Hari ini,,Umat Islam seluruh dunia menyambut peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (29 Jun 2011)..Kita tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah..Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam,,kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.
Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri Rasulullah saw..Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan & keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah & kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad saw..tapi orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi..Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq,,ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu & tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut & ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi & kembali murtad daripada Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah & Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Israk & sekitarnya..Sehingga kini bumi Israk iaitu Baitul Maqdis,,Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam,,Kristian & Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh & merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah saw mengalami pembedahan dada/perut,,dilakukan oleh malaikat Jibrail & Mika'il..Hati Baginda saw dicuci dengan air zamzam,,dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya..Kemudian dituangkan hikmat,,ilmu & iman ke dalam dada Rasulullah saw..Setelah itu,,dadanya dijahit & dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah"..Selesai pembedahan,,didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi oleh malaikat Jibrail & Israfil..Tiba di tempat2 tertentu (tempat2 yang mulia & bersejarah),,Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti & bersembahyang sebanyak dua rakaat..Antara tempat2 berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah),,tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
ii. Bukit Tursina,,iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung & dapat menyasikan peristiwa2 simbolik yang amat ajaib.Antaranya :
a) Kaum yang sedang bertanam & terus menuai hasil tanaman mereka..Apabila dituai,,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai..Hal ini berlaku berulang-ulang..Rasulullah saw dibertahu oleh Jibrail; Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
b) Tempat yang berbau harum..Rasulullah saw diberitahu oleh Jibrai; Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya & anak2nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
c) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka..Setiap kali dipecahkan,,kepala mereka sembuh kembali,,lalu dipecahkan pula..Demikian dilakukan berkali-kali..Jibrail memberitahu Rasulullah; Itulah orang2 yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
d) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain..Mereka dihalau seperti binatang ternakan..Mereka makan bara api & batu dari neraka Jahannam..Kata Jibrail; Itulah orang2 yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
e) Satu kaum,,lelaki & perempuan,,yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka..Kata Jibrail; Itulah lelaki & perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki & perempuan itu masing2 mempunyai isteri/suami.
f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah & dilontarkan batu..Kata Jibrail; Itulah orang yang makan riba`.
g) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu & dia tak terdaya memikulnya,,tapi ditambah lagi kayu yang lain..Kata Jibrail; Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
h) Satu kaum yang sedang menggunting lidah & bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.,Setiap kali digunting,,lidah & bibir mereka kembali seperti biasa.,Kata Jibrail; Itulah orang yang membuat fitnah & mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
i) Kaum yang mencakar muka & dada mereka dengan kuku tembaga mereka..Kata Jibrail; Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) & menjatuhkan maruah (mencela,,menghinakan) orang.
j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit..Tak dapat dimasukinya semula lubang itu..Kata Jibrail; Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur)..Kemudian menyesal,,tapi sudah terlambat.
k) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan..Rasulullah tidak memperdulikannya..Kata Jibrail; Itulah dunia..Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,,nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
k) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan & menyuruh Rasulullah berhenti..Rasulullah saw tidak menghiraukannya..Kata Jibrail; Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
l) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu..Kata Jibrail; Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua & menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,,Rasulullah turun dari Buraq..Kemudian masuk ke dalam masjid & mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` & mursalin menjadi makmum.
Rasulullah saw terasa dahaga,,lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak & susu..Rasulullah memilih susu lalu diminumnya..Kata Jibrail; Baginda membuat pilhan yang betul..Jika arak itu dipilih,,nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga..Rasulullah saw & Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
a) Langit Pertama: Rasulullah saw & Jibrail masuk ke langit pertama,,lalu berjumpa dengan Nabi Adam as..Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba` & harta anak yatim & melihat orang berzina yang rupa & kelakuan mereka sangat huduh & buruk..Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
b) Langit Kedua: Nabi saw & Jibrail naik tangga langit yang kedua,,lalu masuk & bertemu dengan Nabi 'Isa as & Nabi Yahya as.
c) Langit Ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
d) Langit Keempat: Bertemu dengan Nabi Idris as.
e) Langit Kelima: Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
f) Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi-Nabi..Seterusnya dengan Nabi Musa as..Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,,termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
g) Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh & masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya..Kepada Rasulullah saw,,Nabi Ibrahim as bersabda,,
"Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini..Umatmu adalah akhir umat & terlalu dha'if,,maka berdoalah untuk umatmu..Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
Mengikut riwayat lain,,Nabi Irahim as bersabda,,
"Sampaikan salamku kepada umatmu & beritahu mereka,,Syurga itu baik tanahnya,,tawar airnya & tanamannya ialah lima kalimah,,iaitu: SUBHANALLAH,,WAL-HAMDULILLAH,,WA LAH ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR & WA LAH HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM..Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"
..Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib..Rasulullah & Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur & bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul2 di atas Baitullah di Mekah).
h) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha..Rasulullah saw menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah,,sungai susu,,sungai arak & sungai madu lebah..Buah,,daun2,,batang & dahannya berubah-ubah warna & bertukar menjadi permata2 yang indah.. Unggas2 emas berterbangan..Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia..Baginda Rasulullah saw dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga..Seterusnya baginda masuk ke syurga & melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
i) Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha..Rasulullah saw masuk di dalam nur & naik ke Mustawa & Sharirul-Aqlam..Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy,,iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,,hatinya tertumpu penuh kepada masjid & tidak memaki ibu bapanya.
j) Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus & Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya,,lantas sujud..Kemudian berlakulah dialog antara Allah & Muhammad,,Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu & bermohonlah,,Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya,,Rabb..Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil & Engkau berikan dia kerajaan yang besar..Engkau berkata-kata dengan Musa..Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar & dapat melembutkan besi..Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun & memudahkan Sulaiman menguasai jin,,manusia,,syaitan & angin..Engkau ajarkan 'Isa Taurat & Injil..Dengan izin-Mu,,dia dapat menyembuhkan orang buta,,orang sufaq & menghidupkan orang mati..Engkau lindungi dia & ibunya daripada syaitan.
Allah SWT : aku ambilmu sebagai kekasih..Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira & amaran kepada umatmu..Aku buka dadamu & buangkan dosamu..Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat..Aku beri keutamaan & keistimewaan kepadamu pada hari qiamat..Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu..Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy..Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,,hijrah,,sedekah & amar makruf & nahi munkar..Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd,,maka Adam & semua yang lainnya di bawah panji2mu & aku fardhukan atasmu & umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat
Rasulullah saw di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Rasulullah saw merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan,,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu..Selepas sembilan kali merayu (setiap kali dikurangkan lima waktu) akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 5 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah saw turun ke langit dunia semula..Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis..Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama..Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin,,27 Rejab,,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah)..Wallahu'alam..
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,,peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang..Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik & menjauhi perkara yang tidak baik..Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah & takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari & dihayati benar2 kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan..Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut)..Orang2 kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai,,malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka..
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian & mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT..Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan & kebesaran-Nya kepada Baginda saw..
Firman Allah SWT : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda2 kebesaran Kami..Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[Surah Al-Israa; Ayat 1]..Wallahu'alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan