Khamis, 29 Mac 2012

Menjadi Cinta Terakhirnya


Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu boleh kita buang bila kita tidak menyukainya.
Cinta adalah sumber kekuatan. Cinta adalah saat kau harus jujur pada dirimu sendiri dan orang yang kamu cintai. Cinta adalah saat kamu mendengar,,berbicara dan menghargai kebenaran dan tidak pernah menolaknya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  Kerana mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan melainkan bagaimana kamu memaafkan.
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan melainkan bagaimana kamu mengerti.
Bukanlah apa yang kamu lihat melainkan apa yang kamu rasakan.
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan.

Namun cinta juga bukanlah bagaimana mempertahankan seseorang yang kau cintai,,sementara ia sedar memiliki alasan yang salah mencintaimu,,maka lepaskan dan berlalulah darinya agar dia memiliki kesempatan untuk mendapatkan cinta dengan alasan yang lebih baik.
Memilih cinta kerana kecantikan atau ketampanan tak akan pernah membuat bahagia kerana itu sebatas tipuan mata, ia akan sirna terguris oleh waktu.Jika engkau memilih cinta kerana pesona kecerdasan seseorang kau hanya akan menyesali diri kerana di atas langit masih ada langit,,kerana disebalik kecerdasannya ada lagi mereka yang lagi cerdas. Cinta tiada alasan,,tapi ia perasaan mendalam.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
TETAPI, apabila kau benar-benar mencintai seseorang dengan sedalam-dalamnya, beranikan diri melepaskan untuk dia memilih. Jika dia kembali kepadamu, maka ia akan jadi milikmu, jika tidak, maka dia tidak aakn pernah menjadi milikmu selamanya.

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata,,tetapi masih peduli terhadapnya .Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu,,tetapi kamu masih setia menunggunya. Cinta adalah ketika kau melihat dia bahagia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,,sambil berkata: “Aku turut bahagia untukmu”. Jika kamu mencintai seseorang,,kamu akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi mu.

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta kadang-kalanya tidak tahu bagaimana cara mengungkap dengan kata-kata atau perbuatan. Bahkan kau melakukan banyak kesalahan dalam mengungkapkanya,,hingga orang yang dicintai salah faham,,tapi tak perlu menyesal karena setiap orang merasa buta saat jatuh cinta,,namun kau bisa memperbaiki mengukirnya dengan goresan ikhlas atas nama kebesaran Tuhan.

Kata Ucu Aien' --> Bertuah seorang lelaki jika dia cinta pertama wanita,,namun lagi bertuah seorang wanita jika dia cinta terakhir lelaki…
"Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.."

Selasa, 13 Mac 2012

Siapakah Ainul Mardiyah??

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid,,dikatakan:

Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang,,aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat..Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111,,yang ertinya sebagai berikut..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,,diri & harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka"

Selesai ayat itu dibaca,,seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya..Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal..

Ia berkata "Wahai Abdul Wahid,,benarkah Allah membeli dari orang-orang mukmin diri & harta mereka dengan syurga untuk mereka?"
"Ya,,benar, anak muda" kata Abdul Wahid..
"Kalau begitu saksikanlah,,bahawa diriku & hartaku mulai sekarang aku jual dengan Syurga.." kata anak muda itu pula..

Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan..Hanya kuda & pedangnya saja yang tidak..


Sampai tiba waktu berangkat pasukan,,ternyata pemuda itu datang lebih awal..Dialah orang yang pertama kali kulihat..
Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa & malamnya dia bangun untuk beribadah..Dia rajin mengurus unta-unta & kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur..
Sewaktu sampai di daerah Romawi & kami sedang mengatur siasat pertempuran,,tiba-tiba dia maju ke depan medan & berteriak:

"Hai,,aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah.." Kami menduga dia mulai ragu & fikirannya kacau,,kudekati & kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu..

Ia menjawab "Tadi sewaktu aku sedang mengantuk,,selintas aku bermimpi..Seseorang datang kepadaku seraya berkata "Pergilah kepada Ainul Mardiyah.."
Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih & dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah..
Manakala melihat kedatanganku,,mereka bergembira seraya berkata..
"Inilah suami Ainul Mardhiyah.."
"Assalamualaikum" kataku bersalam kepada mereka..
"Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?"
Mereka menjawab salamku & berkata "Tidak,,kami ini adalah pembantunya..Teruskanlah langkahmu"
Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik,,tapi jawaban mereka sama,,mereka adalah pembantunya & menyuruh aku meneruskan langkah..


Akhirnya aku sampai pada khemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih..Di pintu khemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira & memanggil-manggil yang ada di dalam..
"Hai Ainul Mardhiyah,,ini suamimu datang.."

Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata & yaqut..Waktu aku mendekat dia berkata..

"Bersabarlah,,kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku,,kerana roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu.."
Anak muda melanjutkan kisah mimpinya..
"Lalu aku terbangun,,wahai Abdul Hamid,,Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama.."

Belum lagi percakapan kami selesai,,tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami..Pemuda itu segera bangkit & menyerang mereka..
Selesai pertempuran aku mencuba meneliti,,kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya & berlumuran darah..Ia nampak tersenyum gembira,,senyum penuh kebahagiaan,,hingga rohnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.. [ Irsyadul Ibad ]

U.N.I.C - Ainul Mardiyah
Dirimu pembakar semangat perwira
 Rela berkorban demi agama
 Kau jadi taruhan berjuta pemuda
 Yang bakal dinobat sebagai syuhada
 Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
 Bersemayam di mahligai bahgia
 Anggun gayamu wahai seorang puteri
 Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
 Untuk melakar satu wacana
 Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
 Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
 Menanti hadirnya seorang lelaki
 Untuk menjadi bukti cinta sejati
 Ooh! Tuhanku
 Bisakah dicari di dunia ini
 Seorang wanita bak bidadari
 Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih

Khamis, 8 Mac 2012

Selamat Hari Wanita Aishiteru Ku

HAWA,,andai engkau masih remaja,,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu
andai engkau sudah bersuami,,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
andai engkau masih ibu,,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…

HAWA,,
andai engkau belum berkahwin,,janganlah kau risau jodohmu,,ingatlah janji tuhan kita,,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,,kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hearty,,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,,takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,,lelaki yang warak,,tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki..
tetapi,,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,,peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya..
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,,kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,,lelaki yang warak juga,,tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,,yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu HAWA,,
jagalah pandanganmu,,awasilah auratmu,,peliharalah akhlakmu,,kuatkan pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,,cukuplah hanya cinta ALLAH,,yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,,cukuplah sekadar cinta adik beradik,,serta keluarga yang membahagiakan dirimu..aishiteru hawaku..

HAWA,,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau,,akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH..Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,,cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga..Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia,,juga mengoncangkan iman lelaki..TUNDUKKAN PANDANGANMU HAWA...

SELAMAT HARI WANITA HAWA KU AISITERU <3

Khamis, 1 Mac 2012

Saling Memaafi

Pesan pada diri:

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu?" [QS 24:22]

Berlapang dada dengan tidak terlalu MEMBENCI 'seseorang'..Seolah-olah orang itu langsung tiada kebaikan,,dan kita pula langsung tiada dosa.
Jika begitu mudahlah orang lain khianati dan menganayai perasaan kita?
 Sungguh biarlah ALLAH yang membalasnya,,bukankah doa orang yang dizalimi tidak terhijab? Bukan doakan keburukan dia tetapi doakan kita dapat yang lebih baik :)