Ahad, 27 Februari 2011

Kasih Selamanya

 Bismillahirrahmanirrahim...

[RALAT:Cerita ini adalah kisahku tapi ditokok tambah agar menjadi PERINGATANku dan semua.]
     
Jadi seorang yang bijak dan beradap akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH,,pada Rasulullah dan barulah pada mahluk2 lain di samping-NYA..Itulah peletakan CINTA yang betul dan menguntungkan didunia dan di akhirat..Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan....
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR...INGATLAH IA ADALAH KURNIA ALLAH SWT...HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA...CINTA YANG SUCI...BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA...SEKALI RASA CINTA ITU HADIR...SAMBUTLAH DENGAN BENAR...JAGA...PELIHARA...DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN SYURGA...


Kedengaran riuh suasana rumah.Orang lelaki sibuk di dapur membasuh pinggan & periuk,,yang perempuan mengupas bawang sambil kecoh mulut dengan gelak ketawa..Kanak-kanak pula berlari bermain di halaman rumah..
   Sang bidadari masih terpinga-pinga di bilik yang sudah dihias cantik bagai bilik diraja dengan bunga yang tersusun rapi..esok adalah hari bersejarah buatnya,,yang merubah statusnya.Kehidupan baru bermula dengan gelaran yang semua orang impikan.Dalam hati sering bertanya 'adakah aku boleh memikul tanggungjawap sebagai penyeri hidupnya?Ya ALLAH,,semoga aku kuat & sabar meniti liku kehidupan bersama dalam hidup berumahtangga...'
   Dia mengemas laci meja soleknya..ada sepucuk surat?lantas dia menarik & membuka lipatan dengan kemas...
'Balqis..bukan ku minta jadi begini.Kenapa aku terlalu bodoh untuk menyayangi kau yang tak pernah ada sekelumit pun perasaan padaku..Kenangan kita akan ku simpan buat selamanya.Sungguh hebat permainan kau,,tahniah aku ucapkan kerana berjaya membuat aku kecewa..semoga kau bertemu kebahagiaan yang kau cari selama ini..salam terakhir dariku..Hayqal'

***
Tahun 1996
"Kau ni degil la Hayqal!kita baru darjah5.Gila apa ajak aku bercinta!Kan aku cakap jangan gangu aku!"tengking Balqis pada Hayqal.
"Huhu..sebab aku taknak kau jadi hak orang lain.so aku luahlah.Tak semestinya apa yang kita suka akan menjadi milik kita kan?"kata Hayqal dengan senyuman.
Hati Balqis makin sakit melihat karenah Hayqal!!
Budak Degil!!
***
Tahun 1997
"Kau bergaduh dengan Haziq pasal rebut aku kan?"
"Uik?mana ada.."Hayqal cuba sembunyikan malunya.
"Tak payah tipu aku.Antara kau & Haziq,dua-dua aku tak suka!faham?"
"Balqis..dengar sini.Aku cuma tak suka Haziq gangu kau.Dia tu kalau bergurau dengan kau ganas!Bukan ke kaum kau insan yang lemah.Kena layan dengan lemah lembut & melindungi dari keganasan!"kata Hayqal terus berlalu meninggalkan Balqis yang tepinga-pinga.
***
Tahun 1998
"Tak suka aku!Hayqal boleh 1 kelas dengan kita,Sara"luah Balqis pada kawan baiknya.
"Biarlah dia,janji dia tak gangu kau.Apa yang penting dari tingkatan1 ni kita kena belajar rajin-rajin!"Sara memujuk.
"Hai Balqis!Aku harap bila kita sekelas,tak ada yang berani kacau kau.Hehehe!"Hayqal tiba-tiba muncul dari belakang mereka.
"Ye tak ada yang kacau aku selain kau Hayqal!huh!"marah Balqis.
"Aku cuma nak kau belajar dengan tenang.Aku janji tak akan gangu kau lagi."janji Hayqal buat Balqis percaya.
***
Tahun 1999
"Hoho..aku dah jadi pustakawan macam kau Balqis!Hari-hari aku boleh tengok kau.Hish aku sebenarnya bukan suka membaca pun!hahaha."
"Takpe.Sekurangnya masa kau tak terbuang time rehat.Kau lebih banyak masa di libry."kata Balqis memberi peransang pada Hayqal.
"Ilmu tu kan perlu dicari.Aku taulah cam ne nak cari dalam pustakaan ni!Kau tak perlu sibuk."dalih Hayqal.
Balqis jadi marah dengan sindiran Hayqal!
***
Tahun 2000
"Hayqallll!kenapa kau suka gangu aku?!Aku tak suka!"
"Haha..tapi aku suka.Aku suka kau Balqis!"kata Hayqal sambil mengeyit matanya.
"Huh!suka hati kau lah!Kitakan masih sekolah.Aku tak suka bercinta.Nanti pembelajaran aku tergangu!"kata Balqis dengan nada marah.
"Balqis,aku dah jadi pengawas.Aku dah tak gangu kau kat pustakaan lagi."
"Tapi kau selalu gangu aku kat kelas"marah Balqis.
"Balqis,aku sanggup menunggu kau.Aku akan sentiasa lindungi kau.Aku akan menjadi sahabat kau dikala kau gembira mahupun sedih.Percayalah.."
Kata-kata Haiqal buat Balqis tersentak..
"Aku tak kan ganggu kau lagi Balqis..aku dah ada yang betul-betul sayang aku,,ambil berat pada aku.."senyuman Balqis tak lekang dari mulutnya..hakikatnya itu adalah tipu muslihatnya agar Balqis tak buruk sangka lagi padanya..
Entah mengapa hati Balqis menjerit sekuat hati seolah kehilangan kekasih tapi Hayqal bukanlah kekasihnya..Ya Hati Balqis sudah mula berbisik akan kerinduan.Hilang sudah seorang yang mengambil berat akannya & begitu baik terhadap dirinya..
***
Tahun 2001
"Kenapa kau pindah sekolah asal?Kau tahu tak,ramai yang berebut untuk masuk sekolah Teknik.Tapi kau bila dah dapat,,nak keluar pula"Balqis menegur Hayqal di kantin sekolah Teknik yang baru sebulan mereka dapat.
"Kihkih..saja!"gelak Haiqal terus berlalu...
Sebulan selepas itu baru Balqis tahu Hayqal pindah kerana dapat tahu niatnya untuk kembali juga ke sekolah asal.Tapi permohonan Balqis ditolak pihak sekolah.Hanya Hayqal yang dapat pindah.
Walaupun tak berjumpa,,Balqis kerap kali berutus surat bertanya khabar Hayqal.Begitu juga dengan Hayqal yang banyak memberi dorongan & semangat buatnya.
***
Tahun 2002
"Tahun penentuanku!aku akan buktikn yang aku boleh berjaya!"..pandanganan kabur di sudut padang..entah mengapa bayangan Hayqal menyerpa fikiran Balqis.Tiada lagi ganguan gelak tawanya..'em tulis suratlah untuk Hayqal! '
***
Tahun 2003
Perasaan Balqis membuak,meronta-ronta,memberontak ingin memberi tahu kebenaran yg lahir dr hati sanubarinya..dalam warkah dia luahkan mengikut kata hati..
  
         'Balqis tak tahu tujuan Balqis menulis surat ni.Yang pastinya Balqis menulis mengikut kata hati.Cuma Balqis nak Hayqal tahu apa yang terpendam selama ini dihati.Bukan mengungkit tapi hati Balqis selalu teringat akan pertama kali Hayqal luahakn perasaan Hayqal.Mengapa Balqis harus amik perdulik sedangkan Balqis boleh abaikan,,tapi dari situ Balqis mula membenci Hayqal.Sehinggalah Hayqal sama-sama menjawat jawatan pustakawan di sekolah menengah.Perasaan Balqis terhadap Hayqal semakin benci.Bila Hayqal katakan Hayqal nak berhenti menjadi pustakawan,,baru hati Balqis puas.Selepas tu,,kita teruskan hidup & lalui hari-hari kita tanpa mengetahui & tak mengambil pedulik antara 1 sama lain.Tapi perasaan hati sememangnya boleh berubah,,tanpa Balqis sedari,,sedikit demi sedikit perasaan Balqis berubah.Sekarang baru Balqis faham kenapa orang tak bagi kita benci sangat seseorang,,sebab kemungkinan kita akan menyukainya.Balqis tekad nak memberitahu kebenaran,,mungkin tiada jodoh kita,,Hayqal terlebih dulu memberitahu yang Hayqal sudah memiliki orang lain.Masa tu semua yang Balqis angankan musnah,,barulah Balqis tahu apa perasaan orang yang dikecewakan.Tapi semakin Balqis nak melupakan semakin terbayang-bayang wajah Hayqal.Balqis nak Hayqal tahu yang Balqis memang cintakan Hayqal.Walaupun dah terlambat Balqis tak kisah..kan orang kata Kalau menyintai seseorang tak semestinya kita memilikinya..Hayqal perlu tahu yang selama ini Hayqal tak bertepuk sebelah tangan.
    Balqis nak Hayqal tahu bahawa Balqis takkan lupakan Hayqal sampai bila-bila pun..seumur hidup Balqis..
                        ❤ HAYQAL,,,,,I LOVE U... (^_^)' ❤

***
Tahun 2004
"Balqis,,Hayqal datang petang tadi.Em aku plak yang kena borak2 dengan dia."keluh housemate Balqis,Intan.
"La asal dia tak telefon aku."Balqis membelek hstnya.
"Dia kata tak dapat.Hst kau tutup."balas Intan.
"Ya Allah,,aku tutup tadi masa dalam kelas."baru Balqis teringat."Dia ada pesan apa-apa?"
"Dia sampaikan salam.Kesian aku tengok dia macam kecewa je muka bila tak dapat jumpa kau."Intan membebel.
"Tak apa lah nanti aku msj dia."Tapi kerana sibuk aktiviti di Sekolah Politeknik,,Balqis terlupa untuk mesej & telefon Hayqal..
***
Tahun 2005
"Jaga diri baik-baik Balqis.Kalau nak buat sesuatu tu ingat mak abah kau.Kau dah lah jauh.Takda siapa nak jaga kau,,tengok2kan kau..rajin2 telefon diorang.Jangan nak merayap je kat Penang tu.Study betul-betul k..untuk masa depan kau juga.Jangan nakal2 kat sana!"pelbagai nasihat bertalu-talu diberi oleh Hayqal.Balqis hanya mampu menganguk mendengarnya.
Kini Balqis meneruskan cita-citanya di USM.
***
Tahun 2006
"Kau percaya dengan Balqis,Qal?"Qimi kawan Hayqal memecah sunyi bila Hayqal dah termenung panjang.."Kau duduk kampung.Kerja pun tak menentu.Mana pandang kau lagi.Kat sana tentu dia jumpa jauh lebih baik dari kau.Dahlah,,cukuplah angan-angan kau."sambung Qimi.
Hayqal hanya membisu.Semenjak Balqis meninggalkan kampung,,amat jarang Balqis berutus khabar pada Hayqal.
'Dia tentu sibuk study!'nalurinya kuat berkata.
***
Tahun 2007
"Balqis..jom kita ikat dulu.Aku tak paksa kalau kau tak nak kahwin awal."Hayqal cuba memujuk Balqis.
"Tapi bagi aku berjaya dulu,,aku nak bahagiakan kedua orang tua aku..bila aku dah bekerjaya baru aku fikirkan tu semua."dalih Balqis.
"Aku cuma nak kita bertunang dulu,,tak semestinya kita akan berkahwin awal."Hayqal tak mengalah.
"Aduhai..ok macam ni,,sediakan 10ribu.Bila kau dah ada 10K,,baru kita bincangkan hal ni semula."Balqis memberi jaminan.
Dalam hati Hayqal tetap berbunga dan bersemangat untuk mencari duit segera.Tidak kira siang atau malam,,dia mencari duit.
***
Tahun 2008
"Hayqal,,kenapa kau bersusah payah dengan semua ni.Aku dah tak sanggup melihat kau dipermainkan oleh Balqis lagi."Sara menyuarakan luahannya.
"Maksud kau??"Hayqal terkedu.
"Aku harap kau jangan beritahu Balqis hal yang aku katakan.Selama ni dia hanya permainkan kau.Dia suka bila kau merayu,,merintih pada dia.Dia ketawa bila melihat kau mengharap pada dia.Sedangkan aku pula yang marah dia.Walaupun Balqis kawan baik aku,,tapi aku tak setuju dengan tindakkan dia..Dia akan bertunang Qal."Sara tertunduk selepas memberitahu kebenaran.
Tiada sekalis perasaan sedih dimuka Hayqal.Hanya senyuman kelat di lemparkan pada Sara & terus berlalu.
***
Tahun 2009
Hayqal hanya termenung di jendela.Runtin malamnya sentiasa dihabisi dengan melihat bulan di nun jauh tersegam dilangit kelam.Mungkin jalan yang dipilihnya tidak betul dimata semua,,hakikatnya hanya hati dan perasaannya saja yang tahu betapa perit jalan yang dilaluinya.Teguh tangkai dihatinya tetap jitu tapi bunganya layu dilaman rindu.Tindakkannya memang salah tapi bila hati dan perasaan tak seteguh diri,,jalan akhir perlu dia akhirkan untuk dirinya sendiri.
                 "Telah cuba melupakan dirimu,,
                  Semakin datang bayangan suaramu,,
                  Memanggil diriku yang lena dalam mimpi..."
Hanya sebuah lagu tercipta dari hati Hayqal...
***
Tahun 2010
"Hayqal..kita tetap kawan kan?"suara Balqis masih kedengaran sayu ditelinga Hayqal.
'Jika ini pengakhiran kisah cinta kita,,aku redha & pasrah,Qis.Bukan aku tak terima atau melawan takdir yang sudah tertulis tapi terlalu payah untuk aku menerimanya dengan begitu cepat.Bagai mimpi yang terlalu pantas untuk aku cepat tersedar.Aku mengeluh,,aku merintih,,aku meraung..hanya aku yang tahu betapa sakitnya luka didalam hati ini.Impian yng ku impikan musnah sekelip mata..lebih dari 10K pun sudah tak bermakna pada aku..ye aku dah adakan 20K untuk kita...sebenarnya itu hanya alasan darimu Balqis...terlalu mudah kau permainkan naluri indahku...Biarlah hanya aku yang meratap hiba seorang diri.Menagih kasih pada yang jauh,,jauh..& semakin jauh pergi dari hidup ini...'
***
Tahun 2011..[12 hb Mac]
Balqis terkejut bila ada orang yang memegang bahunya dari belakang.Dia menoleh,,Sara hanya lemparkan senyuma yang manis buat wanita yang akan menjadi raja sehari.Ditangan Balqis masih mengeggam erat surat dari Hayqal.Bukan niatnya untuk menagis tapi airmata sering kali mengalir.Itulah lumrah seorang wanita.Sara turut bersedih dengan suasana itu.
"Sara..Hayqal.."Hanya itu yang mampu diucapkan takala pipi dibasahi manik-manik mutiara.
"Balqis,,sudahlah.Kita doakan saja agar Hayqal akan tabah & kuat hadapi dugaanNya."Sambil memeluk kuat,,Sara memujuk Balqis yang menangis bagai anak kecil...
Disatu sudut yang gelap,,hanya bertemankan cahaya lampu di tingkap yang kecil,,Hayqal memeluk tubuh.Hanya mampu berdoa kebahagiaan buat Balqis & dia harus menjalani hukuman penjara seumur hidup bila dia didapati mengedar & mengambil barang terlarang semata-mata untuk melupakan Balqis...Dimulutnya hanya 1 nama terukir seperti dihatinya..padanya biarlah apa yang terjadi pada dirinya,,kasihnya tetap Kasih Selamanya untuk Balqis...
                                                            
                                                                    - E N D -

Rabu, 23 Februari 2011

Doa Buat Mu ❤


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami...
agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan..
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta..
Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buat ku...
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin..

.

Isnin, 21 Februari 2011

KEJAYAAN & SUCCESS


❤KEJAYAAN❤
Berazam untuk terus memperbaiki diri!
Hari ini adalah hari pertama bagi saya,,ALLAH telah memberi hari ini untuk saya pergunakan dengan seBAIK-BAIKnya..Saya tidak akan menSIA-SIAkannya tetapi apa yang akan saya lakukan pada hari ini amat mustahak kerana semalam tidak akan kembali lagi untuk meninggalkan sesuatu yang dapat saya pergunakan dengan baik..Saya ingin hari ini mendatangkan keUNTUNGan bukan keRUGIan,,keBAIKan bukan keJAHATan & keJAYAan bukan keKALAHan..Dengan itu saya tidak akan meyesal atas tindakan saya...
❤SUCCESS❤

Strive to continuously improve!
Today is the first day for me,,ALLAH gave this to me pergunakan the BEST..I will not let SIAkannya but what will I do today is important because the night never to return again to leave something to my pergunakan well.Today I want to bring in profits is not a LOSS,,GOOD not EVIL & SUCCESS is not LOST..With that I will not regret for my actions...

❤TEKUN & BERUSAHA❤
Setiap yang berlaku ada permulaannya!
Jika anda ingin menaiki basikal,,anda mesti melalui JATUH,,BANGUN & LUKA..Begitu juga dengan keJAYAan HIDUP..Kita perlu mempelajari sesuatu asas & keTEKUNan untuk berJAYA..Dengan menggunakan asas tersebut,,ini akan membantu seseorang itu MAHIR dalam bidang yang diceburi..Mereka akan membuat sesuatu kerja dengan SEMPURNA & berterusan walaupun hanya mendapat ganjaran yang KECIL...
❤And WORK HARD❤
Every place is the beginning!
If you want to ride a bicycle,,you must go through FALL,,GET UP & WOUNDS..Similarly,,the SUCCESS of LIFE..We need to learn a basic & PERSEVERANCE  to SUCCEed..Using the base,,this will help a person SKILLed in the field of endeavor..They will do a job PROPERLY & continue getting paid even LESS...

Ahad, 20 Februari 2011

CINTAku pada ILAHI

Datang & pergi seperti angin,,
tak beraturan & arah,,
merasakan CINTA dalam kehidupan,,
kadang ku BAHAGIA kadang ku berSEDIH..

*******

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

CINTAku hanya kupersembahkan untuk
Yang menciptakanku,,
Memberiku Jiwa,,Memberiku udara,,agar aku tetap hidup..
Memberiku segalanya,,selayaknya manusia..

CINTAku hanya untuk SANG KHALIQ..

ALLAH AZZA WA JALLA…

*******

CINTA pada dunia,,dunia akan pergi..
CINTA pada manusia,,manusia akan mati..
CINTAlah pada ALLAH kerana Dialah yang kekal abadi..
*******

“Ya ALLAH kekalkan CINTA kami di dunia dan di akhirat..Ya ALLAH masukkan kami ke dalam SYURGA FIRDAUSMU agar kami dapat terus berCINTA selama-lamanya. Amin...” 
 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

..آمِّينَ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Rabu, 16 Februari 2011

Setanggi Syurga Lirik


Percaya kata janjiMu,,Kerna ku yakin apa digengamMU,,Keharuman setanggi Syurga,,Bukan kilauan sebilah belati...Oh tersiksa jiwa merindu,,Bagai terkurung dibasah tengkujuh,,Kewangian aroma bunga,,Tak mengugah keteguhan Iman...

Cinta tak pernah terbunggar & terlebur,,Pada redup renung mata yang menipu,,Tuntasku mendaki puncak cinta teragung,,Izinkan aku melafazkan kata,,Bicara hati yang mudah diterjemah,,Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung..Kerna awan itu rapuh...

Bahagia mereka yang bertemu,,cinta yang teragung..Yang membawa ke Syurga hakiki & abadi...Dendam tak marah menyala & membakar,,Oleh putih salju yang berguguran,,Kerna dosa itu lebih hitam & kelam...
Ku anyam rindu menjadi hamparan,,Kerna ku pasti adanya pertemuan,,Di sana nanti bukti cin
ta suci di lafazkan..Tak bertemu pengucapan....

In-Team - Setanggi Syurga

Selasa, 15 Februari 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sabtu, 12 Februari 2011

Biarlah Hati Itu Mati Tiada Saksi

Berlarilah….
Kemana mahu mu
Sesuka hatimu
Pergilah…
Terbang sebebas nya
Jangan lagi sembunyi diri
Jangan lagi menjauh pergi
Yang kau bina dengan derita
Kerana 'cinta' kita

Saat ini…
Tak akan lagi ku perhati
Tidak lagi mencari
Tidak lagi cuba mengerti
Kau hilang dan sembunyi
Kau diam dan sendiri
Tidak lagi benarkan hati terisi
Tentang kamu dan mereka
Seperti selalu kita bersama

Berat bahumu…
Berat  lagi mata hatiku..
Berat melihat kesedihanmu
Melihat sikapmu begini
Sembunyi dan jauh diri
Memendam naluri yang tak pasti
Bahasa hati yang misteri
Tak pasti..
Tak mengerti

Cukuplah aku dan kamu
Membina teka teki bisu
Tak sanggup lagi terus begini
Mencari erti untuk ditafsiri
Makin sakit dan letih kita nanti
Sakit kerna saling tak peduli
Bicara hati  menuntut janji

Berbahagialah kembali
Bersemangat dan tersenyumlah
Jangan lagi bersedih hati
Jangan juga memaksa hati
Jangan ditambah sakit dihati
Mengalah dan kalah seperti kini
Hanya kerna hatimu ada rasa
Yang kau takut untuk nikmatinya

Berbahagialah kembali
Seperti dulu saat kau belum ketemu aku
Selalu tersenyum punya hati dan emosi
Tak diusik dengan madah pujangga
Tak digilap dengan menteranya sayang
Tak diusung dengan rindu memuja

Biar saja suara hati itu sepi
Hingga matinya tiada saksi
Aku tahu..
Kau pun tahu
Wujudnya cinta disitu
Dalam hatimu yang ku seru
Dalam hatiku yang kau seru

Rabu, 9 Februari 2011

Menghias HATI Dengan Menangis

                                                                                                                              “Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui,,niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
[HR. Bukhari dan Muslim]
Indahnya hidup dengan celupan iman..Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya..Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata..Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt..

Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain
Siapa pun kita,,jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain..Pemimpinkah,,tokoh yang punya banyak pengikutkah,,orang kayakah?Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya..
Maha Benar Allah dengan firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain..Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”
Lalu,,pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan..Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu..Jangan-jangan,,hitungannya tak beza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima..Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi..
Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu..Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun boleh yakin bahwa esok ia masih boleh beramal..Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan..

Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung
Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt..Saat itulah,,seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya..Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa..Dan akan kembali dengan selembar kain putih..Itu pun kerana jasa baik orang lain.
Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan. Kita pandai kerana orang tua menyekolah kita..Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua..Kekayaan yang kita peroleh boleh berasal dari warisan orang tua atau kerana berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah berikan buat kita..Kita begitu faqir di hadapan Allah swt.
Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia,,kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji..Jika Dia menghendaki,,niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu)..Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”

Menyadari bahawa surga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit
Mungkin,.pernah terangan-angan dalam benak kita bahwa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita kedalam surga..Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal,,Siang malam,,tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti,,pasti saya akan masuk surga,” begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup..
Namun,,ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul,,kita akan melihat pemandangan lain..Bahawa,,para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk surga..Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah saw...
Begitulah ketika turun perintah hijrah..Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal,,harta yang pasti akan disita,.dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik..Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan..Begitu pun ketika secara tidak disengaja,,Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar..Dan taruhan saat itu bukan hal sepele: nyawa..Lagi-lagi,,semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar,,meraih surga.
Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Albaqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga,,padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan,,serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah,,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih
Apa yang boleh kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah..Jangankan hak istimewa,,pakaian pun tak ada..Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: surga atau neraka..Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.
“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,,dari ibu dan bapaknya,,dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)
Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas..Kematian di dunia cuma sekali. Sementara,,di neraka orang tidak pernah mati.Selamanya merasakan pedihnya siksa.,Terus, dan selamanya.
Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw. pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu,,padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, justru menangislah kerana ketidakmampuan itu.

Ahad, 6 Februari 2011

HAWA tercipta sewaktu ADAM tidur

Seorang lelaki jika dia kesakitan,  maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW :

'Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.'

Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan adalah paling sukar untuk wanita mencari sesuatu yang dia benci terhadap orang yang paling dia sayangi. . .

Sabtu, 5 Februari 2011

PESONA ZULAIKHA

Indah wajahnya gamit pesona
Pedih jemari terluka tidak  terasa
Anggun tingkahnya runtun jiwamu
Adakah malaikat menjelma manusia

Saat kau turutkan perintah nafsumu
Enggan dia turut pada godaanmu
Dihasut amarah kau lontarkan fitnah
Terpenjara Yusuf pertahan imannya

Begitu cinta si Zulaikha
Tega mendamba kekasihnya
Hingga tenggelam dalam amukan rindunya
Namun tika datang cahaya
Dari cinta segala cinta

Seluruh jiwa kini hanyalah khaliqnya
Berrganti layu pada yang satu
Basah bibirmu meratib asma’ yang Esa
Hati yang tulus rindu yang kudus

Inilah cinta yang sebenarnya cinta
Dalam kehilangan kau temui iman
Tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusuf mu disisi Tuhan mu dihati

Hanya pengabdian bukti kesyukuran
Oh Zulaikha kau alihkan iman
Dari mata hamba ke penciptaNYA
Rindumu bukanlah pemusnah diri
Tapi penemu cinta hakiki
Oh Zulaikha kisahmu mempersona
Kisah cinta yang akhirnya bertemu cintaNya

Wanita Yang Indah

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki,,tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu,,lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu,,halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita sebenarnya,,maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar,,kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita,,akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita,,terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu,,terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku,,iman mu adalah perisai,,agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata,,jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur,,segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia,,syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya,,demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita,,biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu,,biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku,,biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya,,agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu,,biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kamu wanita paling bahagia...

Khamis, 3 Februari 2011

Doa Penawar Hati Yang Duka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

120. “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu,,anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa)..Ubun-ubunku di tanganMu,,keputusanMu berlaku padaku,,qadhaMu kepadaku adalah adil..Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu,,yang Engkau turunkan dalam kitabMu,,Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu,,hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku,,cahaya di dadaku,,pelenyap duka dan kesedihanku.”


Rabu, 2 Februari 2011

IZWAN PILUS - KEMBALI SENYUM ( FULL SONG + LYRICS ).mp4



Terima kasih kerana kau bisa ukirkan senyum dibibirku.. terima kasih teman...

rasa ku...






Terimalah rasa kasih sayangku.. walaupun kita bkn ditakdirkan sebagai kekasih.. ikhlas.. kerana keperihatinan mu pdku ucu.. aku sayang, aku rindu kpd mu... tetapi bkn sebagai kekasih, moga kau faham rasa hati yg tlh mati utk bercinta lg.. aku sebenarnya sudah serik.. kerana sakitnya belum tentu pudar hingga akhir hayat ku...
ingatlah, jika aku tiadapun. aku akan tetap kenangkan kebaikanmu...kan ku pahat satu2 diatas hamparan batu.., biar ia kekal disitu sebagai kenangan engkau dan aku...

(ikhlas dari: rinahjputeh)