Ahad, 22 Mei 2011

SEKALI LAGI



"jika ku mempunyai dua HATI,,maka akan ku gunakan satu HATI untuk menCINTAimu & HATI lain nya untuk LEBIH menCINTAi mu.."
'..kalau ada jodoh kita jumpa lagi..'

Khamis, 19 Mei 2011

10 Air Terjun Terindah Di Dunia

Keindahan hayati memang tak ternilai harganya..Kita harus menjaga segala sesuatu yang tak ternilai itu dari tangan2 yang tak bertanggung jawab..Ini adalah foto-foto Air Terjun terindah di dunia ini yang sempat diabadikan dengan kamera..Air terjun terindah di dunia ini sungguh mempesona,,dengan pemandangan yang asri dan alami serasa kita ingin merasakan keindahan itu bak surga dunia yang memancarkan pesonanya..Konon dari tumpahan air yang tercurah dari atas,,terlihat warna-warni indah pesona pelangi hasil dari spektrum warna percikan air..

airterjun1 Steinsdalsfossen Waterfall








airterjun2 McWay Falls








airterjun3 Alamere Falls









airterjun4 Burney Falls








airterjun5 Baatara Gorge Waterfall








airterjun6 Beaver Falls








airterjun7 High Force









airterjun8 Fulmer Falls








airterjun9 Silverthread Falls








airterjun10 Umpang Thee Lor Sue Waterfall







..dan banyak lagi air terjun yang indah seperti di http://creativefan.com/26-amazing-photographs-of-waterfalls-by-location/ ..Terbaek,,terlalu indah ciptaanNYA...Subahanallah..

Rabu, 18 Mei 2011

MONOLOG SEORANG IKHWAN


Ukhti..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,,Kerana ku menunggu,,
Tibanya saat aku,,Merasai sendiri jiwamu..

Ukhti..
Tidakku mahu memandangmu,,Kerana ku menunggu,,
Tibanya saat aku,,Halal memegang wajahmu..

Ukhti..
Tidakku mahu senyum padamu,,Kerana ku menunggu,,
Tibanya saat engkau,,Halal bercanda denganku.

Ukhti..
Engkau bagiku,,Umpama mawar kembang berduri,,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,,Memancarkan sinar yang hebat,,
Apabila sang mentari menyinari,,Dan bagaikan titisan-titisan permata,,
Apabila hujan menyirami,,Membuat diriku terpaku,,Terpeson..,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,,Kerana ku tahu mataku pasti akan silau,,
Dek kerana hebatnya sinaran,,Tidakku mahu menyentuhnya,,
Walau hanya dengan hujung jari,,Kerana ku tak mahu sinarnya hilang,,
Dek kerana bayang-bayang ku..
Jauh sekali untuk memegangnya,,Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti..
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,,Kerana aku dan engkau,,
Adalah lelaki dan wanita,,Yang ada batasannya,,
Yang harus menjaga hati,,Kerana Islam itu suci..

Ukhti..
Tujuan hidup kita sama,,Teruslah berjuang,,
Tulus hanya untuk Allah,,Mencintai Allah adalah tuntutan,,
Cinta Allah cinta yang pasti..

Kerana..
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,,Adakah engkau ditakdirkan untukku,,
Semua hanya andai engkau milikku..

Selasa, 17 Mei 2011

Bahagia Terletak Pada Sifat Redha

BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ‘terkejut' di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, 98, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang ‘diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda reda ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.

Reda dengan apa yang dikurniakan sesungguhnya setiap apa kurniaan adalah mengikut bahagian bukan keseluruhan. Malah bersyukur adalah tunas keredaan.

p/s : Apabila kita redha dengan sesuatu ketentuan, pasti hati kita akan rasa tenang dan bersangka baik dengan Allah kerana Dialah yang mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambanya.
 

Rabu, 11 Mei 2011

Isteriku Bidadariku

Wahai Calon Isteriku Bidadari Syurgaku..

Tahukah engkau betapa Allah SWT menyayangiku dengan amat sempurnanya?
Disini, di istana penantian ini aku ditempa untuk menjadi dewasa dan siap mendampingimu kelak.
Meski terkadang tempaan itu tidak kusyukuri, namun aku merasa menjadi lebih baik saat ini.
Hatiku yang rapuh berkali-kali diuji agar menjadi tangguh.

Sehingga kelak saat kita bertemu, kau akan bangga telah memiliki aku di hatimu.

Entah dimana dirimu sekarang. Tapi aku yakin, Allah pun juga amat mencintaimu,
dan kini tengah melatihmu menjadi mujahidah yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.

Sebuah kisah pernah kudengar:

"aku meminta pada Allah setangkai bunga yang indah

Dia memberi aku kaktus berduri
Aku minta pada Allah haiwan mungil nan cantik

Dia beri aku ulat berbulu
Aku sempat kecewa, dan protes, Betapa tidak adilnya ini..

Namun kemudian kaktus itu berbunga sangat indah sekali,
dan ulatpun tumbuh dan berubah menjadi kupu-kupu yang teramat cantik.

Itulah jalan Allah, Indah pada waktunya.

Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukan."

Aku yakin, kaulah yang aku memerlukanmu untuk mendampingiku kelak,
meski ku bukan seperti apa yang kau harapkan.

Tapi, selama nafas ini masih ada,
ku kan selalu berusaha berikan yang terbaik menurut-Nya,
Insya Allah..

Wahai Calon Isteriku Bidadari Syurgaku...

Aku ini seorang yang sangat cemburu.
Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku,
aku harus rela, Aku harap begitu pula dengan dirimu.

Kerna cemburunya seorang suami adalah bukti bahwa engkau begitu ingin melindungiku,
menjaga kehormatanku.

Saat aku masih dalam asuhan ayah dan bunda,
tidak lain doaku adalah ingin menjadi anak yang soleh,
agar kelak di akhirat dapat menjadi bekal tabungan kedua orangtuaku.

Namun nanti setelah menjadi suamimu, doaku bertambah,
Semoga Allah menjadikanku pendamping (Suami) yang soleh,
agar kelak di syurga kita dipertemukan dan cukup aku yang menjadi pahlawanmu,
mendampingi dirimu yang solehah.

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan,
semoga sama halnya dengan dirimu,
Kerna apabila rupawan yang kau harapkan dariku,
hanya kesia-siaan yang kan kau dapati.

Wahai calon Isteriku Bidadari Syurgaku yang dirahmati Allah...

Aku masih haus akan ilmu.
Namun berbekal ilmu yang kumiliki saat ini,
aku berharap dapat menjadi suami yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan dirimu.

ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita,
bantu aku untuk bersama mendidik dan membesarkannya dengan harta yang halal,
ilmu yang bermanfaat, dan terutama dengan menanamkan pada diri mereka
ketaatan kepada Allah SWT.

Apabila suatu hari nanti hanya ada sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,
Tak akan aku namai dengan "gubuk derita". Kerana itulah markas dakwah kita,
tempat kita nantinya mengatur strategi, mendidik mujahid/mujahidah kecil kita
untuk menjadi tangguh.

Wahai Calon Isteriku Bidadari Syurgaku yang kurindukan...

Coretan ini hanyalah sebahagian kecil dari isi hatiku.
Kelak saat kita bertemu, siapkanlah dirimu untuk mendengar konsep masa depan
yang ingin kurajut bersamamu.

Pertemuan denganmu kelak adalah kejutan besar yang tengah Allah persiapkan untuk kita.

Moga Redha Allah sentiasa menyertai kita dalam langkah dan harakah kita.
Amin..

Ahad, 8 Mei 2011

pemiLik CINTA sejati

Jikalau cinta ku Kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Tegarkan penantiannya.

Jikalau hati ku Kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasih MU
Terangi langkahnya dengan cahaya MU
Temani dia dalam kesepian.

Ku titipkan cinta ku pada MU untuknya
Resapkan rindu ku pada rindunya
Mekarkan cinta ku bersama cintanya
Satukan hidup ku dengan hidupnya
Di dalam Cinta Mu..
♥ Ya Allah ♥

Cintailah aku apa adanya.
Kerana memang begitulah aku.
Akupun tak mengharapkan banyak padamu.
Hanya satu yang kupinta : "ukirlah namaku di hatimu".
Saat kau tak tahu berapa banyak cintaku padamu,
aku tak apa apa.
Saat kau tak tahu seberapa sering aku merindukanmu,
aku juga tak apa apa.
Kerana ku tahu cinta itu bukan menerima ,
tapi cinta itu sebenarnya memberi.
Andai kau dapat melihat hatiku,
andai saja kau dapat membaca fikiranku,
betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu.
Menghiasi hari-hariku.
Senyum dan suara teduhkan jiwaku.
Cintailah aku dengan kesungguhanmu.
Hanya kerana tatapanmu,
aku terpesona padamu,
Hanya kerana suaramu,
aku terbuai rindu.
Dan kerana tulusnya perhatianmu padaku,"aku memilih cintamu"

Aku sekarang mampu tersenyum

Aku sekarang mampu tersenyum..
Tersenyum dgn sangaat indah..
Kamu tahu??
Itu adalah senyuman yg selalu buatmu!

Aku sekarang mampu tersenyum..
Bahkan ketika aku cemburu dan terluka..
Kamu tahu??
Itu adalah senyuman tegar.
Senyum yg aku buat karena kamu!

Aku sekarang mampu tersenyum..
Bahkan ketika perih dan sakit menyapaku..
Kamu tahu??
Itu adalah senyum ikhlas.
Senyum yg aku buat karena cintaku padamu!

Aku sekarang mampu tersenyum..
Bahkan ketika kamu menyentuhku dgn dingin.
Kamu tahu??
Itu adalah senyum peduli.
Senyuman yang aku berikan karena aku yakin ada yg salah denganmu,,
bukan karena kamu membenciku!

Aku sekarang mampu tersenyum..
Bahkan ketika senyum mu berbeza.
Kamu tahu??
Itu adalah senyum pasrah..
Senyum yg aku berikan karena,
aku lbh memilih mengalah daripada egois!

Aku sekarang mampu tersenyum.
Bahkan ketika ‘mereka’ bercerita masa lalumu.
Kamu tahu??
Itu adalah senyum yakin!
Senyum yg aku hadirkan karena,
aku lebih percaya kamu daripada ‘mereka’!

Senyumku selalu menceritakan sesuatu..
Bahkan itu ketika aku hanya membuat simpul kecil dibibirku!
Kamu tahu??
Senyum itu indah..
Bahkan ketika aku tersakiti!
Dan senyum itu selalu membuatku nampak kuat!
Senyum itu mampu menyembunyikan tangis dan air mataku!

Ketika aku tersenyum..
Ada seribu arti didalamnya!
Maka senyum itu.. Harusnya nampak berbeda!
Biar dimataku.. Semua itu senyuman yang sama!

Isnin, 2 Mei 2011

Happy Birthday Ayah!!!

1 MEI 2011Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 62,,,AYAH (ESA B. JOHAR)
Semoga sentiasa dalam limpahan RahmatNYA selalu..Panjang umur & Murah rezeki selalu...Anakmu sentiasa mendoakanmu..◕‿◕

"ayah hanya mampu sekadar menegur d& menasihati kebaikan dlm kehidupan..Masa tak pernah menunggu sesiapa..Begitulah juga AYAH & IBU,,masa kian berla...lu,,apa jua yg kau sayangi dalam dunia ini tetap akan di tinggalkan jua..
Namun tak ada seorang AYAH & IBU ingin melihat anak2 mereka meneruskan kehidupan dlm kelekaan dunia..Ingat,,AYAH & IBU tak akan menongkat langit untuk melihat kau berjaya dalam kehidupan.."
PESAN AYAHKU lagi..
-Gunakanlah nilai2 kehidupan yang mulia,,
-Hormatilah mereka yg berada di sekeliling kau,,
-Teruskanlah belajar tentang liku2 kehidupan,,usahakan yg baik & tinggalkan kegagalan yang lalu,,
-Kejayan itu adalah merupakan hak setiap insan di bumi ini..Tuntutilah hak kau dgn berusaha segigih gigihnya.
-Jaga IMAN,,ia tak dapat diwarisi dari AYAH & IBU..

AYAH..Pengorbananmu menjaga,,mendidik & membesarkanku tanpa mengenal erti lelah...anakmu ini sayang AYAH..Selamat Hari Lahir...


..dulu..saya lah yang curi rotan ayah,,pastu patah2kan & buang kat belakang rumah...sori ayah saya rahsiakan ni...sebab tak tahan kena rotan time2 kecik dulu..hehehe.. I LOVE U,,AYAH....Kasih Ayah tiada penghujungnya......❤●•٠·