Khamis, 27 Januari 2011

Tersenyumlah Wahai Diri

           ..kesedihan takkan abadi..
Maka tersenyumlah wahai diri...
Roda kehidupan selalu berputar ada kalanya bahagia terasa,,sedih merintih dan juga airmata..Tapi taukah kamu,,ada Dia yang slalu menatapmu lembut yang tau mana yang terbaik untukmu..Dia memberi apa yang engkau perlukan bukan yang engkau inginkan..

Maka tersenyumlah wahai diri...
Semua yang terjadi juga kerana kehendakNya,,semua yang berjalan sesuai rencanaNya..IlmuNya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya jadi untuk apa kau resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya..Bukankah janjiNya itu pasti??
Dialah Allah Yang Maha Mengetahui

Maka tersenyumlah wahai diri...
Ada Dia yang Maha Pemberi,,dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kau mohonkan kepadaNya..Dan jìka kau menghitung nikmat Allah,,nescaya kau tak kan mampu menghitungnya,,maka bersyukurlah...

Maka tersenyumlah wahai diri...
Hidup terus berjalan meski kadang hati tak menginginkan,,yang dicinta kan pergi yang didambakan hilang,,maka dekatkanlah dirimu denganNya dengan Dia yang Maha Kekal...

Maka tersenyumlah wahai diri...
Hamba memang rapuh dalam langkah,,kadang tak setia kepadaNya..Tapi tetap gantungkan harapan dan asamu kepadaNya Dia Yang Maha Kuasa,,kau tak kan kecewa

Maka tersenyumlah wahai diri...
Ini ujian dariNya dan Dia tak kan menguji hamba melebihi kemampuannya..Tapi bukankah manusia itu memang diuji untuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepadaNya,maka tetaplah istiqomah...

Maka tersenyumlah wahai diri...
Masih banyak lagi saudaramu yang jauh lebih sakit dan menderita,,selalu ada hikmah dibalik musibah selalu ada kemudahan setelah kesulitan,,semua pasti indah pada waktunya..Maka bersabarlah...

"maka tersenyumlah wahai diri … semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepadaNya"
.......................................................................................

Rabu, 26 Januari 2011

Usah Ditangisi Apa Yang Bukan Milik Mu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.

Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.

 Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki, walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Selasa, 25 Januari 2011

Aku Cuba Berdiri Lagi!!!

Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Setelah sekian lama
Ku ungkaikan kalimah CINTA ini
Lalu ku benamkan dipuncak kecewa
Agar aku tidak bisa mendaki nya lagi
Agar aku tidak ada hati langsung untuk kesana
Tapi ku rasa kelungsung hati ku sepi
Tapi ku rasa kaki ku tidak bediri dibumi nyata
Selama itu
Aku kundung segala cerita kehidupan ku
Dari fajar hingga ke senja dengan tangan sendiri.
Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Hari ini kalimah CINTA itu belagu lagi
Digendang telinga ku
Apakah harus aku dengar dan ku dendangkan
Lantas ku sulam besama segempal hati
Untuk membentuk tangkai ASMARA
Tapi aku tak pasti
Apakah ladang CINTA ini bisa membuah
Atau aku saja yang berdendang SENDIRI....

Bertemu Berpisah Kerana ALLAH

Pertemuan antara kita,,
Tidak pernah dirancang,,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,,
Yang mengetahui suara hati antara kita,,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun,,Tiada walau secalit kekecewaan,,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,,
Malah,,Aku amat menghargai pertemuan ini,,
Kerana dengannya,,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
Ternyata amat menyakitkan,,
Sering kali mengundang air mata,,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,,

Walaupun begitu,,Ingatlah sahabatku........
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,,
Oleh itu,,Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,,
Kirimlah sepotong doa tika itu,,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,,
Jika tidak di dunia fana ini,,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
InsyaAllah...

Tambah kapsyen


Isnin, 24 Januari 2011

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

PUJAAN HATI

Aku menoleh ke kiri dan kanan.Pandangan ku jadi kabur bila melihat berjuta manusia sedang berjalan dengan pakaian yang sama..putih..bersih..

*** Abg Hayqal dah tiada bersama ku.Cepat betul dia buat saie.Mungkin aku tertinggal sebab terlalu khusuk berselawat dan mengingati sejarah Siti Hajar yang berlari dari bukit safa ke marwah mencari air untuk anaknya Ismail.. "Amir cari siapa?"makcik dari jemaah aku tiba tiba menerpaku dari belakang. "Eh takde siapa makcik.mana anak makcik?"aku bertegur kehairanan bila dia jalan keseorangan. "Dia dah jalan dulu.Orang muda laju je dia jalan.Makcik ni dah tua.Jalan pun lambat.Entah esok lusa dah pejam."luah hatinya. "Ish makcik ni,belum tentu yang tua mati dulu.Saya yang muda ni kalau ALLAH dah tetap kan kunfayakun mati jugak walaupun sihat macam ni.Hee!"aku memujuk hatinya. "Em Amir muda muda dah sampai tanah suci.Jarang orang muda ada niat macam Amir." 'Alhamdulillah ada rezeki lebih' Aku cuma memberi senyuman padanya. "Ada sebab kan amir sampai sini?"soal dia seolah tahu niat ku ke Tanah suci. "..Sebenarnya orang yang saya sayang dah kahwin dengan orang lain..Mungkin kecewa buat saya sampai ke Tanah Suci ni..Takde jodoh makcik.Takpe la saya redha bukan jodoh saya." aku katakan yang benar dengan nada perlahan. Dia hanya tersenyum. "InsyaALLAH balik ke Malaysia nanti jumpa la Amir dgn jodoh Amir. Percaya la."kata kata semangat untuk aku. Amin..Aku sekadar senyum. Sepanjang perjalanan untuk rukun saie aku berbual dengan makcik tu mengenai kehidupan harian ku.Sekali sekala aku mencari juga Abg Hayqal.Berjuta orang memang susah nak cari.

Saie pusingan ke7.. Bismillah Allahuakbar.. "Takkan takde yang berkenan kat tempat kerja?tentu ada."tanya makcik dengan senyuman. "Entah..Ada memang ada tapi sekadar pandang dari jauh.Tak berani nak tegur.Dia selalu jemput adik dia balik tiusyen.Memang hari hari jumpa tapi bila selisih hanya sekadar senyum."hehe aku ketawa kecil. "Beranikan diri tu.Peluang dah ada depan mata.Mungkin ALLAH akan gantikan yang lebih baik dari sebelumnya.Percayalah.ALLAH sentiasa membantu hambaNya Mir.Selagi masih ada kesempatan..masih bernafas.." "InsyaALLAH.."aku jadi tersipu lagi. Selepas menaiki bukit marwah aku terus membaca doa dan bercukur.

*** Mana makcik ni?Tiba tiba dah takde.Tadi sebelah aku je.Tak akan jauh dari aku.Aku pun memang nak teman dia sampai habis. "Amir!Lambat kau.Abg dah siap 30minit tadi tunggu kau." Abg Hayqal memegang bahu ku tiba tiba. "Saya saing makcik dari jemaah kita tadi.Dia terpisah dari anak dia.Kesian pulak dia sorang." aku terangkan pada Abg Hayqal. "Abg rasa kita berdua je yang buat umrah malam ni.Diorang semua penat melawat pagi tadi.Dari hotel kan kita berdua je yang keluar." kata Abg Hayqal buat aku terpinga pinga.. ?????

"Abg balik la dulu.saya nak buat kiamulai,solat hajat,istikharah dulu.Baru saya balik" aku membetulkan ihram ku untuk sembahyang nanti. "Yelah.Abg pun dah mengantuk.Pukul 2 ni.Kau balik cepat.Nanti tak sedar pulak subuh."Nasihat Abg Hayqal..

*** Siapa pulak makcik tadi?Memang aku kurang kenal dengan jemaah aku semua.Aku suka menyendiri bila kemana mana.Buat ibadat pun sorang diri.Lebih khusuk. Biar la.Mungkin perkara ghaib yang Allah nak tunjuk pada ku. ..Bila di ingat balik apa yang di katakan makcik tadi aku mula berfikir..Betul ke dia jodoh ku?Memang sejak kekasih ku berkahwin dengan pilihan keluarganya,aku tidak ada hati untuk mencari penganti.Tapi perempuan yang selalu aku perhatikan menjemput adiknya buat aku bertukar pandangan.. Kalau dah hari hari jumpa macam biasa.Tapi bila tak jumpa sehari jadi rindu.Bila dah rindu semakin kuat hati ku untuk mengenali dirinya..

*** Air zam zam penawar segala penyakit aku minum dahulu.Berwuduk sekali sebelum solat dengan air zam zam.Aku menghampiri kaabah.YaALLAH setiap kali aku melihatnya hati ku jadi sayu..SUBAHANALLAH terlalu besar kuasaNya.. Hilir Ismail aku masuk.Sembahyang sunat 2rakaat. Semakin malam di tanah suci semakin ramai manusia menghambakan diri di Masjidil Haram..Ramai juga bukan muhrim ku brkeliaran melalui depan ku.Sesungguhnya terlalu cantik ciptaan Allah..Secantik mana pun perempuan perempuan itu masih belum dapat menarik hati ku..entah la.Sejarah membuat aku tertutup pintu hatiku.Aku lebih berhati hati untuk mencari pasangan hidup. 'yaALLAH buka kan pintu hatiku untuk aku menemui kebahagiaan.' Bila aku bangun tiba tiba 1 wajah menerpa ku.Hanya sekali lalu.. 1 wajah yang membuat aku rindu.. 1 wajah yang membuka hati ku selama ini ku tutup rapat.. Siapa dia?Kenapa dia?Perempuan yang selalu aku perhatikan menjemput adiknya dari sekolah.. "Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...yaALLAH aku bermohon padaMu jika benar dia jodoh ku berikan petunjuk agar aku dapat mengenalinya..berilah keupayaan dan kekuatan agar aku dapat menerima dia seadanya begitu juga dia menerimaku seadanya.Andai bukan jodoh ku aku redha dia pergi jauh dari ku dan berikan kebahagiaan yang baik2 padanya..agar dia bertemu dengan orang yang baik dan tahu menjaga diri dan maruahnya serta menghormati kedua orang tuanya..yaRahman yaRahim..amin.." Ya ALLAH pukul 3.30pagi.Dengan segera aku berlari pulang ke hotel. Em semua dah tidur dengan lena.. 'Bismika ALLAH huma ahya waamud' Al'Fatehah,Al'Ikhlas,Al'Falaq,An'Nas,Ayatul Kursi..

*** "Sayang jom la kita gie masjid." "Sabarlah..abang belum puas bermanja dengan sayang lagi..sinilah" "YaALLAH tak habis habis manja dia ni la.Marilah sayang.." ''Sayang..bukan ke kita ke sini untuk berbulan madu?So tak salah kan kalau abang nak bermanja dengan sayang?" "Ye ye tak salah tapi..akan jadi salah kalau niat asal kita ke tanah suci ni disia-siakan dengan hanya berbulan madu manja manja manja!" "Ahakhakhak!Ustazah Wada dah start ceramah.Hehehe.ok ok dah cukup.Jom kita ke Masjid ye ustazahku"saje aku bergurau dengan isteri kesayanganku..Sudah menjadi adat sepasang suami isteri perlu bergurau senda untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang..

*** "Amir bangun.Dah nak masuk subuh" YaALLAH mimpi rupanya.Start dari aku sampai di Tanah Haram seminggu yang lalu belum lagi aku bermimpi apa apa..Terlalu penat agaknya semalam balik lambat.Mungkin mimpi 1petunjuk buat ku. Adakah dia jodoh ku? Wada??Entah la.. Hauzublillah..Kalau betul apa yang aku harus buat Ya Allah..

*** 7hari sudah berlalu aku selamat tiba di tanah air ku..Malaysia. Memang kerinduan untuk ke Mekah lagi membuak buak untuk aku kembali ke sana.Hanya ku doa agar umur ku masih panjang dan mempunyai rezeki yang melimpah ruah untuk ku menziarahi Tanah Suci. Em hari nie dah naik keje. Pandangan ku terhenti bila terpandang seraut wajah..yang menerpa ku..yang membuat aku rindu..yang membuka hati ku.. Dengan berani aku menegurnya.. "Assalamualaikum..boleh saya berkawan?saya Amir.Nie no.telifon saya." Entah kenapa aku menjadi berani menegurnya.. Dia hanya lemparkan senyuman ke arah ku.Senyuman yang membuat hati naluri ku membuak ingin mengenali dirinya.. "Boleh.Nanti saya misscall awak ye.Saya Wada.." Wada??? Ini ke 1hikmah yang aku dapat? 1hidayah yang aku harus bersyukur? 1petunjuk yang aku lihat di Tanah Haram..

*** NORSUHADA..perempuan yang berjaya membuka hati ku.Jodoh yang aku cari selama ini berada dalam dakapan ku..Sesungguhnya Allah akan membantu semua mahlukNya.Sebagai manusia kita harus bersyukur dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan..kita hanya merancang tp hanya Allah yang akan menentukan..

*** ''Wada.." "Kenapa..??" "Wada sayang abang?" "..Sayang la.." "Sayang macam mana?" "..Sayang sebagai SUAMI wada.." "Bila kita nak kahwin sayang?" "Sabar la..sampai jodoh kita akan bersama.."

*** ..tetapi apa yang kita miliki tidak selalunya indah dari impian kita..Sesungguhnya Allah telah menetapkn ajal maut jodoh rezeki sejak azali lagi. Tidak ada yang sempurna di dunia ini.Semuanya bersifat sementara pinjaman dariNya.. Terlalu perit aku hadapi.Wada sebenarnya tidak boleh hidup lama..Jantungnya berlubang dan kekurangan darah..Telesmia..Bila bila masa dia boleh meninggalkan orang orang yang menyayanginya..Setiap malam aku berdoa untuknya.Aku redha jika ini ujian yang Allah berikan pada ku.Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk menyembuhkan Wada..

*** "Wada..jika berlaku sesuatu pada abang..percaya lah yang abang takkan tinggalkan Wada.Walau apa pun terjadi Wada tetap akan menjadi isteri abang..selamanya sayang.."terlalu sayu untuk aku lafazkan.. "Abang jangan la merepek yang bukan bukan..Sakit Wada tak serius.Kalau rajin makan ubat,rajin bersenam,dan yang penting rajin sembahyang ingat Allah tentu Wada akan sembuh."kali ni suara Wada pula sayu.. "Wada..abang cuma tak nak terjadi apa apa pada Wada.Abang akan merana hidup tanpa Wada disisi."entah mengapa air mata ku tak dapat ku sekat lagi.. "Selagi Wada hidup Wada akan tunaikan janji kita.." Laut China tepian lautan pantai Desaru menjadi saksi sumpah janji kami..

*** Malam ni aku harus jumpa Wada.Aku ingin bagi sesuatu pada dia..tapi sepanjang perjalanan tiada apa ditanganku..aku nak bagi Wada apa sebenarnya??Aku sendiri tak tahu tujuan aku yang sebenar untuk berjumpa Wada. "Hello abang kat mana?Kenapa lambat?Abang ok tak?Wada dah sampai kat restoran ni.." "On the way sayang.Sikit lagi sampai la..Wada..Wada akan sihat selamanya..em abg minta maaf kalau sepanjang perhubungan kita abang terkasar bahasa terguris hati Wada ye.Abang terlalu sayang Wada."aku masih berborak dalam telefon sedangkan aku tengah memandu. "Ye abang.cuba jangan cakap bukan bukan.Wada tetap sayang abang."pujuk Wada.

Entah macam mana tiba2 sebuah lori merempuh pembahagi jalan lalu memasuki lorong sebelah betul betul di depan mata ku..semakin hampir semakin dekat di mata ku.. "ALLAHUAKBAR!!!" "..Abang..abang apa yang terjadi?Kenapa bunyi dentuman kuat??Abang jawap la.Abang!Abang!Apa yang berlaku?!" Suara di telefon masih kedengaran..tapi pandangan aku semakin kabur..lalu terlepas telefon dari gengaman ku..hanya suara Wada yang aku dapat dengar dengan jelas di telefon tu..

*** Alunan Yassen kedengaran dipelusuk telingaku..1 suara yang kerap kali mengunjung ku..dengan 1 doa yang sering kali dibaca..dan seucap janji yang pernah kami lafazkan dulu.. "Abang..Wada minta maaf sebab dah 2 minggu Wada tak melawat abang.Wada baru balik umrah semalam.. Abang..Wada yakin sangat sangat abang tak pernah tinggalkan Wada selamanya.Walaupun abang di alam lain tapi jantung abang ada di dalam tubuh Wada..Terima kasih kerana mengajar Wada erti kejujuran keikhlasan kesetiaan dalam percintaan..Wada dah sihat.Jantung abang sebagai penganti diri abang..Wada sayangkan abang..Wada harus pergi.Wada akan datang lagi k abang.Semoga roh abang ditempatkan dengan orang orang yang beriman dan aman disana..Assalammualaikum sayangku abang Amir.." Wada bangun berlalu meninggalkan pusaraku..Dengan linangan airmata mengiringi pemergiannya.. ..Aku tahu aku tak pernah tinggalkan Wada walaupun aku telah mati.. ..INALILLAHWA INNALILLAH HIRAHJIUN.. ..SUBAHALLAH..

CINTA ITU MENYAKITKAN

Setiap orang mempunyai makna CINTA yang tersendiri.Ada yang kata,,CINTA itu menyakitkan & jangan kau hampirinya.Tapi ada juga yang kata,,CINTA itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya.& ada juga yang kata,,cinta itu indah & tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud CINTA yang sebenar..
                 Bagi aku,,CINTA itu menyakitkan,,ianya memang benar.Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu,,akan ada juga masalah yang timbul.Ianya boleh diibaratkan,,langit tak semestinya sentiasa cerah.Dalam hubungan ini,,kita memang tidak boleh lari dari masalah..Bahkan,,kita sendiri yang perlu menghadapinya & juga menyelesaikan masalah tersebut.

                 Kesakitan CINTA ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah.Apa yang dijanjikan selama ini,,menjadi dusta belaka.Ketika baru sahaja clash,,semuanya menjadi tak kena.Semuanya dipersalahkan.Itu tak betul,,ini tak betul.Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi & tiada siapa yang ingin menolong.
                 Sekiranya aku ingin bercinta dengan seseorang,,aku sentiasa INGAT..CINTA tak semuanya indah.& perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.Yang pasti,,dalam perCINTAan akan ada pasang surutnya perhubungan.Cuma aku tidak tahu,,bila ia akan berlaku..Mungkin hari ini,,esok,,lusa & bila-bila masa...

Aku & Sesuatu

"Sebuah perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubis perjuangan"

..tapi perlukah berjuang?perlukah terus berjalan kalau lorong yang bakal aku tempuhi itu belum pasti berpenghujungnya?HATI berkata...'aku belum lalu,,macam mana nak dikatakan belum pasti?'
    
    Sesuatu yang bakal kita tempuh kita jadikan perjuangan & sesuatu yang kita telah tempuh jadikan ia sebagai pedoman sebuah perjalanan.'..& di penghujung jalan perjuangan itu nanti,,kita akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru ada awalan & akhirannya.Jadi kenapa kita perlu takut untuk berjalan?'