Sabtu, 16 April 2011

SERINGKALI AKU TERFIKIQ

Seringkali aku terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita tetap senyum bila dibenci,,tetap tenang bila dimusuhi,,tetap menyeru walau diusir pergi,,kenapa kita mudah dibenci dikasari,,mudah putus asa bila yang dilalukan tidak menjadi,,mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,,mudah terguris bila dilukai,,jadi,,aku perlu tarbiyah diri agar yang terindah menghiasi peribadi kerana qudwah kita ialah Nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

ANTARA KATA-KATA YANG AKU INGAT

"Ketika Islam berada di puncak kemenangan,,kita tidak mendabik dada,,ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata,,itulah iqrar seorang pejuang,, dunia diburu akhirat dijunjung.."

"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati.Namun tiap kali kegetiran melanda,,tika itulah kita kembali mengenali hakikat,,kitalah pejuang sebenarnya.."

"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah,,tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, demi Allah,,bahagialah hati meskipun goyah,,kerana itulah perjuangan kekasih Allah & landasan ke JannahNya.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan