Sabtu, 30 April 2011

Kalau lelaki HANDSOME,,perempuan cakap..??

Kalau lelaki HANDSOME pendiam, perempuan akan cakap: "woow, cool giler..."
Kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: "Eh, perasan bagus..."
Kalau lelaki HANDSOME berbuat jahat, perempuan akan kata: "nobody's perfect"
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: "Memang.... muka pun macam pecah rumah!"
Kalau lelaki HANDSOME menolong perempuan yg diganggu, perempuan akan cakap: "Wah.. machonya.. macam hero filem!"
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
Kalau lelaki HANDSOME dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Sepadan sangat..."
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Mesti kena bomoh perempuan tuh!"
Kalau lelaki HANDSOME ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "Jangan sedih, kan saya ada.."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..."
Kalau lelaki HANDSOME penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Perasaannya halus...penuh kasih sayang"
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Sesama keluarga memang harus menyayangi..."
Kalau lelaki HANDSOME bawa BMW, perempuan akan cakap: "Matching... hebat luar dalam"
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: "Bang, bosnya mana?..."
Kalau lelaki HANDSOME menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap:"Ini barulah lelaki gentlemen"
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: "Naluri pembantu, memang begitu...."
Kalau lelaki HANDSOME hantar komen dlm myspace..cepat2 dibalas..kalau lelaki tak handsome dia akan ckp "buang masa je layan."
chit,,apa pon xboleh!!hahaha!!!!!

Sabtu, 23 April 2011

Tersenyumlah Wahai Diri

Pemberian yang paling utama & paling jernih adalah dari mereka yg tidak mempunyai sesuatu pun tetapi mereka mengetahui nilai kata-kata & senyuman kerana berapa banyak orang yang memberi tetapi seakan akan bukan pemberian yang mereka hadiahkan,,sesulit apapun persoalan pasti akan mnjadi mudah dengan senyuman...tersenyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum padamu...senyuman itu tdak memberatkan namun banyak memberi manfaat...alat penghantar kebahagiaan yang cepat ke hati orang lain adalah senyuman yang tulus ikhlas...jangan menunggu datangnya kebahagiian untuk dapat tersenyum tapi tersenyumlah agar anda bahagia....
 
‎"Ukirlah SEYUMANan yg paling MANIS,,kerana selain SEDEKAH,,SENYUMan itu ibarat LUKISan rahsia HATI & SENYUMan itu tidak menyakitkan HATI tetapi menjadi penawar HATI yang SAKIT.."
"DIA" yang membuat kita Mampu terSENYUM walau sedang MENANGIS,,mampu menCINTAi walau hati kita pernah diSAKITi,,mampu berTAHAN saat kita merasa hendak MENYERAH,,mampu untuk berDOA saat kita merasa PUTUS ASA,,Oleh kerana "ALLAH SWT" mampu melakukan MUSTAHIL menjadi BENAR..
..Tersenyumlah wahai diri walau apapun ujian dariNya..Hanya itu pengubat segala duka lara.. ❤●•٠·˙

Jumaat, 22 April 2011

˜*°••❤BICARA CINTA❤••°*˜


 ▂ ▃ ▅ ▆. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .▆ ▅ ▃ ▂


˙·٠•●❤Banyak manusia berjuang demi CINTA,,Halalkan segala cara tuk raih BAHAGIA,,Namun SAYANG..CINTA malah membuatnya menderita. . .

Ada yg mengaku menCINTAi bunga..lalu bunga itu ia petik..& ia letakkan di atas meja,,Bunga itu pun tiap pagi ...dibelainya,,dipandangnya..HARUM,,CANTIK,,MENARIK..

CINTA. . . ♥
Benarkah itu CINTA..???? atau "GHARIZAH JISNI" semata...??

CINTA. . . ♥
Itu hanya NAFSU saja bukan CINTA yg sebenarnya...
Andai CINTA itu memang sebenarnya..Maka tak mungkin ia akan meMINTA tuk menjalin hubungan

CINTA. . . ♥
Hubungan yg ia minta..Hanyalah cara untuk mekakukan ZINA & penDAHULUannya..

CINTA. . . ♥
Bukan seperti itu yg ku mau,,kerana sungguh..aku menCINTAimu..kerana Rabb ku...Oleh kerananya aku tak mau berDUAan denganmu.. Oleh kerananya aku tak mau menjalin CINTA denganmu,,Oleh kerananya aku tak mau menjadi keKASIHmu,,

CINTA. . . ♥
CINTA adalah kurnia ALLAH bagi semua makhluk-Nya.. Hanya dengan NUR Ilahi..Maka dapat dibedakan,,CINTA dari MURKA.. Banyak manusia berjuang demi CINTA..Tapi justu sebenarnya ia sedang menuju MURKA..
Orentasikan semua kerana-NYA agar CINTA tak menjadi BENCANA. . . Ya ALLAH..Berikan aku RIZQI CINTA-MU & CINTA orang yg CINTAnya berMANFAAT untukku disisi-MU..

Ya ALLAH,,Segala apa yg Kau RIZQIkan utkku,,Diantara yg aku CINTAi,,Jadikan itu keKUATan untukku,,untukmendapatkan yg Kau CINTAi.. ♥

Ya ALLAH,,Jika dia memang untukku dekatkan HATInya dgn HATIku. . ♥ Ya ALLAH,,Jika dia bukan untukku,,DAMAIkanlah HATIku dgn ketentuan-MU. . ♥ Siapa pun dia,,Dimanapun dia berada,,Tolong JAGAlah dia. .

KUKUHkanlah ikatannya..Terangi langkahnya..Penuhi HATInya dengan NUR-MU yang MULIA. . Mudahkan langkahnya untuk datang padaku membawa CINTA. . .
Ah,,,,,, CINTA........ ❤●•٠·

❤.•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

 
copy BY; Humaira Fii Hamra

Rabu, 20 April 2011

CINTA DALAM DIAM

Jika Belum Bersedia, Cintai Ia Dalam Diam

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang,,cukup cintai dia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia,,dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,,
Kau tak mahu merosak kesucian & penjagaan hatinya..
Kerana diammu memuliakan kesucian diri & hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah & iffahmu..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu..

Ingatkah kita tentang kisah Fatimah & Ali ??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan..
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..kekuatan harapan..
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya??

& jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu,,Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri & sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu..
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa dia muncul dengan tiba-tiba..mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah dia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” [QS. Adz Dzariyat:49]
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah..berdoalah,, berpuasalah..
"Wahai kaum pemuda,,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,,maka menikahlah,,sesungguhnya menikah itu memelihara mata & memelihara kemaluan,,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,,berpuasalah,,kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" [Hadist]
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." [QS. Al Israa’; 32]

Isnin, 18 April 2011

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
 

Sabtu, 16 April 2011

SERINGKALI AKU TERFIKIQ

Seringkali aku terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita tetap senyum bila dibenci,,tetap tenang bila dimusuhi,,tetap menyeru walau diusir pergi,,kenapa kita mudah dibenci dikasari,,mudah putus asa bila yang dilalukan tidak menjadi,,mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,,mudah terguris bila dilukai,,jadi,,aku perlu tarbiyah diri agar yang terindah menghiasi peribadi kerana qudwah kita ialah Nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

ANTARA KATA-KATA YANG AKU INGAT

"Ketika Islam berada di puncak kemenangan,,kita tidak mendabik dada,,ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata,,itulah iqrar seorang pejuang,, dunia diburu akhirat dijunjung.."

"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati.Namun tiap kali kegetiran melanda,,tika itulah kita kembali mengenali hakikat,,kitalah pejuang sebenarnya.."

"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah,,tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, demi Allah,,bahagialah hati meskipun goyah,,kerana itulah perjuangan kekasih Allah & landasan ke JannahNya.."

Rabu, 13 April 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang rusuknya!

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu,,saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak,,lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu,,tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin,,pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan,,dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,,tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,,bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu,,biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,,sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari,,mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport,,tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,,mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian,,LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu,,sekali lagi,,LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,,tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya,,akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,,semua sudah terlambat...

Kerana itu,,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,,apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya,,sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,,apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Cinta Katanya??


cinta katanya indah..
tapi aku pernah menderita kerananya,,
cinta katanya mententeramkan,,
tapi mengapa aku gelisah kerananya,,
cinta katanya suci..
...tapi kenapa banyak yang hina kerananya...

apakah ada yang salah dengan cinta...
entahlah kerana katanya cinta memberi kehidupan

walaupun banyak yang mati kerananya,,,
cinta itu hati,,perasaan halus & indah yang susah untuk di ungkapkan,,
hati itu segumpal darah pada kehidupan di dalam dada...

entahlah....
dan aku sedang jatuh cinta,,
perasaan yang terjadi sejak zaman Adam & Hawa,,
walaupun tak sehebat cinta Yusof & Zulaikha,,
walaupun tak seteguh kasih Muhammad & Siti Khadhijah,,
tapi aku juga manusia dan & jatuh cinta...
apakah salah bila aku jatuh cinta,,
apakah salah bila aku punya hati,,
& aku bersedia jatuh kerananya,,
kerana cinta..
kerana cinta memang tak selamanya indah..
hanya cintaNya yang kekal & selamanya terindah buat kita...