Khamis, 24 Januari 2013

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali disambut secara kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah Al Mukarammah semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi pada abad ke 8M.

Kemudian pada abad ke 12M,,ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M).

Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib dan merampas kembali Jurusalem dari tangan mereka.

Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah,,namun kebanyakkan ulama pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus selari dengan tuntutan syariah.


Salam Maulidur Rasul kepada muslimin dan muslimat sekalian..
 

Jumaat, 11 Januari 2013

Friday I’m in love


I don’t care if Monday’s blue
Tuesday’s grey and Wednesday too
Thursday i don’t care about you
It’s friday i’m in love..

Monday you can fall apart
Tuesday,,Wednesday break my heart
Thursday doesn’t even start
It’s Friday I’m in love..

I don’t care if Monday’s black
Tuesday,,Wednesday heart attack
Thursday never looking back
It’s Friday I’m in love..

Monday you can hold your head
Tuesday,,Wednesday stay in bed
Or Thursday watch the walls instead
It’s Friday I’m in love..

Selasa, 1 Januari 2013

Makna Tahun Baru Aku (2013)

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu.. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau perkara yang dikongsi dengan orang lain.. Ada yang manis,,yang pahit atau apa jua rasanya,,itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini..

Namun dalam pelbagai peristiwa itu,,ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita.. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati,,meskipun ia telah lama berlalu pergi.. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita.. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar.. Perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda..

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui.. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu.. Bukan hanya masa depan,,malah masakini yang sedang dimiliki..
Selamat melangkah ke Tahun Baru 2013 dengan mencipta peristiwa baru dalam diri kita semua..