Khamis, 26 Mei 2011

❥ܓ""Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah."

Alhamdulillah,,setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH swt tentukan kedudukan matahari betul2 tepat di atas Ka’bah.Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini,,membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa & menyemak arah qiblat dengan mudah & tepat. SubhanALLAH..dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini,,membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa & menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat..SubhanALLAH..



Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia,,waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

-->28 MEI setiap tahun,,tepat pukul 5.16 petang &
-->16 JULAI setiap tahun,,tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblatm dengan tepat?

SEBELUM;
1) Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh anda mengikuti waktu piawai yang tepat..Untuk menentukan ketepatan waktu,,anda boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio..Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul..Justeru,,betulkan jam anda mengikut waktu piawai yang betul.
2) Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu,,tiang atau pen.
3)Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
4)Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
5)Dan pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat anda pacakkan objek lurus tersebut & tidak terlindung.
6)Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

KETIKA PERISTIWA ITU BERLAKU;
1)Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
2)Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.( Rujuk gambar di atas )
3)Tandakan arah qiblat.

SELEPAS;
1)Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
2)Bersyukurlah kepada ALLAH swt yang telah memberikan peluang untuk anda memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
3)Hadapkanlah tubuh anda ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

❥ܓ"Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita yang mahu mengambil manfaat,,insyaALLAH...Wallahu a'lam.."❤●•٠·˙

Tiada ulasan:

Catat Ulasan