Khamis, 29 Disember 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Khamis, 15 Disember 2011

Kekalahan Bukti Kemenangan

Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya.

Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan"

Isnin, 12 Disember 2011

Dua Belas Disember


"1 minit kamu bersedih maka kamu KEHILANGAN 60 SAAT untuk gembira!"
so,,bergembiralah wahai sahabat aishiteruku.. ~(ˆ◡ˆ)~

..& izinkan aku menyintai-Mu

Ahad, 11 Disember 2011

"Kekadang apabila g u s a r hearty & s e r a b u t fikiran melanda,,dengan melihat Maha Indah ciptaan Allah seperti alam hijau di sekeliling & ke c o m e l an binatang peliharaan yg tidak jemu bertasbih padaNYA buat hearty menjadi lebih T E N A N G . ."

Cintailah ciptaan-ciptaanNYA,, 'mereka' akan mendoakan dirimu ^^
*Orang kata,,bukan aku katalah -->lelaki yg suka k u c i n g ni PENYAYANG!? meow meow ahakk ~

Sabtu, 10 Disember 2011

Hidup Adalah Warna Warni



Hidup adalah warna warni,,Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan,,Sejak manusia pertama..

Aku adalah pencinta biasa,,Yang dengan hearty mencintaimu
Mencinta dengan caraku,,Cinta yang mengharapkan setia


Cinta tanpa kata-kata,,Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang,,Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku,,Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta,,Tapi cinta untuk meraih bahagia


Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya


Cinta seperti matahari,,ia tetap bercahaya..Walau malam menjelma,,cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya..

Cinta adalah santapan jiwa..Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong..Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta..cinta tidak mengenal usia,,paras rupa,,mahupun kekayaan dan harta karun,,tetapi dari keikhlasan dari hearty setiap insan antara satu sama lain..

Tidak semua orang yang engkau cintai,,mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan..Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,,maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat..

Sayang tidak bermaksud cinta..Suka tidak serasi dengan cinta..Kagum tidak bererti cinta..Bangga tidak semestinya cinta..Cinta adalah CINTA ..


Cinta itu seperti sinar matahari,,memberi T A N P A mengharap kembali..Cinta itu seperti sinar matahari,,T I D A K M E M I L I H siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang M E M B E R I K E H A N G A T A N DI H E A R T Y . .

Cinta umpama ‘treasure hunt’..Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan..Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan,,kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain..Tetapi tak usahlah kecewa..Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi,,tetapi keseronokannya kita sudah rasa..Jadi bercintalah sepenuh hearty..Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan,,terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan..
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu..kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah,,cinta boleh buat kita gundah,,cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…



Kenali Cinta agar dirimu tidak gundah..Cinta itu misteri! LA TAHZAN ~

Selasa, 29 November 2011

Andai Seorang Perempuan Itu Datang


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

Kau adalah kawan karibku.”
Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”
Kau dah seperti abang kandungku.”
Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”
Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”
Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”
“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.
Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
TIDAK!!!

Andai seorang perempuan itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang…
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…
Andai seorang perempuan itu datang…

JANGAN BIARKAN CINTA FITRAH MENJADI FITNAH

Ahad, 27 November 2011

Kenapa Wanita Menangis Tanpa Alasan??


Semasa aku kecil aku pernah bertanya kepada ibunku,, "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita",, kata ibu kepadaku.. "Aku tidak mengerti",, kata aku.. Ibuku hanya memeluk dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian aku bertanya kepada ayahku,, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan",, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahku.. Aku pun lalu sehingga menjadi seorang laki-laki dewasa,, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis!!

Akhirnya aku menghubungi Tuhan,, aku bertanya,, "Tuhan,, mengapa wanita begitu mudah menangis? "

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya,, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.."
“Kau tahu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,,  susuk yang ia tampilkan,, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana CINTA itu ada.."

Jumaat, 25 November 2011

Bangkit Dari kesedihan

Musuh utama manusia adalah d i r i nya sendiri..
Kegagalan utama manusia adalah ke s o m b o n g annya..
Kebodohan utama manusia adalah sifat me n i p u nya..
Kesedihan utama manusia adalah rasa i r i h e a r t y nya..
Kesalahan utama manusia adalah men c a m p a k kan dirinya dgn orang lain..

Sifat manusia yg terpuji adalah rendah h e a r t y .. Sifat manusia yang paling diuji adalah          s e m a n g a t nya.. Kehancuran terbesar manusia adalah p u t u s a s a .. Harta utama manusia adalah ke s i h a t an..

Hutang terbesar manusia adalah sifat ber k e l u h - k e s a h dan tidak memiliki ke b i j a k sanaan.. Ketenteraman manusia adalah suka ber s e d e k a h dan ber a m a l ..
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,,m e m a h a m i apa adanya tanpa mempersoalkan ke k u r a n g annya’.

Sebagaimana d i r i kita,, demikian juga m a k h l u k lain.Sebagaimana m a k h l u k lain,, demikian juga d i r i kita..

Dengan memikirkan mereka,,dengan membandingkan mereka..tidak seharusnya kita saling ber s e l i s i h ,, ber t e n g k a r dan mem b u n u h atau menyebabkan hal itu..


S a h a b a t …
Percayalah,,jika kamu bangkit dari ke s e d i h an hari ini.. Esokmu pasti akan membuatmu ter s e n y u m ..
Allah tidak akan mengujimu melainkan dirimu mampu menanganinya..Yakinlah,, c i n t a datang dan pergi.. Hanya c i n t a yang didasarkan pada c i n t a NYA akan bertaut kekal abadi…