Ahad, 5 Jun 2011

WAHAI DIRI

Wahai diri..Kesatlah air mata yang mengalir di pipimu,,
Benamkan amarahmu jauh ke pasak bumi,,
Hapuskan prasangka dari bercambah,,
Lupuskan dendam yang bertunas di jiwa,,
Rawatlah kesedihanmu dengan zikrullah..

Wahai diri..
Apakah kamu mengira,,
Bahawa Allah sengaja membuatmu terluka,,
Dengan lidah tajam dan tusukan duri manusia yang tidak mengerti?
Salah tanggapanmu itu,,
Istighfarlah,,jinakkan jiwamu dengan rasa kehambaan..

Wahai diri..
Mengapa engkau sering bersedih,,
Padahal nikmat padamu tak pernah berkurang,,
Hanya sesekali Allah menambah rencah,,
Agar lebih bermakna hidupmu,,
Dengan sedikit ujian,,likunya bertambah warna..

Wahai diri..
Berbahagialah dengan apa yang kau hadapi,,
Hakikatnya engkau tidak pernah ditinggal keseorangan,,
Biar dalam senang mahupun susah,,
Usah terlalu menghukum diri dengan melayan derita,,
Sedang wajahmu mampu untuk melakar senyum..

Wahai diri..
Bangkitlah dari rasa lesu,,
Hiruplah haruman segar,,
Dari bunga hatimu yang redha dengan ketentuan Ilahi,,
Yakinilah bahawa engkau terlalu istimewa,,
Tanpamu,,dunia tidak sempurna...
Senyumlah wahai diri,,moga ia membuatkan wajahmu bercahayaalam berseri dengan sinarmu..

2 ulasan: