Ahad, 27 Februari 2011

Kasih Selamanya

 Bismillahirrahmanirrahim...

[RALAT:Cerita ini adalah kisahku tapi ditokok tambah agar menjadi PERINGATANku dan semua.]
     
Jadi seorang yang bijak dan beradap akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH,,pada Rasulullah dan barulah pada mahluk2 lain di samping-NYA..Itulah peletakan CINTA yang betul dan menguntungkan didunia dan di akhirat..Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan....
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR...INGATLAH IA ADALAH KURNIA ALLAH SWT...HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA...CINTA YANG SUCI...BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA...SEKALI RASA CINTA ITU HADIR...SAMBUTLAH DENGAN BENAR...JAGA...PELIHARA...DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN SYURGA...


Kedengaran riuh suasana rumah.Orang lelaki sibuk di dapur membasuh pinggan & periuk,,yang perempuan mengupas bawang sambil kecoh mulut dengan gelak ketawa..Kanak-kanak pula berlari bermain di halaman rumah..
   Sang bidadari masih terpinga-pinga di bilik yang sudah dihias cantik bagai bilik diraja dengan bunga yang tersusun rapi..esok adalah hari bersejarah buatnya,,yang merubah statusnya.Kehidupan baru bermula dengan gelaran yang semua orang impikan.Dalam hati sering bertanya 'adakah aku boleh memikul tanggungjawap sebagai penyeri hidupnya?Ya ALLAH,,semoga aku kuat & sabar meniti liku kehidupan bersama dalam hidup berumahtangga...'
   Dia mengemas laci meja soleknya..ada sepucuk surat?lantas dia menarik & membuka lipatan dengan kemas...
'Balqis..bukan ku minta jadi begini.Kenapa aku terlalu bodoh untuk menyayangi kau yang tak pernah ada sekelumit pun perasaan padaku..Kenangan kita akan ku simpan buat selamanya.Sungguh hebat permainan kau,,tahniah aku ucapkan kerana berjaya membuat aku kecewa..semoga kau bertemu kebahagiaan yang kau cari selama ini..salam terakhir dariku..Hayqal'

***
Tahun 1996
"Kau ni degil la Hayqal!kita baru darjah5.Gila apa ajak aku bercinta!Kan aku cakap jangan gangu aku!"tengking Balqis pada Hayqal.
"Huhu..sebab aku taknak kau jadi hak orang lain.so aku luahlah.Tak semestinya apa yang kita suka akan menjadi milik kita kan?"kata Hayqal dengan senyuman.
Hati Balqis makin sakit melihat karenah Hayqal!!
Budak Degil!!
***
Tahun 1997
"Kau bergaduh dengan Haziq pasal rebut aku kan?"
"Uik?mana ada.."Hayqal cuba sembunyikan malunya.
"Tak payah tipu aku.Antara kau & Haziq,dua-dua aku tak suka!faham?"
"Balqis..dengar sini.Aku cuma tak suka Haziq gangu kau.Dia tu kalau bergurau dengan kau ganas!Bukan ke kaum kau insan yang lemah.Kena layan dengan lemah lembut & melindungi dari keganasan!"kata Hayqal terus berlalu meninggalkan Balqis yang tepinga-pinga.
***
Tahun 1998
"Tak suka aku!Hayqal boleh 1 kelas dengan kita,Sara"luah Balqis pada kawan baiknya.
"Biarlah dia,janji dia tak gangu kau.Apa yang penting dari tingkatan1 ni kita kena belajar rajin-rajin!"Sara memujuk.
"Hai Balqis!Aku harap bila kita sekelas,tak ada yang berani kacau kau.Hehehe!"Hayqal tiba-tiba muncul dari belakang mereka.
"Ye tak ada yang kacau aku selain kau Hayqal!huh!"marah Balqis.
"Aku cuma nak kau belajar dengan tenang.Aku janji tak akan gangu kau lagi."janji Hayqal buat Balqis percaya.
***
Tahun 1999
"Hoho..aku dah jadi pustakawan macam kau Balqis!Hari-hari aku boleh tengok kau.Hish aku sebenarnya bukan suka membaca pun!hahaha."
"Takpe.Sekurangnya masa kau tak terbuang time rehat.Kau lebih banyak masa di libry."kata Balqis memberi peransang pada Hayqal.
"Ilmu tu kan perlu dicari.Aku taulah cam ne nak cari dalam pustakaan ni!Kau tak perlu sibuk."dalih Hayqal.
Balqis jadi marah dengan sindiran Hayqal!
***
Tahun 2000
"Hayqallll!kenapa kau suka gangu aku?!Aku tak suka!"
"Haha..tapi aku suka.Aku suka kau Balqis!"kata Hayqal sambil mengeyit matanya.
"Huh!suka hati kau lah!Kitakan masih sekolah.Aku tak suka bercinta.Nanti pembelajaran aku tergangu!"kata Balqis dengan nada marah.
"Balqis,aku dah jadi pengawas.Aku dah tak gangu kau kat pustakaan lagi."
"Tapi kau selalu gangu aku kat kelas"marah Balqis.
"Balqis,aku sanggup menunggu kau.Aku akan sentiasa lindungi kau.Aku akan menjadi sahabat kau dikala kau gembira mahupun sedih.Percayalah.."
Kata-kata Haiqal buat Balqis tersentak..
"Aku tak kan ganggu kau lagi Balqis..aku dah ada yang betul-betul sayang aku,,ambil berat pada aku.."senyuman Balqis tak lekang dari mulutnya..hakikatnya itu adalah tipu muslihatnya agar Balqis tak buruk sangka lagi padanya..
Entah mengapa hati Balqis menjerit sekuat hati seolah kehilangan kekasih tapi Hayqal bukanlah kekasihnya..Ya Hati Balqis sudah mula berbisik akan kerinduan.Hilang sudah seorang yang mengambil berat akannya & begitu baik terhadap dirinya..
***
Tahun 2001
"Kenapa kau pindah sekolah asal?Kau tahu tak,ramai yang berebut untuk masuk sekolah Teknik.Tapi kau bila dah dapat,,nak keluar pula"Balqis menegur Hayqal di kantin sekolah Teknik yang baru sebulan mereka dapat.
"Kihkih..saja!"gelak Haiqal terus berlalu...
Sebulan selepas itu baru Balqis tahu Hayqal pindah kerana dapat tahu niatnya untuk kembali juga ke sekolah asal.Tapi permohonan Balqis ditolak pihak sekolah.Hanya Hayqal yang dapat pindah.
Walaupun tak berjumpa,,Balqis kerap kali berutus surat bertanya khabar Hayqal.Begitu juga dengan Hayqal yang banyak memberi dorongan & semangat buatnya.
***
Tahun 2002
"Tahun penentuanku!aku akan buktikn yang aku boleh berjaya!"..pandanganan kabur di sudut padang..entah mengapa bayangan Hayqal menyerpa fikiran Balqis.Tiada lagi ganguan gelak tawanya..'em tulis suratlah untuk Hayqal! '
***
Tahun 2003
Perasaan Balqis membuak,meronta-ronta,memberontak ingin memberi tahu kebenaran yg lahir dr hati sanubarinya..dalam warkah dia luahkan mengikut kata hati..
  
         'Balqis tak tahu tujuan Balqis menulis surat ni.Yang pastinya Balqis menulis mengikut kata hati.Cuma Balqis nak Hayqal tahu apa yang terpendam selama ini dihati.Bukan mengungkit tapi hati Balqis selalu teringat akan pertama kali Hayqal luahakn perasaan Hayqal.Mengapa Balqis harus amik perdulik sedangkan Balqis boleh abaikan,,tapi dari situ Balqis mula membenci Hayqal.Sehinggalah Hayqal sama-sama menjawat jawatan pustakawan di sekolah menengah.Perasaan Balqis terhadap Hayqal semakin benci.Bila Hayqal katakan Hayqal nak berhenti menjadi pustakawan,,baru hati Balqis puas.Selepas tu,,kita teruskan hidup & lalui hari-hari kita tanpa mengetahui & tak mengambil pedulik antara 1 sama lain.Tapi perasaan hati sememangnya boleh berubah,,tanpa Balqis sedari,,sedikit demi sedikit perasaan Balqis berubah.Sekarang baru Balqis faham kenapa orang tak bagi kita benci sangat seseorang,,sebab kemungkinan kita akan menyukainya.Balqis tekad nak memberitahu kebenaran,,mungkin tiada jodoh kita,,Hayqal terlebih dulu memberitahu yang Hayqal sudah memiliki orang lain.Masa tu semua yang Balqis angankan musnah,,barulah Balqis tahu apa perasaan orang yang dikecewakan.Tapi semakin Balqis nak melupakan semakin terbayang-bayang wajah Hayqal.Balqis nak Hayqal tahu yang Balqis memang cintakan Hayqal.Walaupun dah terlambat Balqis tak kisah..kan orang kata Kalau menyintai seseorang tak semestinya kita memilikinya..Hayqal perlu tahu yang selama ini Hayqal tak bertepuk sebelah tangan.
    Balqis nak Hayqal tahu bahawa Balqis takkan lupakan Hayqal sampai bila-bila pun..seumur hidup Balqis..
                        ❤ HAYQAL,,,,,I LOVE U... (^_^)' ❤

***
Tahun 2004
"Balqis,,Hayqal datang petang tadi.Em aku plak yang kena borak2 dengan dia."keluh housemate Balqis,Intan.
"La asal dia tak telefon aku."Balqis membelek hstnya.
"Dia kata tak dapat.Hst kau tutup."balas Intan.
"Ya Allah,,aku tutup tadi masa dalam kelas."baru Balqis teringat."Dia ada pesan apa-apa?"
"Dia sampaikan salam.Kesian aku tengok dia macam kecewa je muka bila tak dapat jumpa kau."Intan membebel.
"Tak apa lah nanti aku msj dia."Tapi kerana sibuk aktiviti di Sekolah Politeknik,,Balqis terlupa untuk mesej & telefon Hayqal..
***
Tahun 2005
"Jaga diri baik-baik Balqis.Kalau nak buat sesuatu tu ingat mak abah kau.Kau dah lah jauh.Takda siapa nak jaga kau,,tengok2kan kau..rajin2 telefon diorang.Jangan nak merayap je kat Penang tu.Study betul-betul k..untuk masa depan kau juga.Jangan nakal2 kat sana!"pelbagai nasihat bertalu-talu diberi oleh Hayqal.Balqis hanya mampu menganguk mendengarnya.
Kini Balqis meneruskan cita-citanya di USM.
***
Tahun 2006
"Kau percaya dengan Balqis,Qal?"Qimi kawan Hayqal memecah sunyi bila Hayqal dah termenung panjang.."Kau duduk kampung.Kerja pun tak menentu.Mana pandang kau lagi.Kat sana tentu dia jumpa jauh lebih baik dari kau.Dahlah,,cukuplah angan-angan kau."sambung Qimi.
Hayqal hanya membisu.Semenjak Balqis meninggalkan kampung,,amat jarang Balqis berutus khabar pada Hayqal.
'Dia tentu sibuk study!'nalurinya kuat berkata.
***
Tahun 2007
"Balqis..jom kita ikat dulu.Aku tak paksa kalau kau tak nak kahwin awal."Hayqal cuba memujuk Balqis.
"Tapi bagi aku berjaya dulu,,aku nak bahagiakan kedua orang tua aku..bila aku dah bekerjaya baru aku fikirkan tu semua."dalih Balqis.
"Aku cuma nak kita bertunang dulu,,tak semestinya kita akan berkahwin awal."Hayqal tak mengalah.
"Aduhai..ok macam ni,,sediakan 10ribu.Bila kau dah ada 10K,,baru kita bincangkan hal ni semula."Balqis memberi jaminan.
Dalam hati Hayqal tetap berbunga dan bersemangat untuk mencari duit segera.Tidak kira siang atau malam,,dia mencari duit.
***
Tahun 2008
"Hayqal,,kenapa kau bersusah payah dengan semua ni.Aku dah tak sanggup melihat kau dipermainkan oleh Balqis lagi."Sara menyuarakan luahannya.
"Maksud kau??"Hayqal terkedu.
"Aku harap kau jangan beritahu Balqis hal yang aku katakan.Selama ni dia hanya permainkan kau.Dia suka bila kau merayu,,merintih pada dia.Dia ketawa bila melihat kau mengharap pada dia.Sedangkan aku pula yang marah dia.Walaupun Balqis kawan baik aku,,tapi aku tak setuju dengan tindakkan dia..Dia akan bertunang Qal."Sara tertunduk selepas memberitahu kebenaran.
Tiada sekalis perasaan sedih dimuka Hayqal.Hanya senyuman kelat di lemparkan pada Sara & terus berlalu.
***
Tahun 2009
Hayqal hanya termenung di jendela.Runtin malamnya sentiasa dihabisi dengan melihat bulan di nun jauh tersegam dilangit kelam.Mungkin jalan yang dipilihnya tidak betul dimata semua,,hakikatnya hanya hati dan perasaannya saja yang tahu betapa perit jalan yang dilaluinya.Teguh tangkai dihatinya tetap jitu tapi bunganya layu dilaman rindu.Tindakkannya memang salah tapi bila hati dan perasaan tak seteguh diri,,jalan akhir perlu dia akhirkan untuk dirinya sendiri.
                 "Telah cuba melupakan dirimu,,
                  Semakin datang bayangan suaramu,,
                  Memanggil diriku yang lena dalam mimpi..."
Hanya sebuah lagu tercipta dari hati Hayqal...
***
Tahun 2010
"Hayqal..kita tetap kawan kan?"suara Balqis masih kedengaran sayu ditelinga Hayqal.
'Jika ini pengakhiran kisah cinta kita,,aku redha & pasrah,Qis.Bukan aku tak terima atau melawan takdir yang sudah tertulis tapi terlalu payah untuk aku menerimanya dengan begitu cepat.Bagai mimpi yang terlalu pantas untuk aku cepat tersedar.Aku mengeluh,,aku merintih,,aku meraung..hanya aku yang tahu betapa sakitnya luka didalam hati ini.Impian yng ku impikan musnah sekelip mata..lebih dari 10K pun sudah tak bermakna pada aku..ye aku dah adakan 20K untuk kita...sebenarnya itu hanya alasan darimu Balqis...terlalu mudah kau permainkan naluri indahku...Biarlah hanya aku yang meratap hiba seorang diri.Menagih kasih pada yang jauh,,jauh..& semakin jauh pergi dari hidup ini...'
***
Tahun 2011..[12 hb Mac]
Balqis terkejut bila ada orang yang memegang bahunya dari belakang.Dia menoleh,,Sara hanya lemparkan senyuma yang manis buat wanita yang akan menjadi raja sehari.Ditangan Balqis masih mengeggam erat surat dari Hayqal.Bukan niatnya untuk menagis tapi airmata sering kali mengalir.Itulah lumrah seorang wanita.Sara turut bersedih dengan suasana itu.
"Sara..Hayqal.."Hanya itu yang mampu diucapkan takala pipi dibasahi manik-manik mutiara.
"Balqis,,sudahlah.Kita doakan saja agar Hayqal akan tabah & kuat hadapi dugaanNya."Sambil memeluk kuat,,Sara memujuk Balqis yang menangis bagai anak kecil...
Disatu sudut yang gelap,,hanya bertemankan cahaya lampu di tingkap yang kecil,,Hayqal memeluk tubuh.Hanya mampu berdoa kebahagiaan buat Balqis & dia harus menjalani hukuman penjara seumur hidup bila dia didapati mengedar & mengambil barang terlarang semata-mata untuk melupakan Balqis...Dimulutnya hanya 1 nama terukir seperti dihatinya..padanya biarlah apa yang terjadi pada dirinya,,kasihnya tetap Kasih Selamanya untuk Balqis...
                                                            
                                                                    - E N D -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan