenapa dia mengaku yang aku makwe dia depan kawan dia? kenapa?!!' baling telefon bimbit di dinding.
pangggg... berkecai.
'aku kecewa' menangis.
'aku sebenarnya cintakan kau' esakan semakin kuat.

Part IX
monolog.
'maafkan saya wak' termanggu.
'maafkan perasaan yang saya tanam dan baja dekat hati awak' tunduk.
'sememangnya saya amat cintakan awak' pejam mata.
'saya amat sayangkan awak' genggam tangan.
'saya amat kasihkan awak' meruap muka.
'tapi saya...' terdiam.
'awak pasti dapat yang lebih baik dari saya wak' membuang pandangan.
'ya Allah, jagakanlah dia untukku ya Tuhan ku.' mendonggak ke langit

Part X
"awak? macam awak boleh ada dekat sini"' menantap.
"kenapa awak tipu saya? kenapa awak cakap awak nak kahwin?!" menangis.
"siapa bagitahu awak yang saya ada dekat sini?" berkerut dahi.
"bos tanya saya tadi pagi, saya ada pergi melawat awak dekat hospital ker belum. kenapa awak tak bagitahu saya wak? kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit?" genggam tangan.
"maafkan saya wak. maafkan saya sayang." kesat air mata.
"sampai hati awak buat saya begini. awak seksa jiwa saya. awak tahu tak yang saya merana bila awak cakap awak akan berkahwin. awak tahu tak hidup saya tak bahagia. kenapa wak? kenapa?" bahu terenjut.
"please... sayang. maafkan saya. saya tak bermaksud nak buat awak terseksa wak. saya buat semua ini sebab saya tak nak awak ingat saya. saya nak awak benci saya." genggam erat tangan.
"kenapa awak nak saya benci awak wak? saya amat sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah buat saya gini." tersedu.
"saya akan mati tak lama lagi wak. saya akan mati. saya ada kanser wak. segalanya sudah terlambat. kanser saya tahap 3, takde apa yang boleh buat." senyum tawar.
"awak..." peluk.
"andai Dia beri saya masa, hanya awak saja yang saya ingin kahwini dan jadi permaisuri hidup saya. tapi..." usap wajah.
"tapi apa wak? jadi selama ini siapa yang asyik telefon awak?" berkerut dahi.
"yang selalu telefon itu, umi sayang. saya takde makwe. hanya awak dan umi saja makwe dalam hidup saya." senyum .
"kenapa selama ini awak tak bagitahu saya yang awak sebenarnya takde makwe?" menatap.
"sebab saya nak tengok respon awak dan kini, awak sendiri mengaku yang awak cintakan saya. terima kasih sayang."
senyum bahagia.
"awak, saya sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah tinggalkan saya." menangis.
"saya cuba bertahan demi saya, umi dan juga awak. saya amat cintakan awak." peluk.
"awak..." menangis.
"andai Dia tarik nyawa saya selepas ini. saya tidak menyesal, kerana dapat dengar kalimah cinta dari mulut awak. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak teruskan hidup awak sebab saya pasti ada sinar bahagia yang sedang menunggu awak walaupun yang membawa sinar bahagia itu bukan saya. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak jangan bersedih sebab saya akan tunggu awak di pintu syurga sayang." senyum terakhir.

"awak..." menangis.

TAMMAT

[copy by; adik Sabridah aka Mawar berduri]

Rabu, 20 Julai 2011

KASIH,,SAYANG & CINTA

Antara KASIH,,SAYANG & CINTA.. 3perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan,,namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza..Pengertian 3perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami pada emosi & tindakan!

I. KASIH
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"..Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya..& jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya..Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang..Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah & perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia,,kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang & seterusnya rasa cinta..Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat..Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang..Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan..Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi & mencintai mereka sebagai isteri.
II. SAYANG
Perkataan yang sukar untuk dibezakan & diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia..Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi..Kita mungkin menyayangi sahabat,,keluarga,,guru atau sesiapa sahaja..Tetapi berbeza jika kita mengatakan bahawa kita menyayangi isteri kita..Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud kita mencintainya sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah,,sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk kita melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi kita..Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia..Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada kita sebagai orang yang menyayangi & disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya..Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan & terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

III. CINTA
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang..Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang..Bila mencintai seseorang,,tersiratnya kita mempunyai rasa sayang yang ikhlas & menerima diri pasangan kita seadanya..Kita hanya memikirkan dirinya,,perkongsian hidup bersama & juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan..Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza..Dalam satu pepatah arab,,mendefinisikan cinta itu pekak & buta..Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain..Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri..Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan,,tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati..Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan & sangat memedihkan bila gagal..Itulah kelebihan & kelemahan cinta..Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa,,sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
Serahkan masamu hanya untuk Allah,,pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya..Serahkan hatimu & cintamu untuk Allah,,pasti DIA akan berikan hati & cintamu kepada pemilik yang sebenar…

Isnin, 18 Julai 2011

I.T.A.L.Y

❤"..di sana ada DUKA yang sedang berHILAI TAWA,,di sana juga ada SUKA yang sedang berSUGUL DURJA.. & mereka saling berKAIT untuk meNGAYAM keBENARan..akan SESUATU..."

❤"..di sana ada TANGISAN yang sedang HIBA LARA,,di sana juga ada GELAKkan yang sedang MENERANGi DUNIA.. & mereka saling MEMERLUkan untuk mengUBAH keINSAFan..setiap INSAN..."


I.T.A.L.Y tetiba aku teringat bila melihat foto nie..10tahun sudah berlalu..biasalah jumpa balik barang-barang lama...dia selalu menyatakan perkataan keramat nie padaku dulu...
"...I Trust And Love You..."



Jumaat, 15 Julai 2011

Jika & Begitulah

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,,hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja,,
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu,,
& mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,,
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..

& mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,,yang kamu pasti baik untuk dirimu,,
Mengenyangkan..Berkhasiat..Mengapa kamu berlengah,,
Cuba mencari makanan yang lain,,Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak,,nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya..Kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,,
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..

Menyayangimu..Mengasihimu..Mengapa kamu berlengah,,
Cuba membandingkannya dengan yang lain.,Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak,,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,,
& Kamu juga yang akan menyesal..

Khamis, 14 Julai 2011

IZINKAN AKU MENIKAHIMU

Ya Allah..Izinkanlah aku Menikahinya..
Bila aku bertemu dengan seseorang & aku jatuh cinta,,
Izinkanlah aku menjadi yang terbaik baginya,,& dia yang terbaik bagiku..

Ya Allah..
Bila aku menjadi pasangan seseorang,,
Izinkanlah diriku menjadi pelindung baginya,,
Izinkanlah wajahku menjadi kesenangan baginya,,
Izinkanlah mataku menjadi keteduhan baginya,,
Izinkanlah bahuku menjadi tempat melepas keresahan baginya,,
Izinkanlah setiap perkataanku menjadi kesejukan baginya..

Ya Allah..
Izinkanlah setiap pelukkan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu,,
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perikat cinta kepadaMu,,
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu..

Ya Allah..
Izinkanlah hati yang halus ini tidak pernah merasa disakiti,,
Izinlanlah hati yang kecil ini tidak pernah merasa terkhianati..
Jiwa kami ada dalam genggamanMu,,maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu..

Ya Allah..
Permintaan terakhirku,,semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu,,
Selalu dalam limpahan RahmatMu..
Ameen Ya Rabbal Alamin....

Selasa, 12 Julai 2011

Dari Dairi Lama Aku [2]

"Cinta Alam Maya"

"Ha apa?bercinta tapi tak pernah jumpa??boleh ke?"
"La..mana ada orang bercinta tak pernah jumpa..karut la"
"Kalau bercinta mesti jumpa..macam cinta pandang pertama!"
"Loh..pekejadah?ko kenal ke dia?ko tau ke dia 2 sapa?"
"Hahaha..merepek la ko nie wei..."
"Boleh percaya ke?mana ada dibuat orang beb!"

Ramai yang berpendapat begitu ...yela,,kalau dah namanya CINTA,,semua nampak INDAH..sebab tue orang kata 'CINTA itu BUTA'.Pernah ke terjadi?haha..yap memang pernah berlaku pada aku suatu ketika dulu..pedulik apa orang nak cakap..yang merasa aku..pada aku bila tak berjumpa,,banyak kelebihannya..Kalau selalu jumpa kan BOSAN,,dan yang paling penting bila dah berjumpa berDUA,,yang keTIGA sapa??sendiri pikir la der..haha~

Anisha aka Zakiah
Dulu pernah terukir diHEARTY aku..kami saling mengenali di dalam sebuah majalah pada tahun 2001..Masa mula-mula tue sekadar sahabat pena..aku di Johor,,dia di Selangor..tapi kami banyak berkongsi masalah,,bercerita tentang minat,,bertukar pendapat & kerana kami banyak persamaan akhirnya kami berCINTA..dulu takde handset,,takde laman sosial macam facebook..hanya SURAT sebagai pengganti diri..
Aku tertarik dengan sifat mengambil berat dia,,caring,,suka buat aku ketawa & tak pernah melawan/betah cakap aku..budi bahasa dengan aku dia jaga..alhamdulillah..masa tue aku pikir memang CINTA MATI aku la nie..tapi setiap yang kita rencanakan,,jika tidak diizinkan Allah maka tetap tak jadi..
Tahun 2006..
Waktu tue aku sedang bekerja..aku dapat berita dari kakaknya,,yang dia akan berTUNANG dengan pilihan family dia..memang selama nie dah banyak kali dia tolak pinangan orang kerana aku..aku study lagi,,macam mana nak masuk minang dia kan?tapi bila aku dah mula bekerja,,dah mula nak menapak,,cari tujuan hidup,,dia dipaksa TUNANG...masa tue memang aku rasa dunia aku dah tamat..kosong segalanya..pelbagai janji hancur begitu saja..
Dan aku membuat keputusan BODOH dalam HIDUP aku..'membiarkan saja dia menjadi kepunyaan orang tanpa aku menghalangnya..'

Bila diingat balik macam BODOH pun ada aku nie,,kenapa aku tak berjumpa dengan kedua orang tuanya saja..em mungkin tue kesilapan kami,,masing-masing tak kenalkan family sendiri..kami hanya berCINTA berdua saja.. CINTA ALAM MAYA...
Doa ku sentiasa mengiringinya..agar dia bahagia dengan HIDUPnya...bila kita membuat keputusan,,biarlah menggunakan AKAL yang panjang..FIKIR akan apa yang terjadi dengan TINDAKan kita kelak..

Hehe masa aku kemas bilik..aku terjumpa lagu yang pernah aku buat untuk dia dalam 'Dairi Lama Aku'...

NurZakia,,
Tercipta satu cinta,,terukir rindu..
Hanya gambaranmu..

Akan ku bina,,Istana di Syurga,,
Dihiasi cinta mahligai suci..
Akan ku selami,,Jiwamu sayang,,
Ku tahu kau sunyi tanpa kasih ku..
NurZakia...

NurZakia,,
hanyalah kau segala,,Ingin ku genggam,,
Gerbang hatimu sayang..

Akan ku datang,,dalam tidur lenamu,,
Kita bersama hanya kau dan aku..
Akan kita bersua,,Oh kasihku,,
Penggubat rindu nurani yang abadi..
NurZakia...
[maafkan aku k,,mungkin tiada jodoh antara kita,,biarlah kisah kita menjadi kenangan yang terindah..]

Ahad, 10 Julai 2011

UCU AIEN SAY

..masih adakah lagi...
marah & kekesalan menjadi suatu pantulan indah sedikit demi sedikit hilang terkikis & tak berbekas adakah masih ada cinta? adakah ada sayang tertinggal? & adakah kasih masih menanti? sedikit demi sedikit segalanya berubah memintal kusut tak menentu..

01] "Setitis keBENCIan di dalam HEARTY pasti akan membuahkan penDERITAan,,tapi setitis CINTA di dalam relung HEARTY akan membuahkan keBAHAGIAan sejati,,kalahkan keMARAHan dengan CINTA KASIH,,kalahkan keJAHATan dengan keBAJIkan,,kalahkan keKIKIRan dengan kemurahan HEARTY,kalahkan keSOMBONGan dengan keJUJURan..."

02] "menCINTAi sseorang itu adalah hak kita,,namun meMILIKi sseorang yg kita CINTAi tanpa IKATan RASMI itu bukan hak kita..Jgn pernah TAKUT melepaskan ssuatu yg blm brhak kita miliki,,Dia pasti akan kembali,,andainya ALLAH mnjadikan ia untuk kau miliki atau ALLAH akan mngganti dgn yg jauh LEBIH BAIK dari yg sekarang kita CINTAi..jgn pernah takut keHILANGan ssuatu yg BUKAN menjadi hak kita..jgn kau TANGISi apa yg bukan milikmu.."

03] "Bila kau TEMUi & meMILIKi ssorg,,terimalah ia seadanya..Jgnlah kau trlalu mengKAGUMinya & jgn pula kau menganggapnya begitu ISTIMEWA..Anggaplah ia MANUSIA BIASA..Apabila dia melakukan keSALAHan bukan mudah bagi kau utk menerimanya,,akhirnya kau KECEWA & TINGGALkannya..Sedangkan jika kau meMAAFkannya boleh jadi hubungan kau akan TERUS & berTAHAN selamanya..."

04] "Jika keRINDUan ini bertahta,,biarkan untuk AL'QAYYUM..andaikan keRINDUan menarik RESAH kepadaMU,,aku pasrah..andaikan penCARIan belum ku temui,,YA ALLAH damaikan HEART..biarkanlah KASIH SAYANG mengikat DIRI..."
YA ALLAH serikan taman HEARTY bukan pada FIKIRanku,,tapi pada keREDHAanMU.

Khamis, 7 Julai 2011

POKOK by Meet Uncle Hussain ft Hazama

Wow,,sekarang aku layan lagu nie plak..tetiba 'ter'minat..bukan kerana penyanyinya..aku tak ikut pun perkembangan Juara AF9..mungkin kerana aura Meet Uncle Hussain yang mempunyai kekuatan pada muzik & suara Hazama yang mula diterima semua bila muncul sebagai Juara AF9...lagu nie simple yang buat aku tertarik untuk dilayan..lirik yang mudah & tak guna madah2 pujangga melencong tapi sedap wei di dengar...ngehh3~
         [sekadar gambar hiasan,,sebab ada 'POKOK'..muahahaha] 

POKOK by Meet Uncle Hussain ft Hazama

Tersesat malu bertanya,,Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya,,Ku terdiam..
Menyusur dikaki lima,,Terlihat bayang wajah kelmarin,,
Tersentuh hati bagai luruh..

Tanya sama pokok apa sebab goyang,,Jawab angin yang goncang..
Terbang burung terbang,,Patah sayap diduga..
Seandainya rebah,,Kau masih ada..

Terlalu mahu dan mahu,,Terlupa apa yang perlu..
Terlalu banyak alasannya,,Duk terdiam..
Tak mudah namun tak susah,,Terserah atas pilihan,,
Tersentuh hati mula luruh..

Tanya sama pokok apa sebab goyang,,Jawab angin yang goncang..
Terbang burung terbang,,Patah sayap diduga..
Seandainya rebah,,Kau masih ada..

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada..
Kau masih ada..
Kau masih ada..

Terlalu mahu dan mahu,,Terlupa apa yang perlu..
Terlalu banyak alasannya,,Duk terdiam..
Tak mudah namun tak susah,,Terserah atas pilihan,,
Tersentuh hati mula luruh..

Tanya sama pokok...
...Kan??terrrbaekk!!aku dah mula layan entah bila aku pon xtau...first dengar dah best..so layankan saja..k arios..sayonara~

Sabtu, 2 Julai 2011

JIWA KU BERBICARA

Mungkinkah JIWA itu tidak pernah diuji dengan hebat?
Ataupun meletakkan segalanya atas kesalahan orang lain?
Mengapa JIWA itu tidak terbit rasa kasihan,,bersalah atau sedikit merendahkan EGOnya?
Mengapa mesti memperlakukan orang yang sangat menJAGA HEARTY dengan mencari2 & merobek perasaan...
Tidakkah rasa bersalah mengetuk PINTU HEARTYnya ataukah pintu itu tertutup rapat untuk rasa2 yang tidak ingin diundang...
Sungguh angkuh JIWA itu,,yang bisa melukakan HEARTY setiap orang dengan perilaku yang sangat dibanggakan...
Alangkah petah LIDAH BERBICARA tentang betapa pincangnya pemikiran orang padahal tidak menyedari setiap perkataan yang diluahkan adalah PANTULAN PERIBADI sendiri...
Yang gersang dari dinginnya air mata keINSAFan,,juga kering dari pohon kerendahan HEARTY...
Yang melihat DIRI lebih betul berbanding orang lain...
Yang kononnya lantang mempertahankan hak,,tapi dalam masa sama menafikan hak orang lain yang perlu dilindungi...

Bicara apakah itu,,sehingga membuatkan telinga ini berdesir,,muak mendengar segala apa yang dihamburkan...
Tindakan tidak seperti kata2 yang terlontar...
Kata2 tidak mengiringi amalan yang wajar...
Mengapa begitu sudahnya JIWA itu...
Mungkinkah cahaya kelembutan dan sinar keIMANan semakin kelam menembusi ruang HEARTY...
Betapa pun aku mengatakan,,tidaklah dapat aku mengubahnya melainkan berDOA moga JIWA itu SEDAR & terJAGA dari kekalutan yang diciptanya sendiri...
Moga JIWA itu tidak hanyut atau terus tenggelam dalam wadah keSOMBONGan & keLUSUHan IMAN
Kejamkah aku untuk meluahkan semua ini??Aku tidak terdaya menahan perasaan ini kerana hanya aku yang merasa betapa perit untuk diluah apalagi untuk disimpan..Moga ALLAH mengampuniku & memberi nikmat keTENANGan dalam HEARTY ini yang sering carik & robek oleh JIWA kayu itu...