Khamis, 23 Februari 2012

Lupakan Yang Lalu Ucu!!


Dalam hidup ini,,banyak kali kita merasa dikecewakan,,direndahkan dan sakit hati..Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut..
Hidup ini penuh dengan keindahan,,sukacita dan pengharapan..Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan sisi yang buruk,,mengecewakan dan menyakitkan jika kita mampu menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita?
Aku percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Kita bukanlah orang tanpa kekurangan,,begitu pula dengan pasangan kita,,kita tidak bisa membentuknya menjadi sempurna tanpa cacat..
Kita selayaknya menerima setiap orang dalam hidup kita dengan segala kekurangannya sebagaimana mereka menerima kita dalam hidup mereka..
Masa lalu adalah untuk dilupakan,,tidak ada kenderaan secanggih apapun yang mampu membawa kita kembali kesana,,jadi untuk apa mengungkitnya lagi? Syukuri yang anda peroleh sekarang..
Lupakan yang telah lalu.... dan berbahagialah..  :)

Rabu, 22 Februari 2012

Bersabarlah Hawa Ku

Wahai Wanita Solehah..
 Jangan risau akan jodohmu,,
 Kerana Muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita,,
 Hanya kepada kecantikan,,lirikan senyuman,,pada bicara manja yang menggoda..
 Atau pada pujuk rayu seorang wanita,,
 Yang meruntuhkan imannya..

Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita..
 Andai belum sampai jodohmu,,
 Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu,,
 Sedang membina sahsiah kepimpinan,,bagi memimpin dirimu
 Kerana pada wanita itu
 Pasti ada kekurangan & lelaki yang benar-benar layak
 Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..

Ahad, 19 Februari 2012

Percintaan Sebelum Perkahwinan

Soaljawab Bersama Ustaz Wan Akashah W.Abd.Rahman
Sumber : majalah ANIS


SOALAN :
1.  Apakah hukumnya jika kita mengharapkan cinta daripada seseorg,,di mana bukan bermaksud untuk mengetepikan cinta kpd Allah?

2.  Apkah pandangan ustaz mengenai cinta sebelum kahwin,,adakah menjamin kebahagiaan..Serta bagaimanakah cinta menurut pandangan Islam?

JAWAPAN:
1.  Hukumnya adalah harus kerana cinta adalah perasaan jiwa dan tarikan hati..Hati seseorang yg mengenal cinta akan tertarik kepada yg dicintainya dgn penuh perasaan dan kegembiraan..Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia..Manusia yang mula tersangkut cintanya selalunya akan bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya tanpa melanggar batas-batas agama bagi membentuk kehidupan yang bersih dan penuh ketakwaan..

2.  Cinta sebelum kahwin tidak menyalahi agama kerana cinta sebelum kahwin adalah salah satu faktor yg boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga,,tetapi percintaan itu biarlah tidak terlalu lama dan mengikut batas-batas agama..Islam dengan hakikat naluri semulajadi manusia mengiktiraf cinta yang bersemi pd seseorang individu bahkan telah digariskan kepada kita 3 peringkat cinta; cinta paling agung,,cinta pertengahan dan cinta yang paling rendah yg telahpun dilalui oleh umat manusia dari dahulu dan juga akan datang sehinggalah Allah membinasakan bumi ini.

3 peringkat cinta ini terdapat di dlm firman Allah Taala : "Katakanlah: 'Sekiranya bapa-bapa kamu,,anak-anak kamu,,isteri-isteri kamu dan kaum kerabat kamu,,harta kekayaan yg kamu usahakan,,perniagaan yg kamu takuti kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu sukai,,adalah lebih kamu cintai drpd Allah dan rasulNya,,serta jihad pd jalanNya,,maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusanNya..' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yg fasik.."
[At-Taubah:24]

Cinta paling agung ialah cinta kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah..Cinta pertengahan ialah cinta dan kasihkan ibu dan bapa,,suami,,isteri,,anak-anak,,saudara-mara dan juga kaum kerabat,,manakala cinta yg paling rendah nilainya ialah terlalu mencintai dan mengasihi kaum kerabat dan harta benda melebihi daripada kasih Allah dan rasulNya serta berjihad pada jalan Allah..
Kesimpulannya,,Islam sebagai agama suci mengiktiraf masalah cinta ini kerana ia merupakan fitrah semulajadi manusia. Manusia tidak dapat lari daripdanya kerana ia adalah suatu hikmat yg Allah kehendaki sebagaimana firman-Nya:
"(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu..Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.."
[Ar-Rum:30]
Sekian..untuk renungan kita bersama..

Jumaat, 10 Februari 2012

Erti C I N T A Yang Mana Penuh Misteri

"Cinta tidak pernah meminta,,ia sentiasa memberi,,
cinta membawa penderitaan,,tetapi tidak pernah berdendam,,tak pernah membalas dendam..
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan...
Hidup untuk memberi..Menolak Valentine’s Day,,kearna cinta bagiku terlalu istimewa..Tidak layak dikenang hanya sehari,,cintaku kehidupan,,Ini rahsia cinta.."


Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita..Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali akan membantu kita mengenali dia,,akhirnya bertemu dengan orang yang tepat!


Kekuatan untuk menghormati
Kita tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kita tidak menghormati mereka..Orang pertama yang patut kita hormati ialah diri sendiri..Untuk mulai menghormati diri sendiri,,kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?"..Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain,,bahkan dari orang yang kita tidak suka,,kita patut bertanya pada diri sendiri. "apa yang aku hormati dalam diri mereka?"

Kekuatan untuk memberiUntuk mencari cinta sejati,,kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu..Cinta bukan bererti mata kita saling berpandangan,,tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.
Untuk mencintai seseorang seutuhnya,,kita harus mencintai keperibadiannya,,bukan fizikalnya.. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh..Jika kita ingin membawa cinta ke suatu hubungan,,kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan..
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya..Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta,,kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Kekuatan untuk melepaskan"Jika kita mencintai seseorang,,bebaskanlah dia..Jika dia kembali kepada kita,,maka dia adalah milik kita..Jika tidak,,maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan,,seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai,,pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita..Mencintai bererti melepaskan rasa takut,,curiga dan ego.. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku,,masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"


Kekuatan dalam komunikasiKetika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,,hidup lalu berubah..Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya..Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai & menghargainya..
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu".. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya..Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra,,kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya,,jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta,,siapa yang akan kamu telefon,,apa yang akan kamu katakan.. & sekarang.. kenapa kamu menunggu?
Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah,,kamu harus mampu menciptakan komitmen & komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu..Komitmen adalah ujian cinta yang sejati..
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta,,kamu harus setia dengan hubunganmu itu..Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan..Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur,,dengan hubungan yang kuat
Kekuatan semangatSemangat,,membakar cinta & membiarkan cinta tetap hidup,,Semangat yang terus berkobar,,bukan hanya datang dari daya tarik fizikal,,tapi datang dari komitmen yang dalam,,kemahuan & rasa saling tertarik..
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya..Spontan & kejutan dapat menciptakan semangat cint..Pokok dari cinta & kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan..Tanpa rasa percaya,,seseorang boleh menjadi curiga,,cemas & takut dan orang lain akan merasa terperangkap & secara emosional menjadi tertekan..
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula..

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir..Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu,,tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak"...maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya..