Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang,,tetapi tidak berbalas." Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci,,tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit,,dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hearty kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, ,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,,bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang:
"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,,tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."so,, yang minta mati,,akibat frust cinta ramai sekali!!
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah kita fikir,,sebaba punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintan? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia,,akujanji,,lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah,,pandangan kita terbatas,,pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai,,belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci,,belum tentu memudaratkan kita.
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, ,Allah-lah yang lebih mengetahui..."
Ya Tuhan tolonglah aku,,hapuskan rasa cintaku,,aku pun ingin bahagia walau tidak bersama dia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan