Ahad, 20 Mac 2011

Usah Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.
 
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.

Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki, walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." [Surah Al-Hadid: 22-23]

Maka sudahlah, ,jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Jumaat, 18 Mac 2011

apa itu CINTA??

CINTA ITU sebenarnya PERASAAN yang sering menghakimi hidup,,terus menerus,,hingga berhujung pada 1 TAKDIR!!kita tak boleh bersama CINTA pada seoorang selamanya??(tentu TIDAK!)
terkadang bahagia,,terkadang pula menyakitkan..BAHAGIA,,ketika kita bersamanya MENYAKITKAN,,ketika kita ditinggalkan atau meninggalkan dia..
Padahal,,kehadiran CINTA tidak diundang & kepergian CINTA pula tak mengundang ...

CINTA itu indah,,kerana datang dari bahagian sifat Sang Pencipta Keindahan (Al Badii')
CINTA itu suci,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Suci (Al Qudduus)
CINTA itu luhur,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Luhur (Al Jalil)
CINTA itu kukuh,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Kukuh (Al Matiin)
CINTA itu hidup,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Hidup (Al Hayyu)
CINTA itu abadi,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Kekal ( (Al Baaqii)

"Ya Allah jadikanlah cintaku padaMU & cintaMU padaku cukup menjadi HARTAku..."

Khamis, 17 Mac 2011

SEBAB TU LELAKI TAK MENANGIS!

"Wuuu...lelaki nangis wuuu... Tak malu wuuu..."

Kenapa? Korang ingat,,lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis..Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi mesti tertanya-tanya,,kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis..Kalau tengok lelaki je,,mesti akan kata,,

"Ala,,lelaki...Tunjuk macho la tu..."

Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis,,tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye..Kan kalau kite menangis,,kite keluarkan air mata..Yang lelaki ni bagus,,dorang nak simpan air mata dorang tu..Nak bersihkan mata katanya..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Selain daripada itu,,lelaki ni suke perempuan puji dorang..Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi,,

"Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..."

Bukan lelaki nak berbangga-bangga,,ataupun riak..Dah perempuan nak puji..Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki..Tu pasal la lelaki tak menangis...

Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza..Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih,,mesti menangis.Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih,,dorang akan rilek je,,Cool..Takde nangis-nangis ni..Buat penat je..Dah la dorang penat balik dari kerja..Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak..Tambah lagi penat ada la..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Lagi satu,,lelaki kan dikenali dengan kekuatannya..Kalau menangis,,habis la dorang punya kekuatan,,ke-tough-an tu semua hilang..Sebagai contoh,,kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja..Rasa-rasanya,,siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Dan akhir sekali,,lelaki kan kacak kalau tak menangis..Takde nak serebeh-serebeh muka tu..Tu pasal la lelaki tak menangis... :))

Isnin, 14 Mac 2011

Jadilah Kunci Kebaikan

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”
[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]

Serangkap Doa Ku


Jangan memuji keCANTIKan PELANGI..tapi pujilah ALLAH yang menciptakan LANGIT & BUMI..Jangan percaya dengan kata-kata BIJAKku,,tapi percayalah FIRMAN ALLAH yang Maha Benar..Jangan masukkan NAMAku di HATImu,,tapi masukkan nama ALLAH hingga HATImu TENANG...❤
Jangan sedih jika CINTAmu di DUSTAkan,,tapi sedihlah jika engkau DUSTAkan ALLAH..Jangan pula engkau minta CINTA kepada PENYAIR,,tapi mintalah kepada ALLAH yang memiliki CINTA yang KEKAL & SEJATI..
Ya ALLAH yang Maha Rahman & Rahim,,Jangan jadikan HATI kami spt BATU yang KERAS,,Hingga LUPA akan RAHMATMU...❤

Ahad, 13 Mac 2011

TAK MUNGKIN KU DAPATKAN

Kelmarin aku sendirian dan sunyi tanpa seseorang,sebengis kematian.
dan kelmarin diriku tak bisa di sebut apa apa dan tak bersuara,
dalam gulitanya malam..hari ini aku “terwujud dari sebuah nyanyian yang halus.
dan in iberlangsung dalam kurun hatiku yang tak tentu kapan akan berakhir,,
yang ada hanya sepatah kata,, seberkas kegelapan dan kekecewaan.
hingga berakhir pada perpisahan purnama itu hilang. yang tersisa
hanya kepingan wajah indah nan jauh,,
tak sanggup ku gapai hanya karena manisnya sebuah perkataan darinya membuat diriku berkhayal
 “tak mungkin ku dapatkan”..
dan aku hnya bisa terdiam terpaku melihatnya dari jauh meninggalkan diriku tuk selamanya.



DENGARKAN KATA-KATA HATIKU... [ZURINA MUSTAFAR]

Sabtu, 12 Mac 2011

KASIH YANG SELAMANYA


Ditusuk sembilu makin terasa,,
Kerana pedih luka berdarah kembali,,
Walauku daki gunung tinggi,,
Yang terdapar hanya ku sendiri...

Apa dayaku insan biasa,,
Tapi puteri disangkar duri,,
Hanya melihat dr pinggir hati...

Telah ku melupakan dirimu,,
Semakin datang bayangan suaramu,,
Memanggil namaku ini,.
Yg lena dlm mimpi...

Kesabaran ku tercabar,,
Kehinaan dari zahir matamu,,
Adakah akan ku tunggu,,
Daun yang gugur tak berguna lagi..

Adakah ini pembalasan padaku,,
Yg menyayangi dirimu sepenuhnya,,
Utk menduduki istana hatimu,,
Hanyalah putera kasturi...

Suatu masa akan ku mengerti,,
Tirai cinta hanyalah mimpi,,
Ku tak akan berada disisi,,
Sehingga selama-lamanya...
Kasih yg selamanya.....

dated: SABTU 12mac 2011..

Khamis, 10 Mac 2011

BACALAH !!!



Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.Lalu dia melepaskanku dan berkata, "Bacalah...!" "Aku tidak dapat membaca...!" Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, "Bacalah...!" Aku menjawab, "Aku tidak dapat membaca...!" Untuk yang ketiga kalinya,,dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata,

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui."
[Surah Al-'Alaq 96: 1-5]

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin,,17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.

Isnin, 7 Mac 2011

Ujian Dugaan

Dalam menghadapi hari-hari mendatang,,kadangkala manusia itu di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian,,dugaan yg penuh kepahitan sudah tentu cukup untuk membuatkan kita patah semangat,,hilang keyakinan diri,,mudah berputus asa,,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati,,perasaan dan sebagainya..Oleh itu,,seringkali kita memerlukan satu dorongan dan ketetapan yg mantap utk membawa kekuatan menempuh hari misteri "ESOK" maka kekuatan itu dikenali sebagai "IMAN" Iman harus bermula dari hati,,dilafazkan dengan lidah dan dibuktikan dengan anggota badan..Kekuatan dan keteguhan iman yang mengkristal di hati akan memancarkan keberanian..InsyaAllah...

Sabtu, 5 Mac 2011

Tips untuk AKU menjadi BAHAGIA!


BerIMAN,,kerana IMAN dapat menghilangkan keCEMASan & menghapus keGUNDAHan..
IMAN adalah penyejuk mata HATI aku yang mengESAkan ALLAH & pelipur lara aku
yang perlu berIBADAH..

Apa yang telah berLALU,,biarlah..Apa yang telah PERGI,,biarlah BINASA..Tak perlu

aku memikirkan apa yang telah berlalu,,kerana ia telah HILANG & jadikan pengAJARan.

REDHA dengan TAKDIR yang telah diTENTUkan & dengan REZEKI yang telah diberi..Segala

sesuatu sudah ada UKURanya,,jadi tinggalkanlah berKELUH KESAH wahai DIRI.

Dengan DZIKIR kepada ALLAH,,HATI aku
menjadi TENANG & DOSA akan terHAPUS..DZIKIR
adalah DZAT Yang Maha Mengetahui segala HAL yang GHAIB akan meREDHAi & segala
kesusahan akan SIRNA.
Aku tak pernah mengHARAP ucapan TERIMA KASIH dari orang lain.Cukup bagi aku PAHALA
yang diberikan oleh DZAT tempat bergantung semua MAHLUK..aku tak perlu TAKUT
kepada orang KUFUR,,penDEnDAM & IRI HATI.

Biarkan MASA DEPAN datang dengan SENDIRInya,,tak perlu CEMASkan hari ESOK
kerana jika aku telah memperBAIKi hari ini,,ESOK akan menjadi BAIK pula.

MemBEBASkan HATI aku dari rasa IRI & DENDAM..Buang jauh-jauh AMARAH &
hilangkan rasa perMUSUHan dari HATI aku.

Aku cuba mengASINGkan DIRI dari orang,,kecuali untuk keBAIKan..Cuba BETAH duduk di rumah..
Laksanakan URUSan aku dengan SEMPURNA & tidak terlalu banyak berGAUL dengan orang
ramai yang tidak menDATANGkan FAEDAH.

BUKU,,adalah SAHABAT terBAIK..Aku cuba berSAHABAT dengan ILMU & berTEMANkan
dengan MA'RIFAT (pengetahuan) agar menjadi penyuluh jalan HIDUP.

Aku sentiasa ingat bahawa ALLAH Maha Luas AmpunanNYA,,Maha Menerima TAUBAT &
Maha Mengampuni DOSA-Dosa hambaNYA..DIA berkenan mengganti AMAL buruk hambaNYA
dengan keBAIKan.Jadi aku kena senantiasa memohon keampunan dariNYA.
BerSYUKUR kepada ALLAH atas nikmat AGAMA,,AKAL,,keSIHATan,,penDENGARan
pengLIHATan,,REZEKI,,keTURUNan,,SAHABAT-SAHABAT & segalanya yang diberi padaku.

HIDUP dengan AL'QURAN secara memBACAnya,,menDENGARnya,,meRENUNGnya &
mengHAFALnya kandungan ayat-ayatnya,,kerana AL"QURAN adalah PENAWAR yang paling
mujarap untuk menghilangkan keSEDIHan & keGUNDAHan HATI.

Maafkan orang yang menZALIMi aku & sambungkan TALI SILATURRAHIM dengan orang yang
memutuskan dari aku..MemBERI orang yang tidak pernah memBERI kepada aku & berlaku
LEMBUT kepada orang yang berbuat JAHAT padaku..Jika aku mampu melakukan semua ini,,niscaya
aku akan mendapat keBAHAGIAan & keTENTERAMan.

Senantiasa mengUCAPkan "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH" kerana
kalimat ini dapat meLAPANGkan dada,,memperBAIKi keadaan,,meRINGANkan beban & akan membuat diREDHAi Yang Maha Agung.
& juga perbanyakan memBACA ISTIGHFAR "ASTAGHFIRULLAH HAL ADZIM" kerana dengan
istighfar dapat menDATANGkan rezeki,,keLAPANGan,,keTURUNan yang BAIK,,ILMU yang
berMANFAAT & keMUDAHan serta dapat mengHAPUSkan DOSA..

BIIZINILLAH (Dengan izin Allah)
❤UKHWAH FILLAH (Ikhlas kerana Allah)
BARAKATILLAH (Semoga diberkati Allah)
❤MAHABBAH FILLAH (Berkasih sayang kerana Allah)
❤JAZAKULLAHU KHAIRAN (Semoga Allah meganjari kamu)


ربنا آتنا في الدنيا حسنة ، وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabu, 2 Mac 2011

Takziah Buatmu Sahabat

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Andai aku mati sekarang,
...adakah yang merasa kehilangan atas diriku?,
adakah yang menangis pilu mengantarkan mayatku?,
...adakah yang mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?,
adakah yang ziarah ke nisanku?,
aku… menangis rasanya bila harus memikirkan hal itu,
namun aku tak mau tak memikirkannya,
karna hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tak memiliki orang yang begitu tulus mencintaiku seperti keluargaku
mak,
abah,
adik beradikku,


Ya Allah… hamba tak mau merasakan apa-apa
hamba hanya ingin menyebut namamu saja sebagai pengganti aduan hamba.
Hamba kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal hamba pulang ke dekapan kasih sayangmu


Ya Robb…
Hamba jadikan sabar sebagai penakhluk semua kebencian dihati ini.
Hamba jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombongan dan kekikiran hamba. Hamba jadikan sholat hamba sebagai pelindung hari-hari hamba yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiran hamba.

Hamba jadikan doa sebagai penghibur hati, bahwa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Hamba jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Hamba sepenuhnya yakin, bila hamba tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya.
Hamba akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah… dan
Hamba tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidup hamba ini.


Allah…
Hamba mohon berilah hamba kesabaran yang tak habis-habisnya
Hamba mohon ampunkanlah segala dosa
Hamba mohon berilah hamba kekuatan untuk mengahadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Hamba mohon jagalah hamba dari pengaruh hati yang menggebu
Hamba mohon terimalah segala amalan hamba

Yang
Hanya untuk meraih kasih sayangMu
Hamba beramal

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Note by : Eja Yussof 
*Al'Fatihah buat Emakmu SAHABAT,,Semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg solehah..