Sabtu, 28 Julai 2012

Begini Akhirnya Bila Dia pergi..



Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang,,tetapi tidak berbalas." Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci,,tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit,,dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hearty  kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, ,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,,bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
 Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang:
"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,,tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
so,, yang minta mati,,akibat frust cinta ramai sekali!!

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah kita fikir,,sebaba punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintan? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia,,akujanji,,lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah,,pandangan kita terbatas,,pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai,,belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci,,belum tentu memudaratkan kita.

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, ,Allah-lah yang lebih mengetahui..."

Ya Tuhan tolonglah aku,,hapuskan rasa cintaku,,aku pun ingin bahagia walau tidak bersama dia..

Rabu, 11 Julai 2012

Hanya PadaMu Ku Minta Petunjuk

"Kadang hearty kita rasakan amat dekat pada seseorang,,tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar,,tapi heartynya tiada ruang untuk kita selami.."

Dalam kepayahan aku mengungkap
kata cinta,,
Ada kemudahan kita merasai nilainya

Dalam keberangkalian kita berpisah
tanpa kepastian,,
Ada kemungkinan kita menjalin
hubungan cinta yang berpanjangan

Kemungkinan juga kini kau
meminggirkan aku dalam sebahagian
hidupmu
tetapi adakah keberangkalian
sekelumit perasaan kau menerima
aku kelak untuk berkongsi kehidupan….

Adakah benar segala kemungkinan dan
keberangkalian ini?
Berikan aku kepastian…..
 
Bak kata Ust Hasrizal di dalam bukunya "Aku Terima Nikahnya":
            Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa,,tapi mengingati cinta secara melupakannya! Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta,,ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan,,aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat 'memberi'

 
..Di waktu kita ingin melepaskan seseorang,,ingatlah pada saat kita ingin mendapatkannya.. Di waktu kamu mulai tidak mencintainya,,ingatlah saat pertama kita jatuh cinta padanya.. Di waktu kita mulai bosan dengannya,,ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kita ingin menduakannya,,ingatlah bahawa dia selalu setia kepada kita..dan Di waktu kita ingin membohonginya,,ingatlah dia telah jujur kepada kita..

Ikhlas Dalam Mencintai...