Isnin, 24 Oktober 2011

Layakkah Aku Menjadi ??


Kasih manusia sering bermusim,,sayang manusia tiada abadi..Kasih Tuhan tiada bertepi,,sayang Tuhan janjiNya pasti”. Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.

Lantaran kasih manusia yg sering bermusim & sayangnya yg tak kekal lama,,kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami,,pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana,,solat fardu tetap terpelihara..Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya..Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah..Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut & bertolak-ansur hakikatnya..Sopan tutur kata gambaran peribadi & hearty yang mulia..Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yg menjatuhkan kredibiliti & maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..Setiap nikmat yg ada dikongsi bersama mereka yg berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yg lalu-lalang ketika berbicara..Jika ya jawabnya,,dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang,,tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yg sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents & ahli familynya..Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka..Wajahnya tenang,,setenang sewaktu dia bercakap & bertindak..Berbahagialah kamu jika diintai calon yg demikian sifatnya…

Inilah harapan wanita...kan?hehehe...
Tapi aku??Entahlah,,terus & terus berusaha menjadi baik walau bukan yang terbaik..


2 ulasan: