Sabtu, 24 November 2012

Allah Maha Mengetahui

ALLAH yang MAHA MENGETAHUI menyebut "JANGAN DEKATI ZINA".
Ayatnya jelas melarang kita agar jangan mendekati..Berbeza jika Allah sebut JANGAN BERZINA..Kalau dekatpun sudah tidak dibenarkan,,apatah lagi jika kita melakukan zina itu sendiri..Siapakah yang lebih bijak dalam hal ini? Allah atau manusia?

Adakah kita boleh berkata "Ya Allah,,aku tahu diri aku sendiri..Aku rasa tak salah bercinta asalkan pandai jaga diri"
Adakah itu suatu ayat yang wajar kita ucapkan kepada pencipta kita? Of course,,it is absurd! Ini suatu yang salah sebenarnya..Patuhlah kepada Allah,,kerana dia maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui..
 

Selasa, 20 November 2012

Kenapa Israel membunuh nyawa anak-anak Palestine?


Salah satu pimpinan Hamas,,Ismali Haniya mengatakan anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi..

"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran,,bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi..Tidak hairanlah jika-anak Palestina menjadi para penghafal Alquran..

Seperti yang kita ketahui bahwasanya HAMMAS memperlakukan syarat-syarat untuk menjadi anggota mereka,,diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan shalat fardhu terutama sekali shalat subuh..Walaupun syarat yg agak berat,,tetapi inilah yang melambangkan kekuatan mereka kekuatan islam..

Belajarlah dari Palestina,,walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis,,nyawa mereka terancam setiap saat, ,etiap minit bahkan setiap detik,,tapi itu semua tidak menyurutkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalid dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam..


 
Umat Islam amnya,,di Malaysia khususnya. jadikan kisah di Palestin sebagai titik penambah taqwa dan keinsafan..Perlu istiqamah,,kasihan pada Palestin bukan kasihan bermusim,,doa pada Palestin bukan doa bermusim..teruskan berdoa semua..Teruskan infaq our hard earned money utk kebaikan..carilah ilmu-ilmu untuk tambah ketaqwaan dan kasih sayang sesama Islam terutamanya. .
Peringatan utk diri saya dan semua saudara seislam yang dikasihi.. Pray For Gaza..
Allahhu Akbar !! Allahhu Akbar !! Allahhu Akbar !!
 


 

Khamis, 1 November 2012

Erti Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan..Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia,,sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
 
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini,,sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih..
.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting,,ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih..
 
Ingatlah bahawa,,hidup kita seperti roda,,tidak semestinya kita sentiasa berada di atas..Jika kita permainkan hati insan lain,,suatu masa kita juga akan dipermainkan...Dan pada waktu itu,,penyesalan tiada gunanya..Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya,,hanya masa yang dapat menentukan..
 
Kita telah melakukan yang terbaik untuk pasangan kita dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya..Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka..Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang kita lakukan..
 
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur,,ikhlas atau setia dengan kita tapi yang penting Allah tahu kita bagaimana dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… TAWAKAL dan REDHA..
 
 

Sabtu, 27 Oktober 2012

Rasa Kecewa

Sebagai manusia biasa,,ada hal lain yang luar biasa Allah berikan sebagai kurniaNya kepada kita. Kita diberikan satu nikmat berupa perasaan yang mungkin secara ilmiah tak dapat dirumuskan dari mana dan bagaimana perasaan itu tercipta.

Namun itu adalah satu kurniaan yang patut kita syukuri sebagai seorang insan,,kerana rasa itu khusus diberikan hanya pada kita sebagai makhluk-Nya sebagai seorang manusia.
Sebagai manusia normal,,manusia inginkan rasa bahagia,,rasa cinta,,rasa senang atau apapun segala rasa yang menyenangkan hati saja yang melekat dalam kehidupan seharian. Kalau boleh,,tak mahu langsung ada rasa sedih,,kecewa,,pun takut dan sebagainya..

RASA KECEWA?
 “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),, jika kamu orang-orang yang beriman.”
[Surah Al-Imran ayat 139]


Rasa sedih memang tak selalu muncul dalam saat yang menggembirakan. Ketika detik ini kita senang,,mungkin saja sedetik kemudian kita akan berubah untuk berduka.
Jadi..
Pujuklah diri,,putus cinta mungkin juga disebabkan Allah ingin temukan jodoh buat kita yang lebih baik,,Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau kita jadi lebih baik dan Kafarah kepada dosa-dosa kita untuk kita lebih dekat kepadaNYA..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Surat Cinta Untukmu Aishiteru

 
 
Surat ini buatmu Aishiteruku.. 
Kerana sayang yang mendalam,,aku kuatkan diri menahan nafsu cinta,,aku pertahankan hubungan kita dengan batasan dan kesederhanaan,,aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu,,aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu..
 
Ku tahu ini berat buat kita,,tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja,,gurau senda dan luahkan sayang dengan sentuhan..Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu..Aku juga takut kelak walaupun bersama,,anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..
 
Aku lemah tanpa kekuatan darimu,,fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang,,tunjukkanlah kami jalan..Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah,,bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami,,memperhebatkan ibadah dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi..
 
Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah..
 
Semoga dikau mengerti dan baca isi hatiku ini Aishiteru...bukan niat terus menyepi dan menghilang diri...


Rabu, 3 Oktober 2012

Sayang - Shae

Pagi nie aku tergerak bukak radio SuriaFM..keluar pulak lagu best..
"..Sayang apa khabar dengan mu,,Di sini ku merindukan kamu.."
First time dengar dah leh layan..lirik agak simple dan ranggi..cepat2 aku search kat internet..

Shae or nama sebenarnya Sheryl Gething berdarah kacukan dua rantau,, Australia dan Riau..so aku pun uplond la lagu dia,,tapi tak banyak maklumat yang aku dapat..myb masih ramai yang tak tahu kewujudan dia..kuit juga minah nie..haha try cari album dia "The First"


Lirik Sayang - Shae
 
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
 
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
 
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
 
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
 
 
layan kan lagu dia.. ~(ˆˆ)~

Selasa, 2 Oktober 2012

Ku Pilih Hatimu


"Tidak semua orang bertuah,,tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya..Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain,,namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai,,percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita ♥

Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya,,kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun..
Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita utk mendapatkannya,,kita tetap tidak akan mendapatkannya..

Terima dengan seikhlasnya dia yang Allah beri..

Ahad, 30 September 2012

Lelaki Menangis ??


Jarang dapat kita melihat tangisan lelaki,,kerana dia menangis sendirian,,dalam sunyi dan tiada kelihatan insan..

NAMUN,,tanpa sengaja dan dirinya sendiri TAK sedari dia boleh menitis air mata di khalayak ramai,,TETAPI hanya untuk insan yang benar2 penting dan dia sayang teramat sangat sahaja!

Sesungguhnya,,amatlah mulia lelaki itu JIKA menangis di tikar sejadah mengenang dosa lampau,,mengharap keampunan dan ihsan Allah..Itu air mata pembasuh dosa dan penarik cinta!