Ahad, 31 Julai 2011

Allahumma Ballighna Ramadhan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat & kurniaNya insyaAllah esok kita akan memasuki madrasah tarbiyyah..Telah berlalu hari,,minggu & bulan.,Sedar atau tidak,,kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan,,keberkatan & rahmat..Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan..Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini..Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, ,maka Rasulullah akan berdoa ;

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Allahumma Ballighna Ramadhan,,merupakan doa & harapan..Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam & tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat,,Keampunan,,Pelepasan dari Neraka)..Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Apabila kedatangan Madarash Ramadhan pastinya terdapat dua golongan atau dua jenis ragam penghuninya..Yang girang gembira & yang bermuram durja..

Yang girang gembira pastinya mengetahui apa kelebihan bulan Ramadhan,,balasan & imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadhan..Hari-hari yang berlalu di sepanjang Madrasah ini dilalui dengan hati yang penuh keikhlasan..Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana..DIA telah menjanjikan pada penghuni Madrasah Ramadhan yang menanti & mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA & percutian ke SYURGA..Subhanallah..Hati yang penuh keimanan pasti teruja dengan tawaran Mudir Madrasah ini.
Yang bermuram durja pastinya golongan yang merasakan dirinya terpaksa memasuki Madrasah ini & menerima takdir itu dengan keadaan yang muram & tidak bersedia..Bahkan mungkin ada yang dah berkira-kira untuk mengelat atau melanggar peraturan Madrasah..Hati-hari yang dilaluinya sepanjang Madrasah bagaikan cacing kepanasan..Hakikatnya semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan oleh Mudir Madrasah kepada penghuni yang melanggar peraturanNya…

Ayuhlah sama-sama kita memasuki Madrasah ini dengan hati yang penuh keikhlasan & penuh kesyukuran..Bersyukurlah,,kita sekali lagi diberi peluang oleh Mudir Madrasah ini..Berbesar hatilah wahai penghuni Madrasah Ramadhan,,kita bakal mendapat tarbiah "direct" dari Allah. Mungkin ini adalah Madrasah yang terakhir untuk kita..Ayuh kita tingkatkan amal soleh agar ibadah kita diterima oleh Mudir Madrasah ini..Moga kedatangan Ramadhan ini lebih bermakna dari yang sebelumnya….
Ahlan Ya Ramadhan al-Mubarak….Kullu 'Aam wa Antum Bikhair...

Jumaat, 29 Julai 2011

3 Golongan Manusia!!

Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :
 
(I)- Golongan yang menganggap hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." [Surah al-An'am : 29]

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah & mengingkari hari kebangkitan.

(II)- Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun....

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan di sana. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

(III)- Golongan yang mengganggap dunia ini ladang akhirat

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:" Dan tiadalah kehidupan ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahami?" [Surah al-An'am 6 : 32]

DI MANA agaknya kita ya? Tepuk dada tanya iman...Sama2 kita sentiasa muhasabah diri..
 

Khamis, 28 Julai 2011

Kadang-kadang kita rasa keliru,,bila kita jalan dia ingin mengejar tetapi kau menghalang..Kita berbicara tentang sesuatu yang indah,,yang tiada erti..Dia melirik harap kepastian..Kau memberi banyak tanda soal lantas kita tersungkur dalam dilema..Mungkinkah kita berlainan arah tuju?Satu yang langsung aku tidak pasti..Kau bercerita sebaliknya,,kita berbual bingung,,ayat berbeza tafsiran..Gelap tiba-tiba,,kosong minda..Apakah selamanya kita tidak berupaya bersama meleraikan kekusutan bicara?Mungkin salah kita ,,tidak memahami diri sendiri..Siapa yang perlu memberi penjelasan??Aku rasa ini semua minda duniawi semata,,biarkan ia berlalu pergi,,tinggalkan kita & terus mengikut tuju haluan sendiri...

Isnin, 25 Julai 2011

Jodoh Di Tangan Siapa??

"Cinta kadang tidak bersama jodoh,,namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta.."
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri..Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah & demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
     Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja..Kadang sekelip mata,,kita sedari kita telah jantuh cinta..Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
     Untuk jatuh cinta pada seseorang,,kadang tidak memerlukan sebab yang logik..Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya..Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba..Merimaskan diri merindui di kala malam..Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri..Itulah cinta..Berat perasaannya..
     Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan..Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa..Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
     Sungguh perit & pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan..Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta??Atau mungkin sayang atau suka..Atau juga minat??Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa??
Dan ada kalanya..Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak..Jatuh cinta & cinta berbalas..Terasa dunia kita yang punya..Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar..Berbunga mekar menghiasi alammu..
     & amat pedih dan perit,,terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta..Tapi cinta itu terhalang & terpaksa diputuskan atau dilupakan..Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
    
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa??Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat..& adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang & isteri orang??
     Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan..Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman..& hati selalu saja jauh untuk difahami..Kerana hati ini selalu saja sunyi & sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
     Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa..& sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita..Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini..Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
     Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta..& pengalaman kita tidak sama..Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan..Kadang terasa jauh untuk diharapkan..Namun cerita kita sama..Menginginkan cinta berbalas & mahukan kekal selamanya..
     Namun kadang kita lupa..Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan..Tujuan & matlamat kita bukanlah cinta yang di cari..Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya??Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya apabila jodoh itu bukan lagi realiti??

Janganlah kamu tangisi perpisahan & kegagalan bercinta,,kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..Atas kasih sayang Tuhan kamu & dia bertemu & atas limpahan kasihNya jua kamu & dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu??

Jumaat, 22 Julai 2011

LAYAR CINTA

ya Hannan..
denai hijau,,langit biru,,gunung kelabu..
bukanlah sekadar bingkai satu permandangan..
yang menyuratkan sebuah keindahan..
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran..
cermin alam yg memantulkan keindahan Tuhan..
ketika sunyi diri berwancanalah diri di dalam diri..
ya hanna..
teguhkan lah imanku..
seteguh gunung itu..
ya Munnan..
lapangkanlah islamku..
selapang langit biru..
dan lembutkan ihsanku..
selembut rumput didenai itu..
nescaya bertemulah diri yang hakiki..
di kamar hati yg cinta ilahi..
ya Allah..
tika gagahMu bercermin alam sepenuhnya..
terasa lemahku mencengkam diri seluruh..
dan kolam hatikutakkan selamanya keruh..
insyaAllah...

Khamis, 21 Julai 2011

HEARTY

Part I "hai awak!" menyapa.
"hai awak juga." tersenyum.
"awak sudah lunch ker?" berjalan bersama.
"belum. nak pergi beli makananlah ini. awak sudah lunch?" menyoal.
"belum. jom lunch sama-sama." tersenyum.
"jom. erk, phone awak ringing. makwe awak kot." menjeling.
"erk, awak tunggu kejap okay." menjawab panggilan.
"sudah habis bergayut?" senyum sinis.
"sudah. sorry, jom kita lunch. saya belanja okay." memujuk.
"takpelah. saya rasa macam kenyang plak. saya nak balik office dulu." patah balik.
"awak. janganlah begini. nanti kalau awak gastric, saya juga yang risau." memujuk.
"takpe. yang awak perlu risaukan adalah makwe awak. saya hanya kawan awak." beredar.
"tapi saya tetap risaukan awak." jalan seiringan.
"takpe. saya okay saja. awak pergilah makan. karang awak pula yang gastric. erk, phone awak bunyi lagi. saya pergi dulu." senyum tawar. beredar.

'tapi saya nak awak temankan saya. saya nak awak sentiasa dengan saya.' merenung pergi. membiarkan panggilan.

Part II
"awak buat apa itu?" duduk berhadapan.
"sedang memancing." senyum nakal.
"buat lawak ea. cubit karang." mengecilkan mata.
"tengah buat kerja la wak. next week dateline dia." merenung dan senyum.
"awak, nah! coklat untuk awak." menghulur.
"hah? coklat! terima kasih awak!" senyum gembira.
"tadi jalan. nampak coklat kegemaran awak. jadi saya belikanlah untuk awak." merenung.
"terima kasih banyak-banyak tau. nah, kita kongsi dua." menghulur.
"erk, sekejap. phone." beredar ke meja.

'kau anggap aku sebenarnya apa? ' monolog.

Part III
masej.

'salam awak.' hantar.
'salam awak.' balas.
'kak ton cakap awak ambil MC. awak sakit ker?' hantar.
'saya demanlah wak.' balas.
'awak sudah pergi klinik tak?' hantar.
'belum lagi, saya tak larat nak bangun.' balas.
'awak sudah makan ker belum? siapa kawan awak kat rumah?' hantar.
'saya belum makan lagi wak. tak larat nak gerakkan badan. saya sorang saja. housemate sudah pergi kerje.' balas.
'awak bersiap ala kadar, saya datang pergi rumah awak. kita pergi klinik okay.' hantar.
'takpelah. menyusahkan awak saja. nanti housemate saya balik, saya ajak dia temankan saya pergi klinik.' balas.
'awak jangan degil. awak bersiap sekarang. setengah jam lagi saya datang. tunggu saya. salam.' hantar.
'hurm, baiklah. salam.' hantar.

Part IV
"awak, awak okay ker?" duduk disebelah.
"okay." sayu.
"habis itu, kenapa monyok nie?. awak gaduh dengan makwe awak ea?" merenung.
"takdelah. awak sudah sihat betul ker nie? sudah makan ubat?" alih topik.
"saya sudah sihat la wak. ubat pun sudah habis. awak mesti gaduh dengan makwe awakkan. pasal awak hantar saya pergi klinik temph hari ker?" susah hati.
"hurm. yer." muram.
"saya minta maaf wak. kan saya sudah cakap kat awak, tak yah hantar saya. tapi awak degil juga nak hantar. tengok sekarang, awak dengan makwe awak gaduh." masam muka.
"eh, janganlah cakap macam itu. sudah tugas saya sebagai kawan awak untuk pastikan awak sihat. lagipun, saya kan lelaki. lelaki mestilah jaga wanita." memujuk.
"saya minta maaf wak." tunduk.
"takpelah wak. awak, hujung minggu nie, teman saya pergi kenduri kahwin kawan saya yer." senyum.
"erk. awak tak ajak makwe awak ker?" berkerut dahi.
"dia sibuk. awak temankan saya okay. nanti saya jemput awak kat rumah." mengharap.
"erk. Baiklah." serba salah.
"terima kasih wak!" kenyit mata.
"sama-sama." terkaku.


Part V
"awak, kawan awak tengok saya lain macamlah." tunduk.
"alaa, dorang itu memang begitu. takleh tengok perempuan lawa." senyum.
"tapi saya malulah awak." merona.
"awak jangan risau, awak dengan saya. kalau dorang kacau awak, awak cakap dengan saya. saya karate dorang satu-satu." senyum nakal.
"awak nie." membesarkan mata.
"jom, saya kenalkan awak dengan dorang." tarik tangan.
"awak..." terkesima.
"hai geng! kenalkan ini awek aku." senyum bangga.
"awak??" terdiam.

Part VI
"awak, kenapa diam ini?" fokus pemanduan.
"kenapa awak kata dekat kawan awak yang saya makwe awak?" tanya.
"awak marah ker?" risau.
"tak! saya suka!" sinis.
"sorrylah wak, saya just bergurau jew." serba salah.
"kalau makwe awak tahu, mesti dia kecil hati tahu. kalau lepas ini awak dan makwe awak bergaduh pasal hal ini. mesti makwe awak akan fikir saya ini perampas pakwe orang!" marah.
"saya minta maaf wak. saya tak bermaksud pun." kecil hati. senyap.
"wak..." merenung.
"hurm" diam.
"saya minta maaf marah awak. saya cuma risaukan tanggapan makwe awak." memujuk.
"takpe. jom balik." diam.
"hurm, baiklah." senyap.

Part VII
"wak, sibuk?" memandang.
"bolehlah juga" acuh tak acuh.
"awak masiih merajuk dengan saya?" merenung.
"buat apa nak merajuk? saya bukannya pakwe awak nak merajuk-merajuk." alihkan pandangan.
"habis itu, kalau tak merajuk. kenapa minggu ini awak tak tegur saya?" duduk di hadapan.
"saya sibuk, nak kejar dateline" menekan keyboard.
"awak jangan nak kelentong saya wak. saya tahu dateline keje awak itu hantar 3 weeks lagi." memandang.
"saya nak siapkan awal. saya nak cuti panjang. saya nak kahwin." menekan keyboard.
"kahwin?" sayu.
"a'ah. kahwin." memandang sayu.
"tahniah wak" senyum tawar. beredar lemah.
"wak... wak..." mengeluh berat.

'maafkan saya wak' pejam mata.

Part VIII
monolog.

'kenapa aku perlu sedih?' mengeluh.
'kenapa hati aku bagai dicarik-carik?' terduduk.
'kenapa hati aku sakit?' peluk lutut.
'aku sudah tahu dia ada makwe dan aku sepatutnya tahu yang dia mungkin akan berkahwin tidak lama lagi.' pejam mata.
 'tapi...' perkemaskan pelukan lutut.
'kenapa dia layan aku begitu? kenapa dia layan aku bagaikan puteri? kenapa dia caring sangat dengan aku? kenapa dia mengaku yang aku makwe dia depan kawan dia? kenapa?!!' baling telefon bimbit di dinding.
pangggg... berkecai.
'aku kecewa' menangis.
'aku sebenarnya cintakan kau' esakan semakin kuat.

Part IX
monolog.
'maafkan saya wak' termanggu.
'maafkan perasaan yang saya tanam dan baja dekat hati awak' tunduk.
'sememangnya saya amat cintakan awak' pejam mata.
'saya amat sayangkan awak' genggam tangan.
'saya amat kasihkan awak' meruap muka.
'tapi saya...' terdiam.
'awak pasti dapat yang lebih baik dari saya wak' membuang pandangan.
'ya Allah, jagakanlah dia untukku ya Tuhan ku.' mendonggak ke langit

Part X
"awak? macam awak boleh ada dekat sini"' menantap.
"kenapa awak tipu saya? kenapa awak cakap awak nak kahwin?!" menangis.
"siapa bagitahu awak yang saya ada dekat sini?" berkerut dahi.
"bos tanya saya tadi pagi, saya ada pergi melawat awak dekat hospital ker belum. kenapa awak tak bagitahu saya wak? kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit?" genggam tangan.
"maafkan saya wak. maafkan saya sayang." kesat air mata.
"sampai hati awak buat saya begini. awak seksa jiwa saya. awak tahu tak yang saya merana bila awak cakap awak akan berkahwin. awak tahu tak hidup saya tak bahagia. kenapa wak? kenapa?" bahu terenjut.
"please... sayang. maafkan saya. saya tak bermaksud nak buat awak terseksa wak. saya buat semua ini sebab saya tak nak awak ingat saya. saya nak awak benci saya." genggam erat tangan.
"kenapa awak nak saya benci awak wak? saya amat sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah buat saya gini." tersedu.
"saya akan mati tak lama lagi wak. saya akan mati. saya ada kanser wak. segalanya sudah terlambat. kanser saya tahap 3, takde apa yang boleh buat." senyum tawar.
"awak..." peluk.
"andai Dia beri saya masa, hanya awak saja yang saya ingin kahwini dan jadi permaisuri hidup saya. tapi..." usap wajah.
"tapi apa wak? jadi selama ini siapa yang asyik telefon awak?" berkerut dahi.
"yang selalu telefon itu, umi sayang. saya takde makwe. hanya awak dan umi saja makwe dalam hidup saya." senyum .
"kenapa selama ini awak tak bagitahu saya yang awak sebenarnya takde makwe?" menatap.
"sebab saya nak tengok respon awak dan kini, awak sendiri mengaku yang awak cintakan saya. terima kasih sayang."
senyum bahagia.
"awak, saya sayangkan awak. saya cintakan awak. awak janganlah tinggalkan saya." menangis.
"saya cuba bertahan demi saya, umi dan juga awak. saya amat cintakan awak." peluk.
"awak..." menangis.
"andai Dia tarik nyawa saya selepas ini. saya tidak menyesal, kerana dapat dengar kalimah cinta dari mulut awak. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak teruskan hidup awak sebab saya pasti ada sinar bahagia yang sedang menunggu awak walaupun yang membawa sinar bahagia itu bukan saya. andai Dia tarik nyawa saya selepas ini, saya mahu awak jangan bersedih sebab saya akan tunggu awak di pintu syurga sayang." senyum terakhir.

"awak..." menangis.

TAMMAT

[copy by; adik Sabridah aka Mawar berduri]

Rabu, 20 Julai 2011

KASIH,,SAYANG & CINTA

Antara KASIH,,SAYANG & CINTA.. 3perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan,,namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza..Pengertian 3perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami pada emosi & tindakan!

I. KASIH
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"..Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya..& jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya..Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang..Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah & perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia,,kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang & seterusnya rasa cinta..Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat..Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang..Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan..Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi & mencintai mereka sebagai isteri.
II. SAYANG
Perkataan yang sukar untuk dibezakan & diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia..Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi..Kita mungkin menyayangi sahabat,,keluarga,,guru atau sesiapa sahaja..Tetapi berbeza jika kita mengatakan bahawa kita menyayangi isteri kita..Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud kita mencintainya sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah,,sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk kita melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi kita..Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia..Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada kita sebagai orang yang menyayangi & disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya..Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan & terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

III. CINTA
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang..Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang..Bila mencintai seseorang,,tersiratnya kita mempunyai rasa sayang yang ikhlas & menerima diri pasangan kita seadanya..Kita hanya memikirkan dirinya,,perkongsian hidup bersama & juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan..Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza..Dalam satu pepatah arab,,mendefinisikan cinta itu pekak & buta..Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain..Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri..Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan,,tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati..Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan & sangat memedihkan bila gagal..Itulah kelebihan & kelemahan cinta..Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa,,sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
Serahkan masamu hanya untuk Allah,,pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya..Serahkan hatimu & cintamu untuk Allah,,pasti DIA akan berikan hati & cintamu kepada pemilik yang sebenar…

Isnin, 18 Julai 2011

I.T.A.L.Y

❤"..di sana ada DUKA yang sedang berHILAI TAWA,,di sana juga ada SUKA yang sedang berSUGUL DURJA.. & mereka saling berKAIT untuk meNGAYAM keBENARan..akan SESUATU..."

❤"..di sana ada TANGISAN yang sedang HIBA LARA,,di sana juga ada GELAKkan yang sedang MENERANGi DUNIA.. & mereka saling MEMERLUkan untuk mengUBAH keINSAFan..setiap INSAN..."


I.T.A.L.Y tetiba aku teringat bila melihat foto nie..10tahun sudah berlalu..biasalah jumpa balik barang-barang lama...dia selalu menyatakan perkataan keramat nie padaku dulu...
"...I Trust And Love You..."