Jumaat, 10 Februari 2012

Erti C I N T A Yang Mana Penuh Misteri

"Cinta tidak pernah meminta,,ia sentiasa memberi,,
cinta membawa penderitaan,,tetapi tidak pernah berdendam,,tak pernah membalas dendam..
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan...
Hidup untuk memberi..Menolak Valentine’s Day,,kearna cinta bagiku terlalu istimewa..Tidak layak dikenang hanya sehari,,cintaku kehidupan,,Ini rahsia cinta.."


Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita..Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali akan membantu kita mengenali dia,,akhirnya bertemu dengan orang yang tepat!


Kekuatan untuk menghormati
Kita tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kita tidak menghormati mereka..Orang pertama yang patut kita hormati ialah diri sendiri..Untuk mulai menghormati diri sendiri,,kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?"..Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain,,bahkan dari orang yang kita tidak suka,,kita patut bertanya pada diri sendiri. "apa yang aku hormati dalam diri mereka?"

Kekuatan untuk memberiUntuk mencari cinta sejati,,kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu..Cinta bukan bererti mata kita saling berpandangan,,tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.
Untuk mencintai seseorang seutuhnya,,kita harus mencintai keperibadiannya,,bukan fizikalnya.. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh..Jika kita ingin membawa cinta ke suatu hubungan,,kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan..
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya..Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta,,kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Kekuatan untuk melepaskan"Jika kita mencintai seseorang,,bebaskanlah dia..Jika dia kembali kepada kita,,maka dia adalah milik kita..Jika tidak,,maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan,,seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai,,pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita..Mencintai bererti melepaskan rasa takut,,curiga dan ego.. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku,,masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"


Kekuatan dalam komunikasiKetika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,,hidup lalu berubah..Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya..Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai & menghargainya..
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu".. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya..Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra,,kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya,,jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta,,siapa yang akan kamu telefon,,apa yang akan kamu katakan.. & sekarang.. kenapa kamu menunggu?
Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah,,kamu harus mampu menciptakan komitmen & komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu..Komitmen adalah ujian cinta yang sejati..
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta,,kamu harus setia dengan hubunganmu itu..Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan..Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur,,dengan hubungan yang kuat
Kekuatan semangatSemangat,,membakar cinta & membiarkan cinta tetap hidup,,Semangat yang terus berkobar,,bukan hanya datang dari daya tarik fizikal,,tapi datang dari komitmen yang dalam,,kemahuan & rasa saling tertarik..
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya..Spontan & kejutan dapat menciptakan semangat cint..Pokok dari cinta & kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan..Tanpa rasa percaya,,seseorang boleh menjadi curiga,,cemas & takut dan orang lain akan merasa terperangkap & secara emosional menjadi tertekan..
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula..

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir..Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu,,tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak"...maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya..

Isnin, 30 Januari 2012

hari ini tak kan berulang

Aku adalah hari ini
hari yang kau lihat terbitnya mentari
saat pancainderamu terbuka
menadah semua rasa
akulah yang merasa
bersandarkan pada perjalana waktu
mengukir senyuman
melukis ceria
dan ada ketika
aku tak teragak untuk menitiskan air mata
bukannya kecewa
hanya meluahkan apa yang terbuku
kembali bernafas lega
mengimbas semalam
andaikanlah semalam itu hanyalah mimpi
tempat yang kau berjalan itu adalah ilusi
dan aku hanyalah satu bayangan
hilang bila di suluh cahaya
seperti sebuah kenangan
kembali di ulang kisah yang telah berlalu
namun ia hanyalah ingatan yang menggangu
pastinya kau tak ingin lagi ke sana
kerana ianya tidak bermakna
bukan seperti hari esok
walaupun hari esok itu belum pasti
tapi aku akan pergi bila ia mula menjelma
tanpa di paksa
aku akan hilang dengan segera
seperti hilangnya sebutir pasir
di atas berjuta pasir
cubalah kau mencari

Ahad, 15 Januari 2012

Cinta Selepas Kahwin Adalah Cinta Sejati

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta..Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahwa cinta adalah pra-syarat perkahwinan..Bahwa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta..Ada “dating”,,hubungan telefon dan lain-lain..


* Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan,,kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta..Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul..Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
     Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan..Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan,,kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan..

* "Cinta Sebelum Perkahwinan"
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan..Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu,,tiada tempat untuk cinta Allah.
     Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya..Antara doa yang patut diamalkan :

” Ya Allah,,Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”


* Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah..Jika seseorang itu cinta kepada manusia,,ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

     Oleh itu jika kita sudah “fall in love”,,pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu.. Kalau cinta itu kerana Allah,,kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah..Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat,,bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.
     Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta..Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi..Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi..Kedua,,mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :

” Ya Allah,,aku suka orang ini,,kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat,,pertemukanlah jodoh kami..Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku..Kalau tidak baik,,Ya Allah,,elakkanlah”

* “if you love someone”
...mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita..Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah..Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak..Silap kebanyakkan kita sekarang ini,,terus direct kepada empunya diri..Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing- masing.
      
Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin..Apatah lagi kalau sudah terlanjur,,kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepada orang lain..

Khamis, 29 Disember 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Khamis, 15 Disember 2011

Kekalahan Bukti Kemenangan

Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya.

Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan"

Isnin, 12 Disember 2011

Dua Belas Disember


"1 minit kamu bersedih maka kamu KEHILANGAN 60 SAAT untuk gembira!"
so,,bergembiralah wahai sahabat aishiteruku.. ~(ˆ◡ˆ)~

..& izinkan aku menyintai-Mu

Ahad, 11 Disember 2011

"Kekadang apabila g u s a r hearty & s e r a b u t fikiran melanda,,dengan melihat Maha Indah ciptaan Allah seperti alam hijau di sekeliling & ke c o m e l an binatang peliharaan yg tidak jemu bertasbih padaNYA buat hearty menjadi lebih T E N A N G . ."

Cintailah ciptaan-ciptaanNYA,, 'mereka' akan mendoakan dirimu ^^
*Orang kata,,bukan aku katalah -->lelaki yg suka k u c i n g ni PENYAYANG!? meow meow ahakk ~

Sabtu, 10 Disember 2011

Hidup Adalah Warna Warni



Hidup adalah warna warni,,Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan,,Sejak manusia pertama..

Aku adalah pencinta biasa,,Yang dengan hearty mencintaimu
Mencinta dengan caraku,,Cinta yang mengharapkan setia


Cinta tanpa kata-kata,,Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang,,Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku,,Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta,,Tapi cinta untuk meraih bahagia


Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya


Cinta seperti matahari,,ia tetap bercahaya..Walau malam menjelma,,cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya..

Cinta adalah santapan jiwa..Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong..Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta..cinta tidak mengenal usia,,paras rupa,,mahupun kekayaan dan harta karun,,tetapi dari keikhlasan dari hearty setiap insan antara satu sama lain..

Tidak semua orang yang engkau cintai,,mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan..Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,,maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat..

Sayang tidak bermaksud cinta..Suka tidak serasi dengan cinta..Kagum tidak bererti cinta..Bangga tidak semestinya cinta..Cinta adalah CINTA ..


Cinta itu seperti sinar matahari,,memberi T A N P A mengharap kembali..Cinta itu seperti sinar matahari,,T I D A K M E M I L I H siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang M E M B E R I K E H A N G A T A N DI H E A R T Y . .

Cinta umpama ‘treasure hunt’..Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan..Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan,,kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain..Tetapi tak usahlah kecewa..Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi,,tetapi keseronokannya kita sudah rasa..Jadi bercintalah sepenuh hearty..Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan,,terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan..
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu..kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah,,cinta boleh buat kita gundah,,cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…



Kenali Cinta agar dirimu tidak gundah..Cinta itu misteri! LA TAHZAN ~