Isnin, 30 April 2012

Serangkap doa ku panjatkan di hari yg indah..semoga hari ini seindah heartyku ya Allah
Ameen ya Allah..ya Rabbal Alameen..
Jauhkanlah Aku Dari Rindu Yang Melalaikan Y_Y

Ahad, 29 April 2012

Sabarlah duhai hearty


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara..
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu..
Ada cinta yang boleh membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui..
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan..
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk..
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan..

Namun,,kadang-kadang cintamu itu pasti diuji..
Sekuat manakah cintamu padaNya,,
Sehebat manakah kasih kamu padaNya..
Ujian datang dalam pelbagai cara..


Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNya..
Andai kata kuat dan tetap heartymu padaNya,,maka bergembiralah.
Moga datangnya cinta insani itu,,
Akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri..
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNya,,
Adalah umpama padang pasir yang kegersangan..

Khamis, 19 April 2012

Nak Tahu Kejujuran Pasangan Korang??


Hehehe,,aku terbaca petua nie..best juga..
Kalau pasangan korang suka berbohong pastilah merupakan sesuatu yang menyakitkan. Ketidakjujuran merupakan sesuatu yang dapat merosakkan hubungan yang telah terjalin,,terutama pada pasangan tercinta ~ 

Dalam situasi yang tertentu,,berbohong lebih baik daripada berkata benar. Misalnya teman korang menanyakan pada korang apakah dia kelihatan gemuk?
Tentu korang tak akan mengatakan secara jujur bahawa dia gemuk. Coz bukan itulah jawapan yang diinginkannya. Tetapi terhadap pasangan kita,,kita haruslah jujur beb!!

Bila sekali saja kita berbohong,,maka akan menjadikannya sebagai suatu kebiasaan. Sekali berbohong maka korang akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama,,yang dapat menimbulkan stress. Korang tidak akan hidup tenang ~

Apakah pasangan korang selalu berbohong atau tidak ?Bahasa Tubuh – perhatikan bahasa tubuh pasangan korang sewaktu dia berbual dengan korang.  Korang akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Tanda-tandanya ialah antara lain,,dia gugup ketika berbicara,,berpeluh atau tidak tenang ketika bercakap dengan korang. Serba tak kena ~

Kontek mata sewaktu bercakapLihat mata dia semasa dia bercakap, sehingga korang akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila direnung matanya.

Tiada komitmen pada apa yang dikatakannya - Jika pasangan korang berjanji untuk menemani korang pergi ke sesuatu tempat, ,tetapi dia selalu saja membatalkannya,,maka korang perlulah curiga terhadap alasannya!!

Apabila korang merasa tidak dapat lagi mempercayai pasangan korang,,perlu korang mengutarakan hal ini padanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apapun terutama terhadap pasangan tercinta..ayayaya ~

p/s ; wa dah lama tak bercinta,,dulu-dulu lebih kurang la tips nie wa guna. Hahaha ~

Khamis, 12 April 2012

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

"Ya,Allah ampunilah segala dosa kami.Jauhilah kami dari segala bencana ya Allah..Agar diri kita lebih insaf,jom hayati kata2 ini.Org yg melakukan maksiat,akan merasa miskin dlm kekayaannya,merasa sempit dlm kelapangannya dan merasa kesunyian dlm kesibukan walaupun dikelilingi org yg memuji & memujanya.Dia kehilangan ketenangan & ketenteraman hidup,hatinya gelisah,batinnya tersiksa,makanan yg dimaka...n,tidak terasa kelazatannya.Malah di mana sahaja ia berada,dia tidak dpt menikmati indahnya hidup ini.Oleh itu,jom kita bersihkan diri dari sgl dosa.Byk istighfar mohon ampun kpd Allah..bergegar bumi baru sedikit,kita dh takut.Bagaimana dgn sgl goncangan pd hari Kiamat?Bagaimana pula dgn azab Allah pd yg bergelumang dgn dosa? Jom insafi diri.Jom jauhi maksiat.Jom byk ibadat.."
 
"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya.. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya.."
[Kaab bin Malik RA]

..perbanyakkan doa sahabat sekalian,,jgn leka & lalai..

Selasa, 3 April 2012

Menjadi Bintang Itu

Sebulan,,setahun mahupun seabad lamanya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي


Bintang menghiasi langit gelap..
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan..
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini..
Hanya satu bintang yang akan ku jemput..


Tahukah bintang apa itu??
bintang yang baru ku kenal..
bintang yg paling terang..
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa..

Sayang,,mahukah kau menjadi bintang itu?
Lama jiwa ini layu beku dan sendiri..
Lama hati ini terkurung dalam kesedihan..
Lama cinta itu pergi jauh dari kalbu..
Dahulu,,aku takut tak dapat cinta..
Dahulu aku takut tak dapat kasih..

Dan sekarang,,aku takut cinta yg ada lepas dari genggaman..
Dan sekarang,,aku takut kasih ini lepas dari hati..
Dan sekarang,,aku takut segalanya menjadi seperti masa lalu..
Dan sekarang,,aku takut untuk melihat pada kehidupan yang lalu..
Dan sekarang,,aku cinta padamu..

Ya Allah,,satu kebahagiaan telah kudapatka..
Ya Allah,,satu cinta telah tumbuh di hati hamba..
Ya Allah,,satu hati telah ku temukan..
Ya Allah,,telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..

Jangan,,jangan ya Allah..jangan Kau ragut kembali..
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa..
Bukan ya Allah,,bukan maksud hamba menduakanMU dengan cinta pada sesama..
Bukan maksud hamba untuk berpaling dari sejatinya cintaMU..
Tapi hamba hanya manusia biasa,,hamba punya hati,,hamba punya jiwa..
Hamba punya rasa,,hamba punya ketakutan..

Ya Allah,,hamba takut cinta ini jadi ingkarku padaMU..
Ya Rabb,,hamba takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU..
Ya Rahman,,hamba takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU..
Tapi hamba tetap hanya manusia biasa ya Rabb..
Jika ini adalah kurniaMU,,hamba mohon ya Rahim,,jadikan hamba ini orang yg bersyukur..

Jika ini adalah murkaMU..hamba mohon ampunMU ya Ghaffar..
Izinkan hamba bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat..
Izinkan hamba membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah hamba..
Izinkan hamba untuk memberi ketaatan akan titahMU padanya..
Izinkan hamba membimbingnya menuju jalan suciMU..
Ya Rahman..ya Rahim..

Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami..
Lapangkan jalanku utk menjemputnya..
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku..
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini..

Ya Allah yg maha lembut,,lembutkan hatiku untuknya..
Ya Allah yg maha indah,,perindahlah lisanku untuknya..
Tak banyak yg hamba minta ya Aziz..
Bukakan dan tiupkan wangi syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia,,bersamanya..
Kerana Kau maha tahu..aku mencintainya keranaMU..