Rabu, 13 April 2011

Cinta Katanya??


cinta katanya indah..
tapi aku pernah menderita kerananya,,
cinta katanya mententeramkan,,
tapi mengapa aku gelisah kerananya,,
cinta katanya suci..
...tapi kenapa banyak yang hina kerananya...

apakah ada yang salah dengan cinta...
entahlah kerana katanya cinta memberi kehidupan

walaupun banyak yang mati kerananya,,,
cinta itu hati,,perasaan halus & indah yang susah untuk di ungkapkan,,
hati itu segumpal darah pada kehidupan di dalam dada...

entahlah....
dan aku sedang jatuh cinta,,
perasaan yang terjadi sejak zaman Adam & Hawa,,
walaupun tak sehebat cinta Yusof & Zulaikha,,
walaupun tak seteguh kasih Muhammad & Siti Khadhijah,,
tapi aku juga manusia dan & jatuh cinta...
apakah salah bila aku jatuh cinta,,
apakah salah bila aku punya hati,,
& aku bersedia jatuh kerananya,,
kerana cinta..
kerana cinta memang tak selamanya indah..
hanya cintaNya yang kekal & selamanya terindah buat kita...

1 ulasan: