Selasa, 15 November 2011

Bila Kata Dari Dairi Hearty



Bila kata tiada bicara hearty,,
maka diari di hearty mula bermadah..

Bila hearty tak dapat bertingkah,,
maka raga yang menggerakan..

Bila hearty tak dapat lagi ceria,,
maka dirimu yang dapat membuat bahagia..

Cinta,,genggamlah ketenangan &
selimuti dirimu dengan kebahagiaan..
Cinta,,bila kepedihan membelenggu dalam jiwamu..
redamlah rasa itu dengan senyummu

Jika lautan ku jadikan tinta,,
& danau ku jadikan kata - kata..
Maka tak cukup kutuliskan,,
semua kenangan yang telah kita cipta..

ini kisah cinta untuk kita memilih dia cinta kita sang ratnaku..

Isnin, 7 November 2011

Tolong Sampaikan Pada Si Dia


Tolong beritahu si dia,,aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,,cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,,cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia,,jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia..Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia..Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia..Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,,bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,,bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,,andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sabarkan si dia,,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya..Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya..Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya..Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia..Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia..Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,,jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia..Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia..cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga aku menjadi seperti seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti wahai aishiteruku...

Sabtu, 5 November 2011

Sesungguhnya Allah Memang Sengaja


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya dengan kesabaran dan ketabahan...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerna Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita,,ujian itu kerna Allah sayang akan diri kita dan hanya kita mampu menerima dugaan itu.kerana kita mampu…

“Wahai sahabat aishiteruku yang kecewa,,menderita dan sengsara kerana cinta,,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Percayalah,,sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya..Kembali kepada cintaNya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina..Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita..Ameen Ya Robb..”

Jumaat, 4 November 2011

Cinta Luar Biasa


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa.
.
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..

Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .
Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..

Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..

Cinta Asiah,,Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih,,teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Sabtu, 29 Oktober 2011

JANGAN BERSEDIH TETAPI TERSENYUMLAH


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kau..
Tapi sedihlah kerana kau tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kau..
Tapi sedihlah kerana kau tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kau..
Tapi sedihlah kerana kau belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kau
Tapi sedihlah kerana kau tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina kau..
Tapi sedihlah kerana kau membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki kau..
Tapi sedihlah kerana kau bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengkritik kau..
Tapi sedihlah kerana kau tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih karena kau selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana kau tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup kau pahit getir..
Tapi sedihlah kerana kau tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri,,bukan di luar.

SENYUM SEINDAH SURIA ^_^

Isnin, 24 Oktober 2011

Layakkah Aku Menjadi ??


Kasih manusia sering bermusim,,sayang manusia tiada abadi..Kasih Tuhan tiada bertepi,,sayang Tuhan janjiNya pasti”. Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.

Lantaran kasih manusia yg sering bermusim & sayangnya yg tak kekal lama,,kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami,,pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana,,solat fardu tetap terpelihara..Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya..Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah..Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut & bertolak-ansur hakikatnya..Sopan tutur kata gambaran peribadi & hearty yang mulia..Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yg menjatuhkan kredibiliti & maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..Setiap nikmat yg ada dikongsi bersama mereka yg berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yg lalu-lalang ketika berbicara..Jika ya jawabnya,,dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang,,tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yg sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents & ahli familynya..Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka..Wajahnya tenang,,setenang sewaktu dia bercakap & bertindak..Berbahagialah kamu jika diintai calon yg demikian sifatnya…

Inilah harapan wanita...kan?hehehe...
Tapi aku??Entahlah,,terus & terus berusaha menjadi baik walau bukan yang terbaik..


Khamis, 20 Oktober 2011

Pohonlah PadaNya


"Kau pohonlah padaNYA andai HEARTYnya yang kau pohon."

Jika mahukan seseorang sangat-sangat,,mohonlah sangat-sangat pada Allah..
Bukan merayu-rayu pada empunya diri..Bila empunya diri menolak,,siapa yang kecewa?
Namun jika pohon terus pada Allah,,Allah akan bagi dua kemungkinan..Mungkin dapat dia atau mungkin dapat yang lebih baik darinya..

Rabu, 19 Oktober 2011

Bicara Hearty


“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali..Hearty yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”