Rabu, 21 September 2011

Ajarkan Aku Cinta



Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia & akan selalu hidup dalam setiap hearty manusia..Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja & lalu boleh kita buang bila kita tidak menyukainya..
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga..Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, ,ukup dengan menutup telinga..Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,,cinta itu berubah menjadi titisan air mata & terus tinggal diheartymu dalam jarak waktu yang cukup lama..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,,juga tak kalah menyakitkan ketika orang yang dulu mencintaimu berubah memalingkan diri darimu,,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang & kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup..Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan..
Kerana mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan,,melainkan bagaimana kamu memaafkan..Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,,melainkan bagaimana kamu mengerti..Bukanlah apa yang kamu lihat,,melainkan apa yang kamu rasakan..Bukanlah bagaimana kamu melepaskan,,melainkan bagaimana kamu bertahan..
Namun Cinta juga bukanlah bagaimana mempertahankan seseorang yang kau cintai,,sementara ia sedar memiliki alasan yang salah mencintaimu,,maka lepaskan & berlalulah darinya agar dia memiliki kesempatan untuk mendapatkan cinta dengan alasan yang lebih baik..
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang..Bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya,,melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..Namun apabila kau benar-benar mencintai seseorang,,jangan percaya bahawa melepaskan beerti kau benar-benar mencintai melainkan berjuanglah demi cintamu!
Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata,,tetapi masih peduli terhadapnya..Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu,,tetapi kamu masih setia menunggunya..Cinta adalah ketika kau melihat dia bahagia mencintai orang lain & kamu masih mampu tersenyum,,sambil berkata: Aku turut bahagia untukmu. Jika kamu mencintai seseorang,,kamu akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisimu..
Dalam urusan cinta,,kita sangat jarang menang..Tapi ketika cinta itu T U L U S,,meskipun kalah,,kamu tetap menang..Hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang Llbih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Lihatlah bagaimana Tuhan mengajarkan
Rasakan bagaimana Tuhan mencintai...
Semua tak kan dapat dimengerti tanpa kau mencari tahu & merasakan bagaimana jiwamu bersuara...
Cinta adalah anugrah terindah yang pernah diterima manusia & akan selalu hidup dalam setiap hati manusia..Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja & lalu boleh kita buang bila kita tidak menyukainya...


Sabtu, 17 September 2011

& Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak buta namun sentiasa melihat & merasa..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak cantik namun sentiasa menarik..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hearty..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi..

Jika ia sebuah cinta,,,ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni..

Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..

.. & Jika ia sebuah cinta,,,ia tidak hadir dengan kekayaan & kebendaan..namun hadir kerana pengorbanan & kesetiaan..

Cinta sejati menerima apa adanya,,mendengar apa yang tidak dikatakan & mengerti apa yang tidak dijelaskan… Dimana dia datang dari lubuk hearty yang paling dalam…

Khamis, 15 September 2011

Ku Mencintamu Utuh Tak Tersentuh...

Jika ada yang bertanya,,bagaimana aku memandang pasal jodoh,,maka aku jawab,,bagi aku sama saja kau menanyakan keyakinan aku tentang kematian..
Jodoh & kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaibanNya & tersimpan dengan indah dalam tiap lembar daun di Lauhul Mahfuzh..
So apa yang aku khuatir & takutkan?

& kenapa pula aku harus kejar??Tak,,aku malas la..Aku katakan padamu wahai kaum wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan pernah menyerahkan dengan murah kehormatan korang untuk hal yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya??Faham maksud aku x?

Aku tanya pada korang,,pernahkah kau jatuh cinta??Aku akui,,aku pun pernah...Tapi tak patut bagi kita terleka dengan rasa itu..Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkan,,jika dia yang kau cinta,,yang mengganggu tidurmu,,membuatmu menangis kerana rindu,,ternyata bukan atau mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu atau bukan kau yang dia pilih? Tak malukah? Tak malukah wei?

Hahaha,,masih mampu kau tatap wajah suami korang kelak dengan cinta yang seutuhnya jika ternyata dulu kau pernah menaruh separuh hati korang pada lelaki lain…??

Wahai kaum lelaki,,tak cemburukah? Tak cemburukah? Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu,,namun ternyata kau yang akan meminangnya..?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,,ternyata dia tengah membandingkan korang dengan lelaki lain dalam hatinya? Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?? Hahahaha ~

Jika kau,,kaum lelaki,,menjawabnya 'ya'
Maka,,itu juga yang wanita rasakan.. Takkan pernah bosan aku ingatkan,,bahwa yang akan berlaku tetaplah ketetapanNya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejalan dengan kehendakNya,,maka tak akan pernah terjadi.. .
Buat apa diri korang bazirkan perasaan,,wang ringgit & masa korang? Habiskan airmata korang kerana dia? Untuk orang yang belum tentu menjadi milik korang? Untuk apa?
 
& aku katakan padamu..Mungkin kau yang akan memilihku belum aku cinta saat itu..Tapi ketahuilah,,kerana kau memilihku,,kau aku cinta…setulus hati,,sepenuh jiwa raga isteriku..

Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses? Akan ada sebab,,akan ada hal yang membuat aku jatuh cinta padamu & kau pun akan mencintaiku..
& ketika itu terjadi,,semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,,dalam ikatan pernikahan dalam mahar cintaNYA.

& tak akan pernah ada ragu aku katakan aku serahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH,,padamu.. Hanya padamu.. Ya,,hanya padamu & untukmu duhai cintaku aishiteru ~

Rabu, 14 September 2011

Kenapa Sarung Cincin Di Jari Manis?

Pasangan kita adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita..Pernah dengar tentang falsafah lima jari? Tahukah korang mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis,,bukan di jari-jari lain??
Kini satukan kedua-dua belah tangan korang & bengkokkan jari tengah ke dalam..Kemudian,,empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya..try la..

1. Ibu Jari
Cuba buka ibu jari korang..Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua kita..Kelak suatu hari nanti,,pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..Tutup kembali ibu jari..

2. Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk korang..Jari telunjuk mewakili adik-beradik..Mereka juga bakal meninggalkan keluarga & mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya..Tutup kembali jari telunjuk..

3. Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil,,ianya mewakili anak-anak kita..Lambat-laun,,apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri,,mereka juga akan meninggalkan kita..Tutup kembali jari kelingking..

4. Jari Manis
Dan sekarang,,cuba buka jari manis,,yang mana kita menyarungkan cincin perkahwinan padanya..
Hairan kan mengapa korang tak dapat membuka jari manis..Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri kita..Tiada yang dapat memisahkan kita & pasangan kita,,kerana kita berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati..So,,hargailah pasangan kita!!!ai ai Aishiteru <3

Jumaat, 9 September 2011

Aku Damba Seorang Pencinta Setia


Saat aku mulai mencintai seseorang..
 aku ditinggalkan

Saat aku sangat mengharapkannya..
 dia menghilang

Ketika aku mulai merasakan bahagia..
 aku dicampakkan

Ketika aku sangat memerlukannya..
 dia memilih yang lain

Aku bertanya pada Tuhan ; "Yaaa.. Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak mampu aku miliki???"
Tuhan menjawab ; "…Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya"
Aku kembali bertanya ; "….Tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?"
Tuhan ; "…Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu"
 
Tuhan ;
"Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu,,jika kamu masih kasar"
"Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu,,disaat kamu selalu mencari yang terbaik"
"Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego"
"Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu,,maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu"

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa..
moga dikurniakn seorang insan dijiwa,,
tempat untuk ku curahkan segala rasa,,
perasaan yang tersimpan seribu satu makna..
dikala aku keseorangan..
dia penghibur dan jua peneman,,
hati yang satu tidak kesepian,,
duka dan lara tiada keresahan..
Ya Allah…
 TIDAK KU PINTA YANG MENAWAN
 TIDAK KU HARAP YANG HARTAWAN
 BUKAN JUA KERNA KEDUDUKAN
 CUMA KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN

Kasihnya sejati bukan keterpaksaan
 biarpun derita yang menjadi rintangan
 ketulusannya yang tiada bandingan
 tercipta ayu indahnya peribadi insan…

"Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,,janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan,,tetapi di pertengahannya,,penghujungnya malah sepanjang jalan menuju Syurga"

Rabu, 7 September 2011

SAHABAT dan CINTA

Satu hari CINTA & SAHABAT berjalan dalam kampung
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta

Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga
Kenapa??
Kerana..SAHABAT akan buat apa saja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang
Kenapa??
Kerana.. CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, dan ianya sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap gelita..
Sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana... SAHABAT itu sejati & akan kekal sebagai SAHABAT yang setia kan ??

Jadi....hargai lah SAHABAT kita selagi kita mempunyainya.
Walau kita punya harta banyak,,teman dan SAHABAT tetap yang paling berharga.
Sahabat & Cinta