Aku adalah hari ini
hari yang kau lihat terbitnya mentari
saat pancainderamu terbuka
menadah semua rasa
akulah yang merasa
bersandarkan pada perjalana waktu
mengukir senyuman
melukis ceria
dan ada ketika
aku tak teragak untuk menitiskan air mata
bukannya kecewa
hanya meluahkan apa yang terbuku
kembali bernafas lega
mengimbas semalam
andaikanlah semalam itu hanyalah mimpi
tempat yang kau berjalan itu adalah ilusi
dan aku hanyalah satu bayangan
hilang bila di suluh cahaya
seperti sebuah kenangan
kembali di ulang kisah yang telah berlalu
namun ia hanyalah ingatan yang menggangu
pastinya kau tak ingin lagi ke sana
kerana ianya tidak bermakna
bukan seperti hari esok
walaupun hari esok itu belum pasti
tapi aku akan pergi bila ia mula menjelma
tanpa di paksa
aku akan hilang dengan segera
seperti hilangnya sebutir pasir
di atas berjuta pasir
cubalah kau mencari
hari yang kau lihat terbitnya mentari
saat pancainderamu terbuka
menadah semua rasa
akulah yang merasa
bersandarkan pada perjalana waktu
mengukir senyuman
melukis ceria
dan ada ketika
aku tak teragak untuk menitiskan air mata
bukannya kecewa
hanya meluahkan apa yang terbuku
kembali bernafas lega
mengimbas semalam
andaikanlah semalam itu hanyalah mimpi
tempat yang kau berjalan itu adalah ilusi
dan aku hanyalah satu bayangan
hilang bila di suluh cahaya
seperti sebuah kenangan
kembali di ulang kisah yang telah berlalu
namun ia hanyalah ingatan yang menggangu
pastinya kau tak ingin lagi ke sana
kerana ianya tidak bermakna
bukan seperti hari esok
walaupun hari esok itu belum pasti
tapi aku akan pergi bila ia mula menjelma
tanpa di paksa
aku akan hilang dengan segera
seperti hilangnya sebutir pasir
di atas berjuta pasir
cubalah kau mencari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan