Selasa, 3 April 2012

Menjadi Bintang Itu

Sebulan,,setahun mahupun seabad lamanya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي


Bintang menghiasi langit gelap..
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan..
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini..
Hanya satu bintang yang akan ku jemput..


Tahukah bintang apa itu??
bintang yang baru ku kenal..
bintang yg paling terang..
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa..

Sayang,,mahukah kau menjadi bintang itu?
Lama jiwa ini layu beku dan sendiri..
Lama hati ini terkurung dalam kesedihan..
Lama cinta itu pergi jauh dari kalbu..
Dahulu,,aku takut tak dapat cinta..
Dahulu aku takut tak dapat kasih..

Dan sekarang,,aku takut cinta yg ada lepas dari genggaman..
Dan sekarang,,aku takut kasih ini lepas dari hati..
Dan sekarang,,aku takut segalanya menjadi seperti masa lalu..
Dan sekarang,,aku takut untuk melihat pada kehidupan yang lalu..
Dan sekarang,,aku cinta padamu..

Ya Allah,,satu kebahagiaan telah kudapatka..
Ya Allah,,satu cinta telah tumbuh di hati hamba..
Ya Allah,,satu hati telah ku temukan..
Ya Allah,,telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..

Jangan,,jangan ya Allah..jangan Kau ragut kembali..
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa..
Bukan ya Allah,,bukan maksud hamba menduakanMU dengan cinta pada sesama..
Bukan maksud hamba untuk berpaling dari sejatinya cintaMU..
Tapi hamba hanya manusia biasa,,hamba punya hati,,hamba punya jiwa..
Hamba punya rasa,,hamba punya ketakutan..

Ya Allah,,hamba takut cinta ini jadi ingkarku padaMU..
Ya Rabb,,hamba takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU..
Ya Rahman,,hamba takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU..
Tapi hamba tetap hanya manusia biasa ya Rabb..
Jika ini adalah kurniaMU,,hamba mohon ya Rahim,,jadikan hamba ini orang yg bersyukur..

Jika ini adalah murkaMU..hamba mohon ampunMU ya Ghaffar..
Izinkan hamba bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat..
Izinkan hamba membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah hamba..
Izinkan hamba untuk memberi ketaatan akan titahMU padanya..
Izinkan hamba membimbingnya menuju jalan suciMU..
Ya Rahman..ya Rahim..

Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami..
Lapangkan jalanku utk menjemputnya..
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku..
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini..

Ya Allah yg maha lembut,,lembutkan hatiku untuknya..
Ya Allah yg maha indah,,perindahlah lisanku untuknya..
Tak banyak yg hamba minta ya Aziz..
Bukakan dan tiupkan wangi syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia,,bersamanya..
Kerana Kau maha tahu..aku mencintainya keranaMU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan