Isnin, 17 September 2012

Maka Tersenyumlah Wahai Diri

kesedihan takan abadi....

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Roda kehidupan selalu berputar ada kalanya bahagia terasa,,sedih merintih dan juga airmata..Tapi taukah kita,,ada Dia yang slalu menatap kita lembut yang tau mana yang terbaik untuk kita..Dia memberi apa yang engkau perlukan bukan yang engkau inginkan..

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Semua yang terjadi juga kerana kehendakNya,,semua yang berjalan sesuai rencanaNya..IlmuNya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya jadi untuk apa kau resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya..Bukankah janjiNya itu pasti ?? Dialah Allah Yang Maha Mengetahui..

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Ada Dia yang Maha Pemberi dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kau mohonkan kepadaNya..Dan jìka kau menghitung nikmat Allah,,nescaya kau tak kan mampu menghitungnya,,maka bersyukurlah..


    Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Hidup terus berjalan meski kadang hearty tak menginginkan,,yang dicinta kan pergi yang didamba kan hilang,,maka dekatkanlah dirimu denganNya dengan Dia yang Maha Kekal..

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Hamba memang rapuh dalam langkah,,kadang tak setia kepadaNya..Tapi tetap gantungkan harapan dan asamu kepadaNya Dia Yang Maha Kuasa,,kau tak kan kecewa..

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Ini ujian dariNya dan Dia tak kan menguji hamba melebihi kemampuannya..Tapi bukankah manusia itu memang diuji tuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepadaNya,,maka tetaplah istiqomah..

     Maka tersenyumlah wahai diri . . .
Masih banyak lagi saudaramu yang jauh lebih sakit dan menderita,,selalu ada hikmah dibalik musibah selalu ada kemudahan setelah kesulitan,,semua pasti indah pada waktunya..Maka bersabarlah..

 
"maka tersenyumlah wahai diri . . . semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepadaNya"
 

Jumaat, 14 September 2012

Thanks Ummi

Ummi saya kata "Kalau nak jadi baik,,teruskan..pedulikan apa orang kata,, biar orang tak tahu,,tapi Allah tahu,,ingat..hidup bukan untuk orang suka kat kita,,tapi untuk dapat redha Allah...biarkan orang salahkn kita,,yang penting kita JANGAN buat salah.."

Thanks Ummi Nur Aini


 

Sabtu, 8 September 2012

I Will Be There For You

 
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan,,
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan,,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu..
 
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan,,
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu..

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu,,.
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK,,
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

Sabtu, 28 Julai 2012

Begini Akhirnya Bila Dia pergi..



Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang,,tetapi tidak berbalas." Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci,,tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit,,dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hearty  kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, ,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,,bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
 Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang:
"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,,tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
so,, yang minta mati,,akibat frust cinta ramai sekali!!

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah kita fikir,,sebaba punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintan? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia,,akujanji,,lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah,,pandangan kita terbatas,,pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai,,belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci,,belum tentu memudaratkan kita.

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, ,Allah-lah yang lebih mengetahui..."

Ya Tuhan tolonglah aku,,hapuskan rasa cintaku,,aku pun ingin bahagia walau tidak bersama dia..

Rabu, 11 Julai 2012

Hanya PadaMu Ku Minta Petunjuk

"Kadang hearty kita rasakan amat dekat pada seseorang,,tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar,,tapi heartynya tiada ruang untuk kita selami.."

Dalam kepayahan aku mengungkap
kata cinta,,
Ada kemudahan kita merasai nilainya

Dalam keberangkalian kita berpisah
tanpa kepastian,,
Ada kemungkinan kita menjalin
hubungan cinta yang berpanjangan

Kemungkinan juga kini kau
meminggirkan aku dalam sebahagian
hidupmu
tetapi adakah keberangkalian
sekelumit perasaan kau menerima
aku kelak untuk berkongsi kehidupan….

Adakah benar segala kemungkinan dan
keberangkalian ini?
Berikan aku kepastian…..
 
Bak kata Ust Hasrizal di dalam bukunya "Aku Terima Nikahnya":
            Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa,,tapi mengingati cinta secara melupakannya! Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta,,ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan,,aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat 'memberi'

 
..Di waktu kita ingin melepaskan seseorang,,ingatlah pada saat kita ingin mendapatkannya.. Di waktu kamu mulai tidak mencintainya,,ingatlah saat pertama kita jatuh cinta padanya.. Di waktu kita mulai bosan dengannya,,ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kita ingin menduakannya,,ingatlah bahawa dia selalu setia kepada kita..dan Di waktu kita ingin membohonginya,,ingatlah dia telah jujur kepada kita..

Ikhlas Dalam Mencintai...

Khamis, 21 Jun 2012

Cinta ALLAH Sentiasa Hidup


Boboi : "Tolong JANGAN PUTUS dengan saya, saya TIDAK BOLEH HIDUP tanpa awk.."
Gegurl : "Habis selama ni awak HIDUP SIHAT sebelum kenal saya tu apa namanya?"

p/s : Tidak perlu MATI gara-gara cinta manusia,,kerana di sana ada CINTA ALLAH yang lebih MENGHIDUPKAN dan MEMBAHAGIAKAN..♥

HILANG CINTA Allah LEBIH MENYAKITKAN berbanding hilang CINTA MANUSIA..
Sengal unta suda ~

Khamis, 14 Jun 2012

Jangan Berputus Asa!!


Hidup ini tak selamanya indah. Kadang karam dipukul ombak,,kadang tenang bagaikan angin bayu yang menyapa. Tak ada siapa dapat menjamin kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan ini.

Cuma DIA,,dan kalam indahNYA yang menjadi penawar bagi setiap kesulitan dan kedukaan. Hayatilah setiap bait-bait kalam Ilahi dalam al-Insyirah.

Hearty yang sabar,,jiwa yang tenang walau dilanda badai,,pasti akan beroleh kebahagiaan dan kegembiraan bila redha dengan setiap ujian daripadaNYA. InsyaAllah bi iznillah ~(ˆˆ)~

Khamis, 7 Jun 2012

Persahabatan Or Cinta??

Lebih baik menjadi yang kedua tapi slalu diutamakan...
Daripada jadi yg pertama tapi malah di duakan...

Persahabatan Dan Cinta..