Rabu, 22 Jun 2011

Hiasi Dirimu

Al-Ahnaf bin Kias adalah seorang ulama yang terkenal semasa hidupnya..Pada suatu hari seorang pemuda telah datang menziarahinya..Beliau dapati pemuda itu sangat tampan & kacak lalu bertanya,,

"Wahai orang muda,,adakah engkau menghias wajahmu dengan sesuatu?"
"Benar tuan,,saya ada menghias wajah saya dengan sesuatu.." ujar pemuda itu dengan sopan lalu menyambung..
"Kalau saya bercakap,,tidak bohong..kalau ada orang sedang bercakap,,saya dengar..kalau saya berjanji,,saya tepati & kalau diberikan amanah,,saya tidak khianat.."
Berkatalah Al-Ahnaf,, "Benar seperti apa yang kamu katakan wahai orang muda,,sesungguhnya kamu telah hiasi dirimu dengan akhlak yang tinggi & terpuji.."

Jumaat, 17 Jun 2011

AKU ADALAH PEMIMPIN KAU

Satu ketika aku bertanya...

Sudikah kau menjadi Makmum
   disetiap solatku..
   agar solatku lebih bermakna
   dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga
   diri dan maruahku..
   agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pendidik
   hati dan jiwaku..
   agar rohaniku terisi hikmahNya..
   dan akhlakku terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Pemerhati
   setiap gerak dan langkahku..
   agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

Sudikah kau menjadi Peneman   di kala suka dan duka ku..
   agar satu hari,,jika ujian itu dtg..
   air mataku ada yg menghapuskan..
Sudikah kau menjadi Pembela   diriku dan agamaku..
   agar aku terus berada di atas jln yg benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak    semangatku..agar bila aku kelesuan..
    kau mampu memberi bantuan..
   walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat   buat diriku..mendengar luahan hatiku..
   agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..
   tanpa rasa ragu..
Sudikah kau menjadi Penghibur   tika ku kesunyian..
   agar aku boleh ketawa riang..


Satu ketika kau akan menjawab…
 “Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI
 Tetapi,
 kau kembalikanlah soalan ini kepadaku
Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
   jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi
   Imam,,Penjaga,,Pendidik
   Pemerhati,,Peneman,,Pembela
   Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku..
Jika suatu ketika nanti
   aku sudah tidak mampu lagi menjadi
   Makmum di setiap solatmu…
Jika aku sudah tidak mampu lagi
   menjagamu,,
   menemanimu,,
   memerhatikanmu,,
   mendidikmu,,
   membelamu,,
   menggerakkanmu,,
   menjadi sahabatmu dan
   menghiburkanmu..
 Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi..
 "Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.."
             Keluarga bahagia impianku..

Rabu, 15 Jun 2011

SEHARI WAKTU KITA??



If God answer your pryer,,
God increasing your faith
If God delays,,
God increasing your patience
If God doesn't answer,,
God knows you can handle it...
"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari,,umurku berkurangan..akan tetapi amalanku tak bertambah" [Ibn. Mas'ud r.a]

Isnin, 13 Jun 2011

WAKE UP UCU!!

Dalam kehidupan ini,,kita sering kali terkeliru dalam mencari sebuah kebenaran..tersangkut & terhanyut,,jika kita tersalah tafsir terhadap sesuatu perkara yang berlaku..umpama menjejak mimpi yang tiada siapa mampu mengesahkan kepastiannya..kerana itu,,kita harus berada di lorong yang tepat agar perjalanan yang lurus mampu kita lihat dengan mata HEARTY..
Kadangkala sebuah kebenaran itu sangat pahit & sukar diterima tetapi menolak sebuah kebenaran itu,,tidak ubah seperti membohongi diri sendiri..
emm,,kadangkala,,kita sanggup menipu diri kerana tidak mahu menerima kenyataan & kebenaran yang sudah jelas didepan mata..dalam kehidupan ini,,kita perlu bersedia menghadapi apa jua kemungkinan..jangan terlalu mengikut kata HEARTY sehingga kadangkala membuat kita lupa diri & hilang kejatian diri kita...

Khamis, 9 Jun 2011

MAHKAMAH HEARTY

Bukankah kita sering diingatkan,,BERANI kerana BENAR,,TAKUT kerana SALAH? Benar itu menjadi sumber keberanian..Salah itu punca ketakutan..Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan,,akibat terus menerus melakukan kesalahan..Bersalah menimbulkan rasa bersalah..Rasa bersalah itu sangat menyiksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat..Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan,,apatah lagi bersalah kepada ALLAH..
Mahkamah pengadilan itu ada tiga..
Pertama,,mahkamah di dunia,,yang mana saksi,,pendakwa & hakimnya adalah manusia seperti kita juga..Kekadang,,dengan kebijaksanaan & kelicikan,,mahkamah dunia ini dapat diperdayakan..Telah sering kali yang bersalah terlepas, ,sebaliknya yang benar pula terhukum..adeiii..Justeru,,masyhurlah kata hukama,,tidak ada keadilan yang muktamadmutlak di dunia ini..Jerung sering bolos,,bilis sahaja sering di gilis...
Kedua,,mahkamah di akhirat,,yang hakimnya ALLAH yang Maha Adil..Di sana nanti, ,yang benar akan terserlah,,yang salah pasti kalah..Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata..Tidak payah didatangkan saksi @ pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi..Kulit,,tangan,,kakisegala anggota akan bercakap..Rupa-rupanya "body" yang kita jaga,,elus & belai kini,,akan mendakwa kita di mahsyar nanti..Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.
Ketiga,,ialah mahkamah hati,,Saksi,,pendakwa & hakimnya adalah HEARTY sendiri.HEARTY kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya..Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia..Fitrahnya akan menjerit..Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya,,dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia,,tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada ALLAH & HEARTY sendiri..Kita mungkin mampu menipu manusia,,tetapi kita tidak akan mampu menipu ALLAH & diri sendiri..Jadi,,ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah HEARTY? Setia masa,,setiap ketika & di setiap suasana HEARTY kecil akan bersuara..Tidak tega dengan kesalahan,,tidak rela dengan kemungkaran.
DOSA  itu derita,,kerana yang salah @ dosa itu sangat memberi kesan pada JIWA..Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama,,perlanggaran ke atas fitrah HEARTY yang tabii..Kedua,,perlanggaran terhadap ALLAH,,zat yang Maha Tinggi..Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan..

Jangan dilawan FITRAH sendiri yang menyukai kebaikan & membenci kejahatan..Fitrah ini adalah kurniaan ALLAH,,yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan..Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur,,dididik & dipimpin,,maka jalan hidup akan harmoni & bahagia..Sebaliknya,,jika fitrah yang baik itu dibiarkan,,diabaikan apatah lagi jika ditentang,,maka tidak akan ada lagi kebahagiaan & ketenangan..So,,hati-hati menjaga HEARTY,,agar HEARTY itu tidak mati!
RASULULLAH  SAW sangat arif tentang hakikat ini..Justeru,,apabila beliau ditanyakan,,apakah itu dosa? Baginda menjawab:

"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."

Oleh itu,,awaslah wahai diri..Dosa itu adalah racun..Bahananya akan merosak secara perlahan @ mendadak..Kata ulama,,mujurlah dosa itu tidak berbau,,jika tidak, ,tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita..
So,,sering-seringlah bersidang di MAHKAMAH HEARTY..

Isnin, 6 Jun 2011

FIRSTDAY DI OFIS CHAAH

Firstday di tempat baru..hahaha,,memang best bila dengar balik kampung..macam macam boleh buat.Lagi2 bila duduk dengan family..Dulu kat JB surat 20kg..bila balik kampung 2kg je..tue kira salah satu kelebihan bila aku pindah ke kampung.Pagi2 aku dah bangun siap2.Hujan lebat plak,,tapi sebenarnya hujan rahmat tue menyambut ketibaan aku di tempat baru...alhamdulillah.pukul 8.15am hujan reda aku kayuh slow2 gie keje.Lapor diri pukul 8.30am.ala dalam 10minit je sampai dah dari rumah aku.Sampai je ofis aku diberi bit kampung aku sendiri..hahaha,,ingatkan bawa tempat lain,,sekali kawasan rumah sendiri la.

Tengah happy2 dok shoting surat teringat member2 kat opis lama..tetibe rindu gelak tawa,,gurau senda & kutuk mengutuk.Perghh...kalau dulu posmen 42orang,,sekarang 5orang je beb...mesej tanya kabo.Em aku kena buat pilihan yang tepat,, & aku tahu pilihan aku nie betul & aku takkan berpatah balik.Demi masa depan aku jugak..Sampai bila aku duk merantau dengan keadaan ekonomi aku yang terumbang ambing.
Delivry tak sampai 1jam dah siap,,hahaha..pastu duk lepak dengan Ayap,,semalam dia kahwin..
Balik opis buat keje opis,,pukul 5 cabut balik..hehe senang je keje kg nie..memang best tahap cipan la..

Ahad, 5 Jun 2011

WAHAI DIRI

Wahai diri..Kesatlah air mata yang mengalir di pipimu,,
Benamkan amarahmu jauh ke pasak bumi,,
Hapuskan prasangka dari bercambah,,
Lupuskan dendam yang bertunas di jiwa,,
Rawatlah kesedihanmu dengan zikrullah..

Wahai diri..
Apakah kamu mengira,,
Bahawa Allah sengaja membuatmu terluka,,
Dengan lidah tajam dan tusukan duri manusia yang tidak mengerti?
Salah tanggapanmu itu,,
Istighfarlah,,jinakkan jiwamu dengan rasa kehambaan..

Wahai diri..
Mengapa engkau sering bersedih,,
Padahal nikmat padamu tak pernah berkurang,,
Hanya sesekali Allah menambah rencah,,
Agar lebih bermakna hidupmu,,
Dengan sedikit ujian,,likunya bertambah warna..

Wahai diri..
Berbahagialah dengan apa yang kau hadapi,,
Hakikatnya engkau tidak pernah ditinggal keseorangan,,
Biar dalam senang mahupun susah,,
Usah terlalu menghukum diri dengan melayan derita,,
Sedang wajahmu mampu untuk melakar senyum..

Wahai diri..
Bangkitlah dari rasa lesu,,
Hiruplah haruman segar,,
Dari bunga hatimu yang redha dengan ketentuan Ilahi,,
Yakinilah bahawa engkau terlalu istimewa,,
Tanpamu,,dunia tidak sempurna...
Senyumlah wahai diri,,moga ia membuatkan wajahmu bercahayaalam berseri dengan sinarmu..

Rabu, 1 Jun 2011

Perkahwinan Sahabatku

29 Mei 2011,,salah seorang member wa kawen..alhamdulillah...syukur sgt2..member 1 opis..yang jadi BEST tahap gaban,,aku jadi pengapitnya..muahaha...sebelum nie memang dah banyak kali jadi pengapit.Orang tua2 cakap,,bukan aku cakap lah..kalau dah jadi pengapit,,maksudnya dah tak lama lagi lah tu menyusul ikut pengantin..hahaha...bila aku pikir-pikir balik...aku nie mana ada aweq..macam mana nak kawen...
Time aku balik kampung,,soalan lazim yang selalu ibu aku tanya.. "bila nak kawen?"
adeii,,tak terjawap der!...bukan memilih,,tapi aku masih tak boleh menjadi pemimpin keluarga,,ilmu aku masih kurang..ish nak tanggung anak dara orang nie bukan leh main hentam keromoh..berat tanggungjawap tu...diri sendiri pun maasih terkapai-kapai...so aku try cari artikal pasal kawen nie,,mana tau terbuka hati nak kawen ke..suke ibu wa kalau dengar,,dapat menantu katakan...hahaha~
Dalam artikal tu berbunyi lebih kurang macam nie;

Perkahwinan menghalalkan apa yang haram..Menurut Saidina Abbas ra bahawa tidak sempurna ibadah seseorang itu kecuali dia sudah berkahwin.
Maksud di sebalik kata-kata Saidina Abbas itu ialah seseorang itu hatinya tidak akan tenang hendak beribadat kepada Allah SWT dengan lebih sempurna kerana dorongan & godaan nafsu syahwat..Nafsu syawat ini telah memang sedia wujud di dalam diri sejak seseorang anak Adam itu dilahirkan di muka bumi ini.
Saidina Abbas berkata pada anak-anaknya "Wahai anak-anakku,,jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin,,maka beritahulah kepada aku..InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu..Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina,,maka ketika itu Allah SWT akan mencabut iman dari hatinya."

Haha...so pagi ahad tu aku follow pengantin dari JB ke Batu Pahat...Thanks Zana bawa aku...

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menjelaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seorang yang datang miminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."
Perkahwinan merupakan satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang harmoni. Allah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara negetif dan maksiat.

Perkahwinan merupakan satu syariat,,tuntutan & kewajipan dalam membina masyarakat yang harmoni..Allah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara negetif & maksiat.
Jika korang dah pun bersedia dari segi kewangan terutamanya & calon pilihan di hati pun dah ada,,jangan tangguh-tangguhkan lagi der untuk mengikat tali pernikahan!hahaha...macam wa lom ada lagi..takpe..hehehe (sabar yer IBU..)


S0,,buatlah persiapan yang secukupnya sebelum ingin melangkah ke alam perkahwinan..Tanamkan sifat tolak-ansur dan bersabar dalam apa jua dugaan yang bakal ditempuh kelak..Ini kerana perkahwinan boleh diibaratkan kita mendayung sampan bersama pasangan kita di tengah lautan luas yang bergelora..Sekiranya tiada kerjasama & kesefahaman diantara kedua-dua pasangan,,maka tenggelamlah sampan tersebut...hehehe~

Hohoho....bila la plak time aku yer????