Isnin, 24 Januari 2011

PUJAAN HATI

Aku menoleh ke kiri dan kanan.Pandangan ku jadi kabur bila melihat berjuta manusia sedang berjalan dengan pakaian yang sama..putih..bersih..

*** Abg Hayqal dah tiada bersama ku.Cepat betul dia buat saie.Mungkin aku tertinggal sebab terlalu khusuk berselawat dan mengingati sejarah Siti Hajar yang berlari dari bukit safa ke marwah mencari air untuk anaknya Ismail.. "Amir cari siapa?"makcik dari jemaah aku tiba tiba menerpaku dari belakang. "Eh takde siapa makcik.mana anak makcik?"aku bertegur kehairanan bila dia jalan keseorangan. "Dia dah jalan dulu.Orang muda laju je dia jalan.Makcik ni dah tua.Jalan pun lambat.Entah esok lusa dah pejam."luah hatinya. "Ish makcik ni,belum tentu yang tua mati dulu.Saya yang muda ni kalau ALLAH dah tetap kan kunfayakun mati jugak walaupun sihat macam ni.Hee!"aku memujuk hatinya. "Em Amir muda muda dah sampai tanah suci.Jarang orang muda ada niat macam Amir." 'Alhamdulillah ada rezeki lebih' Aku cuma memberi senyuman padanya. "Ada sebab kan amir sampai sini?"soal dia seolah tahu niat ku ke Tanah suci. "..Sebenarnya orang yang saya sayang dah kahwin dengan orang lain..Mungkin kecewa buat saya sampai ke Tanah Suci ni..Takde jodoh makcik.Takpe la saya redha bukan jodoh saya." aku katakan yang benar dengan nada perlahan. Dia hanya tersenyum. "InsyaALLAH balik ke Malaysia nanti jumpa la Amir dgn jodoh Amir. Percaya la."kata kata semangat untuk aku. Amin..Aku sekadar senyum. Sepanjang perjalanan untuk rukun saie aku berbual dengan makcik tu mengenai kehidupan harian ku.Sekali sekala aku mencari juga Abg Hayqal.Berjuta orang memang susah nak cari.

Saie pusingan ke7.. Bismillah Allahuakbar.. "Takkan takde yang berkenan kat tempat kerja?tentu ada."tanya makcik dengan senyuman. "Entah..Ada memang ada tapi sekadar pandang dari jauh.Tak berani nak tegur.Dia selalu jemput adik dia balik tiusyen.Memang hari hari jumpa tapi bila selisih hanya sekadar senyum."hehe aku ketawa kecil. "Beranikan diri tu.Peluang dah ada depan mata.Mungkin ALLAH akan gantikan yang lebih baik dari sebelumnya.Percayalah.ALLAH sentiasa membantu hambaNya Mir.Selagi masih ada kesempatan..masih bernafas.." "InsyaALLAH.."aku jadi tersipu lagi. Selepas menaiki bukit marwah aku terus membaca doa dan bercukur.

*** Mana makcik ni?Tiba tiba dah takde.Tadi sebelah aku je.Tak akan jauh dari aku.Aku pun memang nak teman dia sampai habis. "Amir!Lambat kau.Abg dah siap 30minit tadi tunggu kau." Abg Hayqal memegang bahu ku tiba tiba. "Saya saing makcik dari jemaah kita tadi.Dia terpisah dari anak dia.Kesian pulak dia sorang." aku terangkan pada Abg Hayqal. "Abg rasa kita berdua je yang buat umrah malam ni.Diorang semua penat melawat pagi tadi.Dari hotel kan kita berdua je yang keluar." kata Abg Hayqal buat aku terpinga pinga.. ?????

"Abg balik la dulu.saya nak buat kiamulai,solat hajat,istikharah dulu.Baru saya balik" aku membetulkan ihram ku untuk sembahyang nanti. "Yelah.Abg pun dah mengantuk.Pukul 2 ni.Kau balik cepat.Nanti tak sedar pulak subuh."Nasihat Abg Hayqal..

*** Siapa pulak makcik tadi?Memang aku kurang kenal dengan jemaah aku semua.Aku suka menyendiri bila kemana mana.Buat ibadat pun sorang diri.Lebih khusuk. Biar la.Mungkin perkara ghaib yang Allah nak tunjuk pada ku. ..Bila di ingat balik apa yang di katakan makcik tadi aku mula berfikir..Betul ke dia jodoh ku?Memang sejak kekasih ku berkahwin dengan pilihan keluarganya,aku tidak ada hati untuk mencari penganti.Tapi perempuan yang selalu aku perhatikan menjemput adiknya buat aku bertukar pandangan.. Kalau dah hari hari jumpa macam biasa.Tapi bila tak jumpa sehari jadi rindu.Bila dah rindu semakin kuat hati ku untuk mengenali dirinya..

*** Air zam zam penawar segala penyakit aku minum dahulu.Berwuduk sekali sebelum solat dengan air zam zam.Aku menghampiri kaabah.YaALLAH setiap kali aku melihatnya hati ku jadi sayu..SUBAHANALLAH terlalu besar kuasaNya.. Hilir Ismail aku masuk.Sembahyang sunat 2rakaat. Semakin malam di tanah suci semakin ramai manusia menghambakan diri di Masjidil Haram..Ramai juga bukan muhrim ku brkeliaran melalui depan ku.Sesungguhnya terlalu cantik ciptaan Allah..Secantik mana pun perempuan perempuan itu masih belum dapat menarik hati ku..entah la.Sejarah membuat aku tertutup pintu hatiku.Aku lebih berhati hati untuk mencari pasangan hidup. 'yaALLAH buka kan pintu hatiku untuk aku menemui kebahagiaan.' Bila aku bangun tiba tiba 1 wajah menerpa ku.Hanya sekali lalu.. 1 wajah yang membuat aku rindu.. 1 wajah yang membuka hati ku selama ini ku tutup rapat.. Siapa dia?Kenapa dia?Perempuan yang selalu aku perhatikan menjemput adiknya dari sekolah.. "Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...yaALLAH aku bermohon padaMu jika benar dia jodoh ku berikan petunjuk agar aku dapat mengenalinya..berilah keupayaan dan kekuatan agar aku dapat menerima dia seadanya begitu juga dia menerimaku seadanya.Andai bukan jodoh ku aku redha dia pergi jauh dari ku dan berikan kebahagiaan yang baik2 padanya..agar dia bertemu dengan orang yang baik dan tahu menjaga diri dan maruahnya serta menghormati kedua orang tuanya..yaRahman yaRahim..amin.." Ya ALLAH pukul 3.30pagi.Dengan segera aku berlari pulang ke hotel. Em semua dah tidur dengan lena.. 'Bismika ALLAH huma ahya waamud' Al'Fatehah,Al'Ikhlas,Al'Falaq,An'Nas,Ayatul Kursi..

*** "Sayang jom la kita gie masjid." "Sabarlah..abang belum puas bermanja dengan sayang lagi..sinilah" "YaALLAH tak habis habis manja dia ni la.Marilah sayang.." ''Sayang..bukan ke kita ke sini untuk berbulan madu?So tak salah kan kalau abang nak bermanja dengan sayang?" "Ye ye tak salah tapi..akan jadi salah kalau niat asal kita ke tanah suci ni disia-siakan dengan hanya berbulan madu manja manja manja!" "Ahakhakhak!Ustazah Wada dah start ceramah.Hehehe.ok ok dah cukup.Jom kita ke Masjid ye ustazahku"saje aku bergurau dengan isteri kesayanganku..Sudah menjadi adat sepasang suami isteri perlu bergurau senda untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang..

*** "Amir bangun.Dah nak masuk subuh" YaALLAH mimpi rupanya.Start dari aku sampai di Tanah Haram seminggu yang lalu belum lagi aku bermimpi apa apa..Terlalu penat agaknya semalam balik lambat.Mungkin mimpi 1petunjuk buat ku. Adakah dia jodoh ku? Wada??Entah la.. Hauzublillah..Kalau betul apa yang aku harus buat Ya Allah..

*** 7hari sudah berlalu aku selamat tiba di tanah air ku..Malaysia. Memang kerinduan untuk ke Mekah lagi membuak buak untuk aku kembali ke sana.Hanya ku doa agar umur ku masih panjang dan mempunyai rezeki yang melimpah ruah untuk ku menziarahi Tanah Suci. Em hari nie dah naik keje. Pandangan ku terhenti bila terpandang seraut wajah..yang menerpa ku..yang membuat aku rindu..yang membuka hati ku.. Dengan berani aku menegurnya.. "Assalamualaikum..boleh saya berkawan?saya Amir.Nie no.telifon saya." Entah kenapa aku menjadi berani menegurnya.. Dia hanya lemparkan senyuman ke arah ku.Senyuman yang membuat hati naluri ku membuak ingin mengenali dirinya.. "Boleh.Nanti saya misscall awak ye.Saya Wada.." Wada??? Ini ke 1hikmah yang aku dapat? 1hidayah yang aku harus bersyukur? 1petunjuk yang aku lihat di Tanah Haram..

*** NORSUHADA..perempuan yang berjaya membuka hati ku.Jodoh yang aku cari selama ini berada dalam dakapan ku..Sesungguhnya Allah akan membantu semua mahlukNya.Sebagai manusia kita harus bersyukur dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan..kita hanya merancang tp hanya Allah yang akan menentukan..

*** ''Wada.." "Kenapa..??" "Wada sayang abang?" "..Sayang la.." "Sayang macam mana?" "..Sayang sebagai SUAMI wada.." "Bila kita nak kahwin sayang?" "Sabar la..sampai jodoh kita akan bersama.."

*** ..tetapi apa yang kita miliki tidak selalunya indah dari impian kita..Sesungguhnya Allah telah menetapkn ajal maut jodoh rezeki sejak azali lagi. Tidak ada yang sempurna di dunia ini.Semuanya bersifat sementara pinjaman dariNya.. Terlalu perit aku hadapi.Wada sebenarnya tidak boleh hidup lama..Jantungnya berlubang dan kekurangan darah..Telesmia..Bila bila masa dia boleh meninggalkan orang orang yang menyayanginya..Setiap malam aku berdoa untuknya.Aku redha jika ini ujian yang Allah berikan pada ku.Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk menyembuhkan Wada..

*** "Wada..jika berlaku sesuatu pada abang..percaya lah yang abang takkan tinggalkan Wada.Walau apa pun terjadi Wada tetap akan menjadi isteri abang..selamanya sayang.."terlalu sayu untuk aku lafazkan.. "Abang jangan la merepek yang bukan bukan..Sakit Wada tak serius.Kalau rajin makan ubat,rajin bersenam,dan yang penting rajin sembahyang ingat Allah tentu Wada akan sembuh."kali ni suara Wada pula sayu.. "Wada..abang cuma tak nak terjadi apa apa pada Wada.Abang akan merana hidup tanpa Wada disisi."entah mengapa air mata ku tak dapat ku sekat lagi.. "Selagi Wada hidup Wada akan tunaikan janji kita.." Laut China tepian lautan pantai Desaru menjadi saksi sumpah janji kami..

*** Malam ni aku harus jumpa Wada.Aku ingin bagi sesuatu pada dia..tapi sepanjang perjalanan tiada apa ditanganku..aku nak bagi Wada apa sebenarnya??Aku sendiri tak tahu tujuan aku yang sebenar untuk berjumpa Wada. "Hello abang kat mana?Kenapa lambat?Abang ok tak?Wada dah sampai kat restoran ni.." "On the way sayang.Sikit lagi sampai la..Wada..Wada akan sihat selamanya..em abg minta maaf kalau sepanjang perhubungan kita abang terkasar bahasa terguris hati Wada ye.Abang terlalu sayang Wada."aku masih berborak dalam telefon sedangkan aku tengah memandu. "Ye abang.cuba jangan cakap bukan bukan.Wada tetap sayang abang."pujuk Wada.

Entah macam mana tiba2 sebuah lori merempuh pembahagi jalan lalu memasuki lorong sebelah betul betul di depan mata ku..semakin hampir semakin dekat di mata ku.. "ALLAHUAKBAR!!!" "..Abang..abang apa yang terjadi?Kenapa bunyi dentuman kuat??Abang jawap la.Abang!Abang!Apa yang berlaku?!" Suara di telefon masih kedengaran..tapi pandangan aku semakin kabur..lalu terlepas telefon dari gengaman ku..hanya suara Wada yang aku dapat dengar dengan jelas di telefon tu..

*** Alunan Yassen kedengaran dipelusuk telingaku..1 suara yang kerap kali mengunjung ku..dengan 1 doa yang sering kali dibaca..dan seucap janji yang pernah kami lafazkan dulu.. "Abang..Wada minta maaf sebab dah 2 minggu Wada tak melawat abang.Wada baru balik umrah semalam.. Abang..Wada yakin sangat sangat abang tak pernah tinggalkan Wada selamanya.Walaupun abang di alam lain tapi jantung abang ada di dalam tubuh Wada..Terima kasih kerana mengajar Wada erti kejujuran keikhlasan kesetiaan dalam percintaan..Wada dah sihat.Jantung abang sebagai penganti diri abang..Wada sayangkan abang..Wada harus pergi.Wada akan datang lagi k abang.Semoga roh abang ditempatkan dengan orang orang yang beriman dan aman disana..Assalammualaikum sayangku abang Amir.." Wada bangun berlalu meninggalkan pusaraku..Dengan linangan airmata mengiringi pemergiannya.. ..Aku tahu aku tak pernah tinggalkan Wada walaupun aku telah mati.. ..INALILLAHWA INNALILLAH HIRAHJIUN.. ..SUBAHALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan