Selasa, 18 Disember 2012

Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu.. Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku..
Dan munculnya dirimu.. Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali..

Dan ku mengerti.. Mengapa masih berdiri..
Hadirnya siang berteman mentari..
Dan ku bersama.. Bintang malam mu mencari
Kasih ku..

Harapan.. Harapan menjadi layu..
Ingin ku bahgia bersama.. Menjadi kenangan..
Memburu impian masa kita..
Selamanya..

Dan angin kan memanggil.. Bagai ada musafir..
Hadirnya pergi tiada berjanji.. Mungkin seketika..
Ku merasa cintanya.. Bagai dibelai mimpi sempurna..

Dan taman ini.. Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini.. Dan ku jejaki..
Walaupun hanya secebis kasihmu..

Harapan.. Harapan menjadi layu..
Ingin ku bahgia bersama.. Menjadi kenangan..
Memburu impian masa kita..
Selamanya..

Hati ku.. Meratap setinggi gunung..
Pasti ku mencari bintangnya..
Menjadi cahaya.. Menyinar impian hidup kita
Selamanya..

 
dulu saya nak sangat mengenali awak . .
sekarang saya berharap saya tidak mengenali awak . .
 

Rabu, 12 Disember 2012

Doa Hari Lahirku



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..
Amin Ya Rabbul 'Alamin . . .

Jumaat, 7 Disember 2012

Lafaz Keramat

Kata-kata kali pertama adalah yang paling terkesan di hearty . .
Tapi jika kita dah biasa ungkapkan
"sayang',,"rindu,,"cinta" kepada ramai orang sebelum masanya,,
bimbang value "sayang" dan "cinta" itu sedikit demi sedikit hilang,,
tidak lagi bermakna . . Hanya terlafaz di bibir,,tapi tidak di hearty . .

Kita selalu bermain kata,,berjanji setia,,
tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya hak . .
Bila terlalu banyak yang diluah,,
akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya
untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya . .
Jadi,,luah pada yang berhak . . Bukan pada yang bukan hak . .
Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta . .
InsyaALLAH,, Aamiin . .

 
Sujudkan hearty mu dan jiwamu . . Semoga Allah memberi kita yang terbaik . .
Dengan segala keindahan hearty dan ketakwaan padaNya . . Kerana . .
Jodohmu takkan jauh sifat peribadinya . . Sepertimu . .
 

Isnin, 3 Disember 2012

Berakhir Pujaan Hearty . . . Aishiteru . .


Pujaan Hearty.. Pernahkah kau merasa satu ketika,,kau ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu,,sehingga kau merasa dia sebagai teman sejiwamu,,tapi kau harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun dia bukan untuk mu?

Pujaan Hearty.. Pernahkah kau ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu,,bagaimanapun juga tak akan boleh kau lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

Pujaan Hearty.. Pernahkah kau ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun dia itu berada semakin kuat dalam hatimu? Pernahkah kau begitu merindukannya,,bahkan dalam tidurmu kau masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kau boleh berjumpa dengan dia itu?

Dengarlah Hai Pujaan Hearty.. Kau bukan milikku,,dah ku tahu segalanya..
Namun hati ini dah terukir namamu,,mana mungkin aku mampu hapuskan ukiran namamu dihatiku..
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,,lebih pedih bila tahu kau milik seseorang..
Aku tak mampu lakukan apa-apa,,hatimu tak mungkin dapat kutakluki..
Aku sedar hati aku milikmu..
Tapi hatimu miliknya..

Jangan hantui hidupku lagi dengan bayanganmu,,kerna hatiku luluh..
Jangan muncul dalam kotak ingatanku,,walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu..
Tapi biarlah..
Daripada aku terus berendam air mata.,,sesuatu yang bukan milikku,,takkan pernah jadi milikku…
Selamanya..
Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan sepertimu..
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan dirimu jadi milikku..
Moga kau bahagia bersamanya..
Selamanya.. wahai Pujaan Hearty ku... 愛してるわ
 

Ahad, 2 Disember 2012

Yang Ku Pendam Tersimpan . . .


Ingin aku luahkan
Tapi entah apa...
Hati sarat ingin berbicara
Namun selesa memendam rasa

Aku jadi diam
Hingga sukar kau selam
Tertanya-tanya sendirian
Mengapa kau terlalu melukakan
Mengapa kau sering......
Ah.. aku ingin menangis
Air mata tak mahu menitis

Hina sangat kah aku
Hingga kau hukum aku begitu
Aku pernah bicara
Dan kataku tetap kekal sama
Kau persiskan aku watak mainan
Sedang cintamu juga bukan kepastian

Jalinkan hatimu itu
Pada yang sedang kau rayu
Aku teruskan dongenganku
Tentang watak tentang cinta
Yang tak punya rupa
Yang tak punya rasa
 
~ PujaanheaRty ~
Wednesday,,17 November 2010