Ahad, 2 Disember 2012

Yang Ku Pendam Tersimpan . . .


Ingin aku luahkan
Tapi entah apa...
Hati sarat ingin berbicara
Namun selesa memendam rasa

Aku jadi diam
Hingga sukar kau selam
Tertanya-tanya sendirian
Mengapa kau terlalu melukakan
Mengapa kau sering......
Ah.. aku ingin menangis
Air mata tak mahu menitis

Hina sangat kah aku
Hingga kau hukum aku begitu
Aku pernah bicara
Dan kataku tetap kekal sama
Kau persiskan aku watak mainan
Sedang cintamu juga bukan kepastian

Jalinkan hatimu itu
Pada yang sedang kau rayu
Aku teruskan dongenganku
Tentang watak tentang cinta
Yang tak punya rupa
Yang tak punya rasa
 
~ PujaanheaRty ~
Wednesday,,17 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan