Ahad, 20 Mac 2011

Usah Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.
 
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.

Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki, walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." [Surah Al-Hadid: 22-23]

Maka sudahlah, ,jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Jumaat, 18 Mac 2011

apa itu CINTA??

CINTA ITU sebenarnya PERASAAN yang sering menghakimi hidup,,terus menerus,,hingga berhujung pada 1 TAKDIR!!kita tak boleh bersama CINTA pada seoorang selamanya??(tentu TIDAK!)
terkadang bahagia,,terkadang pula menyakitkan..BAHAGIA,,ketika kita bersamanya MENYAKITKAN,,ketika kita ditinggalkan atau meninggalkan dia..
Padahal,,kehadiran CINTA tidak diundang & kepergian CINTA pula tak mengundang ...

CINTA itu indah,,kerana datang dari bahagian sifat Sang Pencipta Keindahan (Al Badii')
CINTA itu suci,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Suci (Al Qudduus)
CINTA itu luhur,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Luhur (Al Jalil)
CINTA itu kukuh,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Kukuh (Al Matiin)
CINTA itu hidup,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Hidup (Al Hayyu)
CINTA itu abadi,,kerana datang dari bahagian sifat Yang Maha Kekal ( (Al Baaqii)

"Ya Allah jadikanlah cintaku padaMU & cintaMU padaku cukup menjadi HARTAku..."

Khamis, 17 Mac 2011

SEBAB TU LELAKI TAK MENANGIS!

"Wuuu...lelaki nangis wuuu... Tak malu wuuu..."

Kenapa? Korang ingat,,lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis..Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi mesti tertanya-tanya,,kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis..Kalau tengok lelaki je,,mesti akan kata,,

"Ala,,lelaki...Tunjuk macho la tu..."

Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis,,tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye..Kan kalau kite menangis,,kite keluarkan air mata..Yang lelaki ni bagus,,dorang nak simpan air mata dorang tu..Nak bersihkan mata katanya..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Selain daripada itu,,lelaki ni suke perempuan puji dorang..Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi,,

"Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..."

Bukan lelaki nak berbangga-bangga,,ataupun riak..Dah perempuan nak puji..Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki..Tu pasal la lelaki tak menangis...

Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza..Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih,,mesti menangis.Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih,,dorang akan rilek je,,Cool..Takde nangis-nangis ni..Buat penat je..Dah la dorang penat balik dari kerja..Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak..Tambah lagi penat ada la..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Lagi satu,,lelaki kan dikenali dengan kekuatannya..Kalau menangis,,habis la dorang punya kekuatan,,ke-tough-an tu semua hilang..Sebagai contoh,,kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja..Rasa-rasanya,,siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni..Tu pasal la lelaki tak menangis...
Dan akhir sekali,,lelaki kan kacak kalau tak menangis..Takde nak serebeh-serebeh muka tu..Tu pasal la lelaki tak menangis... :))

Isnin, 14 Mac 2011

Jadilah Kunci Kebaikan

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”
[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]

Serangkap Doa Ku


Jangan memuji keCANTIKan PELANGI..tapi pujilah ALLAH yang menciptakan LANGIT & BUMI..Jangan percaya dengan kata-kata BIJAKku,,tapi percayalah FIRMAN ALLAH yang Maha Benar..Jangan masukkan NAMAku di HATImu,,tapi masukkan nama ALLAH hingga HATImu TENANG...❤
Jangan sedih jika CINTAmu di DUSTAkan,,tapi sedihlah jika engkau DUSTAkan ALLAH..Jangan pula engkau minta CINTA kepada PENYAIR,,tapi mintalah kepada ALLAH yang memiliki CINTA yang KEKAL & SEJATI..
Ya ALLAH yang Maha Rahman & Rahim,,Jangan jadikan HATI kami spt BATU yang KERAS,,Hingga LUPA akan RAHMATMU...❤

Ahad, 13 Mac 2011

TAK MUNGKIN KU DAPATKAN

Kelmarin aku sendirian dan sunyi tanpa seseorang,sebengis kematian.
dan kelmarin diriku tak bisa di sebut apa apa dan tak bersuara,
dalam gulitanya malam..hari ini aku “terwujud dari sebuah nyanyian yang halus.
dan in iberlangsung dalam kurun hatiku yang tak tentu kapan akan berakhir,,
yang ada hanya sepatah kata,, seberkas kegelapan dan kekecewaan.
hingga berakhir pada perpisahan purnama itu hilang. yang tersisa
hanya kepingan wajah indah nan jauh,,
tak sanggup ku gapai hanya karena manisnya sebuah perkataan darinya membuat diriku berkhayal
 “tak mungkin ku dapatkan”..
dan aku hnya bisa terdiam terpaku melihatnya dari jauh meninggalkan diriku tuk selamanya.



DENGARKAN KATA-KATA HATIKU... [ZURINA MUSTAFAR]

Sabtu, 12 Mac 2011

KASIH YANG SELAMANYA


Ditusuk sembilu makin terasa,,
Kerana pedih luka berdarah kembali,,
Walauku daki gunung tinggi,,
Yang terdapar hanya ku sendiri...

Apa dayaku insan biasa,,
Tapi puteri disangkar duri,,
Hanya melihat dr pinggir hati...

Telah ku melupakan dirimu,,
Semakin datang bayangan suaramu,,
Memanggil namaku ini,.
Yg lena dlm mimpi...

Kesabaran ku tercabar,,
Kehinaan dari zahir matamu,,
Adakah akan ku tunggu,,
Daun yang gugur tak berguna lagi..

Adakah ini pembalasan padaku,,
Yg menyayangi dirimu sepenuhnya,,
Utk menduduki istana hatimu,,
Hanyalah putera kasturi...

Suatu masa akan ku mengerti,,
Tirai cinta hanyalah mimpi,,
Ku tak akan berada disisi,,
Sehingga selama-lamanya...
Kasih yg selamanya.....

dated: SABTU 12mac 2011..

Khamis, 10 Mac 2011

BACALAH !!!



Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.Lalu dia melepaskanku dan berkata, "Bacalah...!" "Aku tidak dapat membaca...!" Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, "Bacalah...!" Aku menjawab, "Aku tidak dapat membaca...!" Untuk yang ketiga kalinya,,dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata,

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui."
[Surah Al-'Alaq 96: 1-5]

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin,,17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.