Sabtu, 27 Oktober 2012

Rasa Kecewa

Sebagai manusia biasa,,ada hal lain yang luar biasa Allah berikan sebagai kurniaNya kepada kita. Kita diberikan satu nikmat berupa perasaan yang mungkin secara ilmiah tak dapat dirumuskan dari mana dan bagaimana perasaan itu tercipta.

Namun itu adalah satu kurniaan yang patut kita syukuri sebagai seorang insan,,kerana rasa itu khusus diberikan hanya pada kita sebagai makhluk-Nya sebagai seorang manusia.
Sebagai manusia normal,,manusia inginkan rasa bahagia,,rasa cinta,,rasa senang atau apapun segala rasa yang menyenangkan hati saja yang melekat dalam kehidupan seharian. Kalau boleh,,tak mahu langsung ada rasa sedih,,kecewa,,pun takut dan sebagainya..

RASA KECEWA?
 “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),, jika kamu orang-orang yang beriman.”
[Surah Al-Imran ayat 139]


Rasa sedih memang tak selalu muncul dalam saat yang menggembirakan. Ketika detik ini kita senang,,mungkin saja sedetik kemudian kita akan berubah untuk berduka.
Jadi..
Pujuklah diri,,putus cinta mungkin juga disebabkan Allah ingin temukan jodoh buat kita yang lebih baik,,Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau kita jadi lebih baik dan Kafarah kepada dosa-dosa kita untuk kita lebih dekat kepadaNYA..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Surat Cinta Untukmu Aishiteru

 
 
Surat ini buatmu Aishiteruku.. 
Kerana sayang yang mendalam,,aku kuatkan diri menahan nafsu cinta,,aku pertahankan hubungan kita dengan batasan dan kesederhanaan,,aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu,,aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu..
 
Ku tahu ini berat buat kita,,tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja,,gurau senda dan luahkan sayang dengan sentuhan..Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu..Aku juga takut kelak walaupun bersama,,anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..
 
Aku lemah tanpa kekuatan darimu,,fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang,,tunjukkanlah kami jalan..Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah,,bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami,,memperhebatkan ibadah dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi..
 
Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah..
 
Semoga dikau mengerti dan baca isi hatiku ini Aishiteru...bukan niat terus menyepi dan menghilang diri...


Rabu, 3 Oktober 2012

Sayang - Shae

Pagi nie aku tergerak bukak radio SuriaFM..keluar pulak lagu best..
"..Sayang apa khabar dengan mu,,Di sini ku merindukan kamu.."
First time dengar dah leh layan..lirik agak simple dan ranggi..cepat2 aku search kat internet..

Shae or nama sebenarnya Sheryl Gething berdarah kacukan dua rantau,, Australia dan Riau..so aku pun uplond la lagu dia,,tapi tak banyak maklumat yang aku dapat..myb masih ramai yang tak tahu kewujudan dia..kuit juga minah nie..haha try cari album dia "The First"


Lirik Sayang - Shae
 
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
 
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
 
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
 
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
 
 
layan kan lagu dia.. ~(ˆˆ)~

Selasa, 2 Oktober 2012

Ku Pilih Hatimu


"Tidak semua orang bertuah,,tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya..Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain,,namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai,,percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita ♥

Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya,,kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun..
Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita utk mendapatkannya,,kita tetap tidak akan mendapatkannya..

Terima dengan seikhlasnya dia yang Allah beri..