Khamis, 21 Februari 2013

Zivilia - Aishiteru 3 (lirik)

Kegilaan lagu dari Zivilia band menerusi lagu berhantu 'Aishiteru' memang dari dulu lagi.. dan wa menjadi salah seorang yang meminati lagu tersebut.. serius memang tak jemu bila dengar.. Setelah itu,,Zivilia cuba membuat kesinambungan lagu bertajuk 'Aishiteru 2' pulak.. Memang menjadi walau tak sehebat Aishiteru.. dan awal tahun 2013 mereka sekali lagi membuat trologi menerusi lagu 'Aishiteru 3'.. Emm,,tak menghampakan bila lagu nie pun wa layan gak..

AISHITERU 3 (lirik)

Ketika kau marah dan cemburu . .
Kau kelihatan begitu cantik . .
Walau kadang mengesalkan . .
Kau selalu bertanya dan penuh curiga . .
Ku tahu kau takut kehilanganku . .

Begitupun aku,,maafkan yang . .
Selalu kasar marah padamu . .
Meski tak lagi ada kata . .
Cinta terucap,,sekedar basa-basi . .
Tapi hatiku masih milikmu,,milikmu . .

Cemburu tanda cinta,,marah tandanya sayang . .
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan . .
Kalau dekat bertengkar,,kalau jauh ku rindu . .
Jadi serba salah,,buatku dilema . . Tapi aku selalu aishiteru . .

Mengapa kau marah tanpa alasan yang jelas . .
Aku tak mengerti,,angkuh dan egois . .
Acuh tak acuh padaku seakan tak peduli . .
Padahal kau butuh perhatianku . .

(video klip dengan lirik)

Tapi yang wa paling suka tengok..aweq dalam video klip Aishiteru.. woo cun loh.. tp entah siapa ntah nama dia.. hahaha.. layann..

 (aweq dalam lagu AISHITERU pertama)

Ahad, 17 Februari 2013

LAGI DAN LAGI PERKAHWINAN SAHABATKU

16febuari2013...
'..bagaimana nak ku katakan padanyaaa..dia yg ada seperti tiadaa...'
[ringtone wa memekak pulak pepagi buta time cuti2..tak boleh wa nak bangun lewat ckit!!]

"Wei tak pergi keje kawen Azmi?"
"Eh2..hari nie ke??" jawap wa dalam mamai2..
"Dah2 bangun2..aku tunggu kat Chaah..amik aku kat rumah Ehsan"
Dengan malas yang penuh semangat wa siap2 mandi..macam mana aku boleh lupa kawan opis lama aku kat Pasir Gudang (JB5) kawen hari ini..

     Dari Bekok wa gerak dengan Kurt pergi amik Palie kat Chaah..si Ehsan wa ajak dia nak gie Muar plak jumpa tunang dia..biarlah..orang ada tunang..hehehe...
Batu6 Bukit Permai,,Layang layang.. wa pun tak pernah pergi..main redah je. Sebab majlis nie belah perempuan punya. Dari Chaah lepas amik Palie gerak dalam kul 1130pagi (macam terawal la pulak)
Dalam kereta kitowg berborak la pasal kawen..si Palie bulan5 nie,,Kurt pulak bulan9,,siap dah tempah wa jadi pengapit. Borak punya borak ada persoalan bunyi macam nie..

"Kahwin kerana Allah,,bukan kerana nafsu.. macamana tu? Realitinya ada keadaan macam ni?"
Isu ini cukup menarik dibincangkan terutama sempena bulan Februari,,di mana seluruh dunia menyebut tentang Hari Kasih Sayang atau Valentine yang jatuhnya pada 14 Februari kononnya lah.. Walau apapun,,Februari atau tidak,,menyambut Hari Kasih Sayang atau tidak... isu cinta,,kasih sayang dan perkahwinan adalah isu sejagat yang tetap segar sepanjang zaman.

Raja sehari..berseri seri.. Semoga berkekalan selamanya.. Azmi & Zura.
 
 
Persoalan cinta,,kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal,,indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian. Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah,,sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hearty' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.

kawan kawan opis lama wa (JB5) tapi masing2 dah ramai pindah balik kg halaman sekarang..
 
 
Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya,,stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.
Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepadaNya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim..

Azmi Hj. Saiman,,salah sorang sahabat aku di JB..kepala angin,,kaki balik tray..haha ~
 
 
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
"Apabila berkahwin seseorang itu,,maka sempurnalah separuh agamanya,,maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."


"Semoga Allah menghimpunkan yang terselerak dari keduanya,,memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka Rahmat,,sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat."
[Doa Nabi Muhammad pada hai pernikahan puterinya Fatimah Azzahara dengan Ali bin Ali Talib.]

Kitorang sampai dalam pukul 2..lepak sampai pukul 430 baru balik. Entah bila boleh jumpa dowg lagi.. Apa pun masing2 memang happy la walaupun penat..time balik tu Palie dgn Kurt hentam tido.. Dah wa sorang2 yang drive..ciss dowg..hahaha...