Khamis, 30 Jun 2011

Dari Dairi Lama Aku [1]

"I'm Not a Loser"

Alhamdulillah,,hari nie dah masuk 3minggu 3hari aku di kg..Bila duduk kg macam2 aku boleh buat contahnya 'kemas bilik'..Bilik aku sekarang penuh dengan barang2 aku & barang2 lama aku..Segala mainan,,buku2 komik,,baju2 & macam2 lah..Dalam dok kemas2 tue,,terjumpa plak 'Dairi Lama Aku'..hehe,,ingat aku takde dairi ke?orang nak cakap aku jiwang pun aku tak kisah..sebab dairi tue tersimpan segala perjalanan hidup aku dari sek rendah,,sek menengah sampai aku meninggalkan kg..Nak tergelak jugak bila baca kisah lama aku dulu..
Kebanyakan kisah cinta monyet..haha,,ramai jugak sebenarnya aweq aku nie..Tapi aku bukan playboy..Aku jenis setia yang satu beb!Cuma kekadang bila dah nampak pompuan dahi licin yer tergugat iman nie wei (adatlah)..dan kebanyakan pompuan yang aku penah couple dah bahagia dengan suami & anak2 mereka sekarang..Syukur alhamdulillah..Hanya doa yang dapat aku kirimkan..

Ha bila bukak 'Dairi Lama Aku'..terlayan la plak blues yang tak ada penghujungnya..Buat aku terfikir akan life aku yang tak tahu akhir jalan nie..Perghh bila dah layan blues nie,,memang pebret aku dengan dengar lagu jiwang2 nie..Sambil selak2 'Dairi Lama Aku' teringat kat kawan2 sekolah (masing2 dah ada family sendiri)..Sebenarnya 'Dairi Lama Aku' nie banyak katun yang aku lukis dari tulisan..Sebab dulu memang aku minat melukis..hehehe..layan blues kawan ~
..salah satu kata2 yang aku tulis kat 'Dairi Lama Aku'...


13jun2002..
Kata orang,,ada kala kenyataan itu amat pahit untuk di telan..dan hari ini aku makin percaya dengan ungkapan tue! kenapalah kena ada kebetulan-kebetulan yang 'BANGANG' macam nie dalam hidup kita... Bukan senang beb,,aku nak jatuh hati kat pompuan..tapi bila aku dah berkenan...time tu la aweq tu dah ada pakwe...tak bengang ke tue? Macam hindustan pun ada bila hero dah berkenan kat heroin,,time tu la orang jahat nak datang kacau,,cheh! Tak macho langsung! Hati aku? Tah..aku pun dah tak tahu nak cakap macam mana. Kejap sedih,,kejap terharu,,kejap rasa nak nangis,,kejap nak rasa gelak kuat-kuat..dah mereng ke aku.. Hah??? Tapi itu tak bermakna peluang aku dah tertutup,,ye tak? Jodoh,,pertemuan,,ajal semua di tangan tuhan...yang penting 'I'm Not a Loser!!'

Rabu, 29 Jun 2011

KENANGI ISRAK DAN MIKRAJ

Hari ini,,Umat Islam seluruh dunia menyambut peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (29 Jun 2011)..Kita tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah..Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam,,kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri Rasulullah saw..Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan & keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah & kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad saw..tapi orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi..Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq,,ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu & tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut & ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi & kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah & Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Israk & sekitarnya..Sehingga kini bumi Israk iaitu Baitul Maqdis,,Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam,,Kristian & Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh & merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah saw mengalami pembedahan dada/perut,,dilakukan oleh malaikat Jibrail & Mika'il..Hati Baginda saw dicuci dengan air zamzam,,dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya..Kemudian dituangkan hikmat,,ilmu & iman ke dalam dada Rasulullah saw..Setelah itu,,dadanya dijahit & dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah"..Selesai pembedahan,,didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi oleh malaikat Jibrail & Israfil..Tiba di tempat2 tertentu (tempat2 yang mulia & bersejarah),,Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti & bersembahyang sebanyak dua rakaat..Antara tempat2 berkenaan ialah:
   i. Negeri Thaibah (Madinah),,tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
  ii. Bukit Tursina,,iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah
 iii. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung & dapat menyasikan peristiwa2 simbolik yang amat ajaib.Antaranya :
  
   a) Kaum yang sedang bertanam & terus menuai hasil tanaman mereka..Apabila dituai,,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai..Hal ini berlaku berulang-ulang..Rasulullah saw dibertahu oleh Jibrail; Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
   b) Tempat yang berbau harum..Rasulullah saw diberitahu oleh Jibrai; Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya & anak2nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
   c) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka..Setiap kali dipecahkan,,kepala mereka sembuh kembali,,lalu dipecahkan pula..Demikian dilakukan berkali-kali..Jibrail memberitahu Rasulullah; Itulah orang2 yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
   d) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain..Mereka dihalau seperti binatang ternakan..Mereka makan bara api & batu dari neraka Jahannam..Kata Jibrail; Itulah orang2 yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
   e) Satu kaum,,lelaki & perempuan,,yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka..Kata Jibrail; Itulah lelaki & perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki & perempuan itu masing2 mempunyai isteri/suami.
   f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah & dilontarkan batu..Kata Jibrail; Itulah orang yang makan riba`.
   g) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu & dia tak terdaya memikulnya,,tapi ditambah lagi kayu yang lain..Kata Jibrail; Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
   h) Satu kaum yang sedang menggunting lidah & bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.,Setiap kali digunting,,lidah & bibir mereka kembali seperti biasa.,Kata Jibrail; Itulah orang yang membuat fitnah & mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
   i) Kaum yang mencakar muka & dada mereka dengan kuku tembaga mereka..Kata Jibrail; Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) & menjatuhkan maruah (mencela,,menghinakan) orang.
   j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit..Tak dapat dimasukinya semula lubang itu..Kata Jibrail; Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur)..Kemudian menyesal,,tapi sudah terlambat.
   k) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan..Rasulullah tidak memperdulikannya..Kata Jibrail; Itulah dunia..Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,,nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
   k) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan & menyuruh Rasulullah berhenti..Rasulullah saw tidak menghiraukannya..Kata Jibrail; Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
   l) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu..Kata Jibrail; Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua & menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,,Rasulullah turun dari Buraq..Kemudian masuk ke dalam masjid & mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` & mursalin menjadi makmum.
Rasulullah saw terasa dahaga,,lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak & susu..Rasulullah memilih susu lalu diminumnya..Kata Jibrail; Baginda membuat pilhan yang betul..Jika arak itu dipilih,,nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga..Rasulullah saw & Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
   a) Langit Pertama: Rasulullah saw & Jibrail masuk ke langit pertama,,lalu berjumpa dengan Nabi Adam as..Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba` & harta anak yatim & melihat orang berzina yang rupa & kelakuan mereka sangat huduh & buruk..Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
   b) Langit Kedua: Nabi saw & Jibrail naik tangga langit yang kedua,,lalu masuk & bertemu dengan Nabi 'Isa as & Nabi Yahya as.
   c) Langit Ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
   d) Langit Keempat: Bertemu dengan Nabi Idris as.
   e) Langit Kelima: Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
   f) Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi-Nabi..Seterusnya dengan Nabi Musa as..Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,,termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
   g) Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh & masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya..Kepada Rasulullah saw,,Nabi Ibrahim as bersabda,,

"Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini..Umatmu adalah akhir umat & terlalu dha'if,,maka berdoalah untuk umatmu..Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain,,Nabi Irahim as bersabda,,

"Sampaikan salamku kepada umatmu & beritahu mereka,,Syurga itu baik tanahnya,,tawar airnya & tanamannya ialah lima kalimah,,iaitu: SUBHANALLAH,,WAL-HAMDULILLAH,,WA LAH ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR & WA LAH HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM..Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"

..Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib..Rasulullah & Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur & bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul2 di atas Baitullah di Mekah).
   h) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha..Rasulullah saw menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah,,sungai susu,,sungai arak & sungai madu lebah..Buah,,daun2,,batang & dahannya berubah-ubah warna & bertukar menjadi permata2 yang indah.. Unggas2 emas berterbangan..Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia..Baginda Rasulullah saw dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga..Seterusnya baginda masuk ke syurga & melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
   i) Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha..Rasulullah saw masuk di dalam nur & naik ke Mustawa & Sharirul-Aqlam..Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy,,iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,,hatinya tertumpu penuh kepada masjid & tidak memaki ibu bapanya.
   j) Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus & Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya,,lantas sujud..Kemudian berlakulah dialog antara Allah & Muhammad,,Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu & bermohonlah,,Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya,,Rabb..Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil & Engkau berikan dia kerajaan yang besar..Engkau berkata-kata dengan Musa..Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar & dapat melembutkan besi..Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun & memudahkan Sulaiman menguasai jin,,manusia,,syaitan & angin..Engkau ajarkan 'Isa Taurat & Injil..Dengan izin-Mu,,dia dapat menyembuhkan orang buta,,orang sufaq & menghidupkan orang mati..Engkau lindungi dia & ibunya daripada syaitan.
Allah SWT : aku ambilmu sebagai kekasih..Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira & amaran kepada umatmu..Aku buka dadamu & buangkan dosamu..Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat..Aku beri keutamaan & keistimewaan kepadamu pada hari qiamat..Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu..Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy..Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,,hijrah,,sedekah & amar makruf & nahi munkar..Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd,,maka Adam & semua yang lainnya di bawah panji2mu & aku fardhukan atasmu & umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat
Rasulullah saw di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Rasulullah saw merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan,,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu..Selepas sembilan kali merayu (setiap kali dikurangkan lima waktu) akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 5 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah saw turun ke langit dunia semula..Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis..Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama..Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin,,27 Rejab,,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah)..Wallahu'alam..
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya,,peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang..Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik & menjauhi perkara yang tidak baik..Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah & takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari & dihayati benar2 kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan..Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut)..Orang2 kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai,,malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka..
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian & mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT..Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan & kebesaran-Nya kepada Baginda saw..

Firman Allah SWT : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda2 kebesaran Kami..Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[Surah Al-Israa; Ayat 1]..Wallahu'alam..

Selasa, 28 Jun 2011

CINTA PASTI DI UJI

"kita tak boleh menCINTAi orang lain sebelum menCINTAi diri sendiri,,sebelum menCINTAi ALLAH..!!"
Ibu selalu berpesan; Untuk bahagia,,CINTAlah sesiapa yang menCINTAi kita bukan sesiapa yang kita CINTAi..

Awak,,CINTA umpama hadiah daripada ALLAH..kita gembira & suka apabila menerima hadiah..Namun,,wajarkah hadiah lebih diCINTAi daripada pemberian HADIAH?Jawapannya,,tepuk dada tanya IMAN di dalam JIWA..Tentulah pemberi hadiah..
  CINTA kalau bahasanya HEARTY,,itulah CINTA hakiki..
  KASIH jika dasarnya RABBi,,itulah KASIH sejati..
  CINTA ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi JANJI...

"Jangan dibawa berbincang tiga golongan..Pertama yang sedang lapar..Kedua yang sedang sakit..Ketiga orang yang sedang mabuk CINTA.."
Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya,,Orang yang sakit sedang derita menanggung deritanya,,Orang yang berCINTA pula hanya memikirkan yang diCINTAinya..

DIA LAH SEBAIK-BAIK PENOLONGMU

Allah adalah sebaik-baik penolong kepada umat manusia..Jika engkau berduka Dialah yang sering menghiburkan HEARTYmu ketika engkau memohon bantuanNya dengan penuh pengharapan..Jika engkau bergembira,,Dialah yang sentiasa mengekalkan kebahagiaan yang dikecapi sehinggakan engkau langsung melupakan kedukaan..Dialah ALLAH,,yang tidak pernah menghampakan hamba-hamba yang ikhlas memohon perlindungan dan pertolongan daripadaNya..Dengan syarat mereka tidak henti-henti menuturkan zikir memuji keagunganNya..Namun jika engkau menyedari,,engkaulah yang kerap melupakanNya..Engkau akan kembali mengingatiNya apabila kesusahan menjengah ruang hidupmu..Tidakkah engkau berasa insaf apabila kadangkala engkau merasakan segala doamu tidak dikabulkan,,padahal engkau tahu sebabnya?

Isnin, 27 Jun 2011

SATU


Dalam satu,,ada banyak rasa,,banyak kenangan,,banyak pengalaman..Daripada satu,,akan jadi dua bila sampai masanya..Untuk satu,,perlu pengorbanan,,perlu keyakinan dan kesabaran..Satu,,tiada dua,,tiada tiga..Dialah raja,,dialah hamba..Satu itu para bijaksana tapi satu itu juga dungu..Letih memihak pada satu sedangkan satu tak pernah mengerti..Penat membela satu sebab satu itu selalu berbuat helah..tapi satu tetap tak boleh diabaikan sebab satu itu tiada pengganti...

Ahad, 26 Jun 2011

KATA HEARTY

"AKU INGIN SESUATU...SESUATU YANG PERNAH AKU TEMU,,SESUATU YANG KIAN JAUH MENINGGALKAN AKU...
KEMBALIKAN AKU PADA SESUATU,,DALAM REDHA DAN TABAH,,DALAM TERBUKAAN PINTU FITRAH.."

Happy Sunday!! Apa khabar hearty hari ni? Cuba cakap sikit...Rasa ok,,tenang,,geram,,marah,,sedih,,gembira,,nak tumbuk orang...? Ada masa cubalah ber'bual2' dengan hearty sendiri. Tanya khabar,,dengar kata2nya & cuba selami apa yang dimahukan..Bukan banyak pun,,ambil masa 5 minit pun cukup,,lebih lagi bagus. Untuk apa ye? Yelah,,hearty kan yang paling sensitif & peka dengan rutin harian kita. Bila ada sesuatu yang baik berlaku,,hearty yang paling senang menunjukkan reaksi gembira. Kalau ada sesuatu yang buruk berlaku,,hearty juga yang paling cepat rasa gelisah..bimbang. Jadi bukankah satu keperluan untuk tahu apa kata hearty... Supaya senang akal & tindakan membetulkan keadaan berdasarkan amaran awal yang dicetuskan sang hearty ...hearty nurani mu..

Jumaat, 24 Jun 2011

Untuk Kalian Yang.....

Untuk kalian yang.....RAGU – RAGU DENGAN PERNIKAHAN...Cinta bukanlah perkara menjadi “ORANG SEMPURNA” untuk seseorang..Pernikahan adalah keseimbangan & kesempurnaan apabila dua insan bersama,,dia miliki sesuatu tetapi kau tidak..Begitulah sebaliknya,,saling melengkapi..Itulah SEMPURNA!

Untuk kalian yang.....PLAYBOY / PLAYGIRL..Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU" bila kau tidak benar-benar peduli padanya..Jangan bicarakan soal perasaan-perasaan itu bila tidak benar-benar ada..Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya..Jangan menatap kedalam matanya bila yang kau katakan cuma DUSTA..Hal paling kejam yang bisa dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,,padahal kau tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat ia terjatuh...

Untuk kalian yang.....SUDAH BERNIKAH...Kalau Cinta jangan katakan "INI SALAHMU!!" tapi "MAAFKAN AKU YA" ... Bukan "KAU DIMANA?!" melainkan "AKU DISINI,,KENAPA?" ... Bukan "BOLEHKAH BEGITU!?" tapi "AKU MENGERTI" ...& bukan "CUBA,,SEANDAINYA KAU..." akan tetapi "TERIMA KASIH YA,,KAMU BEGITU..."

Untuk kalian yang.....PATAH HATI...Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya & akan menghiris luka sedalam bila kau membiarkannya..Cara mengatasinya ialah bukan dengan kau membiarkannya sahaja,,tetapi ambil pengajaran & berfikir rasional dengan hikmah & membina kekuatan dalaman.

Untuk kalian yang.....BELUM PERNAH JATUH CINTA...Bagaimana kalau jatuh cinta : Mahu jatuh,,jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus,,tetaplah konsisten tapi jangan terlalu "PERASAN BAGUS"..Cintai dengan kesederhanaan,,jika belum siap cintai dalam diam..Sekali kau jatuh cinta,,biarlah cinta itu cinta yang bermakna yang membawa kepada kebahagiaan.

Untuk kalian yang..... INGIN MENGUASAI...Heartymu patah melihat yang kau cintai berbahagia dengan orang lain,,tapi seharusnya akan lebih sakit mengetahui bahawa yang kau cintai itu ternyata tidak bahagia bersamamu.

Untuk kalian yang.....TAKUT MENGAKUI CINTA...menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang..Malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu..Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kau cintai sama sekali tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Untuk kalian yang..... MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YANG SUDAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta,,hanya kemudian pada akirnya kau menyadari bahwa dia bukanlah jodohmu..Dan kau telah mensia-siakan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak..Jika sekarang dia tidak inginkanmu,,selamanyanya juga dia bukan milikmu..Maka biarkan ia pergi dan lupakan...

Serahkan masamu hanya untuk Allah,,pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan hatimu & cintamu untuk Allah,,pasti DIA akan berikan hati & cintamu kepada pemilik yang sebenar...

Rabu, 22 Jun 2011

Hiasi Dirimu

Al-Ahnaf bin Kias adalah seorang ulama yang terkenal semasa hidupnya..Pada suatu hari seorang pemuda telah datang menziarahinya..Beliau dapati pemuda itu sangat tampan & kacak lalu bertanya,,

"Wahai orang muda,,adakah engkau menghias wajahmu dengan sesuatu?"
"Benar tuan,,saya ada menghias wajah saya dengan sesuatu.." ujar pemuda itu dengan sopan lalu menyambung..
"Kalau saya bercakap,,tidak bohong..kalau ada orang sedang bercakap,,saya dengar..kalau saya berjanji,,saya tepati & kalau diberikan amanah,,saya tidak khianat.."
Berkatalah Al-Ahnaf,, "Benar seperti apa yang kamu katakan wahai orang muda,,sesungguhnya kamu telah hiasi dirimu dengan akhlak yang tinggi & terpuji.."

Jumaat, 17 Jun 2011

AKU ADALAH PEMIMPIN KAU

Satu ketika aku bertanya...

Sudikah kau menjadi Makmum
   disetiap solatku..
   agar solatku lebih bermakna
   dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga
   diri dan maruahku..
   agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pendidik
   hati dan jiwaku..
   agar rohaniku terisi hikmahNya..
   dan akhlakku terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Pemerhati
   setiap gerak dan langkahku..
   agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

Sudikah kau menjadi Peneman   di kala suka dan duka ku..
   agar satu hari,,jika ujian itu dtg..
   air mataku ada yg menghapuskan..
Sudikah kau menjadi Pembela   diriku dan agamaku..
   agar aku terus berada di atas jln yg benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak    semangatku..agar bila aku kelesuan..
    kau mampu memberi bantuan..
   walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat   buat diriku..mendengar luahan hatiku..
   agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..
   tanpa rasa ragu..
Sudikah kau menjadi Penghibur   tika ku kesunyian..
   agar aku boleh ketawa riang..


Satu ketika kau akan menjawab…
 “Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI
 Tetapi,
 kau kembalikanlah soalan ini kepadaku
Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
   jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi
   Imam,,Penjaga,,Pendidik
   Pemerhati,,Peneman,,Pembela
   Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku..
Jika suatu ketika nanti
   aku sudah tidak mampu lagi menjadi
   Makmum di setiap solatmu…
Jika aku sudah tidak mampu lagi
   menjagamu,,
   menemanimu,,
   memerhatikanmu,,
   mendidikmu,,
   membelamu,,
   menggerakkanmu,,
   menjadi sahabatmu dan
   menghiburkanmu..
 Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi..
 "Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.."
             Keluarga bahagia impianku..

Rabu, 15 Jun 2011

SEHARI WAKTU KITA??



If God answer your pryer,,
God increasing your faith
If God delays,,
God increasing your patience
If God doesn't answer,,
God knows you can handle it...
"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari,,umurku berkurangan..akan tetapi amalanku tak bertambah" [Ibn. Mas'ud r.a]

Isnin, 13 Jun 2011

WAKE UP UCU!!

Dalam kehidupan ini,,kita sering kali terkeliru dalam mencari sebuah kebenaran..tersangkut & terhanyut,,jika kita tersalah tafsir terhadap sesuatu perkara yang berlaku..umpama menjejak mimpi yang tiada siapa mampu mengesahkan kepastiannya..kerana itu,,kita harus berada di lorong yang tepat agar perjalanan yang lurus mampu kita lihat dengan mata HEARTY..
Kadangkala sebuah kebenaran itu sangat pahit & sukar diterima tetapi menolak sebuah kebenaran itu,,tidak ubah seperti membohongi diri sendiri..
emm,,kadangkala,,kita sanggup menipu diri kerana tidak mahu menerima kenyataan & kebenaran yang sudah jelas didepan mata..dalam kehidupan ini,,kita perlu bersedia menghadapi apa jua kemungkinan..jangan terlalu mengikut kata HEARTY sehingga kadangkala membuat kita lupa diri & hilang kejatian diri kita...

Khamis, 9 Jun 2011

MAHKAMAH HEARTY

Bukankah kita sering diingatkan,,BERANI kerana BENAR,,TAKUT kerana SALAH? Benar itu menjadi sumber keberanian..Salah itu punca ketakutan..Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan,,akibat terus menerus melakukan kesalahan..Bersalah menimbulkan rasa bersalah..Rasa bersalah itu sangat menyiksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat..Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan,,apatah lagi bersalah kepada ALLAH..
Mahkamah pengadilan itu ada tiga..
Pertama,,mahkamah di dunia,,yang mana saksi,,pendakwa & hakimnya adalah manusia seperti kita juga..Kekadang,,dengan kebijaksanaan & kelicikan,,mahkamah dunia ini dapat diperdayakan..Telah sering kali yang bersalah terlepas, ,sebaliknya yang benar pula terhukum..adeiii..Justeru,,masyhurlah kata hukama,,tidak ada keadilan yang muktamadmutlak di dunia ini..Jerung sering bolos,,bilis sahaja sering di gilis...
Kedua,,mahkamah di akhirat,,yang hakimnya ALLAH yang Maha Adil..Di sana nanti, ,yang benar akan terserlah,,yang salah pasti kalah..Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata..Tidak payah didatangkan saksi @ pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi..Kulit,,tangan,,kakisegala anggota akan bercakap..Rupa-rupanya "body" yang kita jaga,,elus & belai kini,,akan mendakwa kita di mahsyar nanti..Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.
Ketiga,,ialah mahkamah hati,,Saksi,,pendakwa & hakimnya adalah HEARTY sendiri.HEARTY kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya..Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia..Fitrahnya akan menjerit..Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya,,dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia,,tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada ALLAH & HEARTY sendiri..Kita mungkin mampu menipu manusia,,tetapi kita tidak akan mampu menipu ALLAH & diri sendiri..Jadi,,ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah HEARTY? Setia masa,,setiap ketika & di setiap suasana HEARTY kecil akan bersuara..Tidak tega dengan kesalahan,,tidak rela dengan kemungkaran.
DOSA  itu derita,,kerana yang salah @ dosa itu sangat memberi kesan pada JIWA..Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama,,perlanggaran ke atas fitrah HEARTY yang tabii..Kedua,,perlanggaran terhadap ALLAH,,zat yang Maha Tinggi..Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan..

Jangan dilawan FITRAH sendiri yang menyukai kebaikan & membenci kejahatan..Fitrah ini adalah kurniaan ALLAH,,yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan..Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur,,dididik & dipimpin,,maka jalan hidup akan harmoni & bahagia..Sebaliknya,,jika fitrah yang baik itu dibiarkan,,diabaikan apatah lagi jika ditentang,,maka tidak akan ada lagi kebahagiaan & ketenangan..So,,hati-hati menjaga HEARTY,,agar HEARTY itu tidak mati!
RASULULLAH  SAW sangat arif tentang hakikat ini..Justeru,,apabila beliau ditanyakan,,apakah itu dosa? Baginda menjawab:

"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."

Oleh itu,,awaslah wahai diri..Dosa itu adalah racun..Bahananya akan merosak secara perlahan @ mendadak..Kata ulama,,mujurlah dosa itu tidak berbau,,jika tidak, ,tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita..
So,,sering-seringlah bersidang di MAHKAMAH HEARTY..

Isnin, 6 Jun 2011

FIRSTDAY DI OFIS CHAAH

Firstday di tempat baru..hahaha,,memang best bila dengar balik kampung..macam macam boleh buat.Lagi2 bila duduk dengan family..Dulu kat JB surat 20kg..bila balik kampung 2kg je..tue kira salah satu kelebihan bila aku pindah ke kampung.Pagi2 aku dah bangun siap2.Hujan lebat plak,,tapi sebenarnya hujan rahmat tue menyambut ketibaan aku di tempat baru...alhamdulillah.pukul 8.15am hujan reda aku kayuh slow2 gie keje.Lapor diri pukul 8.30am.ala dalam 10minit je sampai dah dari rumah aku.Sampai je ofis aku diberi bit kampung aku sendiri..hahaha,,ingatkan bawa tempat lain,,sekali kawasan rumah sendiri la.

Tengah happy2 dok shoting surat teringat member2 kat opis lama..tetibe rindu gelak tawa,,gurau senda & kutuk mengutuk.Perghh...kalau dulu posmen 42orang,,sekarang 5orang je beb...mesej tanya kabo.Em aku kena buat pilihan yang tepat,, & aku tahu pilihan aku nie betul & aku takkan berpatah balik.Demi masa depan aku jugak..Sampai bila aku duk merantau dengan keadaan ekonomi aku yang terumbang ambing.
Delivry tak sampai 1jam dah siap,,hahaha..pastu duk lepak dengan Ayap,,semalam dia kahwin..
Balik opis buat keje opis,,pukul 5 cabut balik..hehe senang je keje kg nie..memang best tahap cipan la..

Ahad, 5 Jun 2011

WAHAI DIRI

Wahai diri..Kesatlah air mata yang mengalir di pipimu,,
Benamkan amarahmu jauh ke pasak bumi,,
Hapuskan prasangka dari bercambah,,
Lupuskan dendam yang bertunas di jiwa,,
Rawatlah kesedihanmu dengan zikrullah..

Wahai diri..
Apakah kamu mengira,,
Bahawa Allah sengaja membuatmu terluka,,
Dengan lidah tajam dan tusukan duri manusia yang tidak mengerti?
Salah tanggapanmu itu,,
Istighfarlah,,jinakkan jiwamu dengan rasa kehambaan..

Wahai diri..
Mengapa engkau sering bersedih,,
Padahal nikmat padamu tak pernah berkurang,,
Hanya sesekali Allah menambah rencah,,
Agar lebih bermakna hidupmu,,
Dengan sedikit ujian,,likunya bertambah warna..

Wahai diri..
Berbahagialah dengan apa yang kau hadapi,,
Hakikatnya engkau tidak pernah ditinggal keseorangan,,
Biar dalam senang mahupun susah,,
Usah terlalu menghukum diri dengan melayan derita,,
Sedang wajahmu mampu untuk melakar senyum..

Wahai diri..
Bangkitlah dari rasa lesu,,
Hiruplah haruman segar,,
Dari bunga hatimu yang redha dengan ketentuan Ilahi,,
Yakinilah bahawa engkau terlalu istimewa,,
Tanpamu,,dunia tidak sempurna...
Senyumlah wahai diri,,moga ia membuatkan wajahmu bercahayaalam berseri dengan sinarmu..

Rabu, 1 Jun 2011

Perkahwinan Sahabatku

29 Mei 2011,,salah seorang member wa kawen..alhamdulillah...syukur sgt2..member 1 opis..yang jadi BEST tahap gaban,,aku jadi pengapitnya..muahaha...sebelum nie memang dah banyak kali jadi pengapit.Orang tua2 cakap,,bukan aku cakap lah..kalau dah jadi pengapit,,maksudnya dah tak lama lagi lah tu menyusul ikut pengantin..hahaha...bila aku pikir-pikir balik...aku nie mana ada aweq..macam mana nak kawen...
Time aku balik kampung,,soalan lazim yang selalu ibu aku tanya.. "bila nak kawen?"
adeii,,tak terjawap der!...bukan memilih,,tapi aku masih tak boleh menjadi pemimpin keluarga,,ilmu aku masih kurang..ish nak tanggung anak dara orang nie bukan leh main hentam keromoh..berat tanggungjawap tu...diri sendiri pun maasih terkapai-kapai...so aku try cari artikal pasal kawen nie,,mana tau terbuka hati nak kawen ke..suke ibu wa kalau dengar,,dapat menantu katakan...hahaha~
Dalam artikal tu berbunyi lebih kurang macam nie;

Perkahwinan menghalalkan apa yang haram..Menurut Saidina Abbas ra bahawa tidak sempurna ibadah seseorang itu kecuali dia sudah berkahwin.
Maksud di sebalik kata-kata Saidina Abbas itu ialah seseorang itu hatinya tidak akan tenang hendak beribadat kepada Allah SWT dengan lebih sempurna kerana dorongan & godaan nafsu syahwat..Nafsu syawat ini telah memang sedia wujud di dalam diri sejak seseorang anak Adam itu dilahirkan di muka bumi ini.
Saidina Abbas berkata pada anak-anaknya "Wahai anak-anakku,,jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin,,maka beritahulah kepada aku..InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu..Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina,,maka ketika itu Allah SWT akan mencabut iman dari hatinya."

Haha...so pagi ahad tu aku follow pengantin dari JB ke Batu Pahat...Thanks Zana bawa aku...

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menjelaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seorang yang datang miminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."
Perkahwinan merupakan satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang harmoni. Allah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara negetif dan maksiat.

Perkahwinan merupakan satu syariat,,tuntutan & kewajipan dalam membina masyarakat yang harmoni..Allah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara negetif & maksiat.
Jika korang dah pun bersedia dari segi kewangan terutamanya & calon pilihan di hati pun dah ada,,jangan tangguh-tangguhkan lagi der untuk mengikat tali pernikahan!hahaha...macam wa lom ada lagi..takpe..hehehe (sabar yer IBU..)


S0,,buatlah persiapan yang secukupnya sebelum ingin melangkah ke alam perkahwinan..Tanamkan sifat tolak-ansur dan bersabar dalam apa jua dugaan yang bakal ditempuh kelak..Ini kerana perkahwinan boleh diibaratkan kita mendayung sampan bersama pasangan kita di tengah lautan luas yang bergelora..Sekiranya tiada kerjasama & kesefahaman diantara kedua-dua pasangan,,maka tenggelamlah sampan tersebut...hehehe~

Hohoho....bila la plak time aku yer????